Saturday, February 28, 2009

Cuci kereta lagi best dari berkhalwat

1. Cuci KETE boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.

2. Masa sedang asyik menggosok badan KETE tak perlu tengok-tengok kiri kanan.

3. KETE tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.

4. Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.

5. Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggung jawab sekiranya hendak mula mencuci KETE.

6. Lepas cuci boleh naik dan tekan-tekan serta baring-baring dalam sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin.

7. Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi. Depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh.

8. Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang.

9. Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh mak bapak,kawan-kawan.

10. Majikan tidak akan memecat anda. Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas, anda boleh menegur dengan senang hati dan mempelawa mereka cuci same,pastu bwk diorg g jenjalan window shopping ker..silap2 diorg plk pelawa jd menantu diorg..x ker bes tu .

Saturday, February 21, 2009

PANTUN MALAS SEMBAHYANG

Pantun Untuk Orang Yang Malas Solat... ... ..
pantun istimewa nie berdasar email untuk pedoman kita semua. Pantun ni khas ditujukan kepada orang2 yg ingin berfikir dan cuba mengingati betapa selama ini mereka menikmati segala kurniaan yg telah ALLAH limpahkan... .

Apasal la engkau malas sembahyang,
Tuhan kasi engkau jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada dari tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang... ...

Apasal la engkau malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu engkau tak boleh luang... .

Apasal la engkau malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya engkau tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa engkau tidak kenang...

Kenapa la engkau malas sembahyang,
Main bola engkau sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert engkau sanggup beratur panjang,
Apa engkau ingat masuk syurga boleh hutang... ?

Apasal la engkau malas sembahyang,
Engkau kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang...

Apasal la engkau malas sembahyang,
Siksa neraka cuba la engkau bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang !!

Wednesday, February 18, 2009

Sikap ketika kerja

Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."
Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN' , tapi rupanya kita BUSY BODY

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE' , adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik? Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain. Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"mengkritik tidak bererti menentang,

menyetujui tidak semestinya menyokong,

menegur tidak bermakna membenci,

dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Friday, February 13, 2009

Tips bila berjumpa Harimau

Kalo k0rang brtembung rimau dlm hutan, perkara2 kt bwh ni CUBA-CUBA jangan buat. Kalo nk try gak, lantak r. Da warning dah ni.

# mengk0npemkan ianya betul2 rimau belang, bukan rimau bintang,rimau kumbang, anak rimau, b4 k0rang brtindak melarikan diri.

# cuba lihat celah kangkang, kot2 2 jambalang berupa rimau ke,penunggu hutan ke..

# bace jampi serapah 'tok,anak cucu tumpang lalu ye t0000ookkkk... ... .'

# menanggalkan sume pakaian, dgn harapan rimau 2 leka terpes0na x pun, geli geleman tgk keadaan diri k0rang yang... .(gelilah nk tulih -cens0red-)

# berlagak mach0 n tenung mate rimau 2 knon2 die akan lemah n takut.

# men tepuk amai2..n berlagak jd toke sarkas # keraskan badan nyamar jd patung kencana. sah ngundang bencana.

Saturday, February 7, 2009

Tersalah E mail

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya. Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut.

Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya.
Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002
Subject : Abang telah selamat sampai Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita. Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui..

(sebagai hiburan ringan sahaja... .tiada kene mengena dengan yang hidup atau telah meninggal dunia)

Thursday, February 5, 2009

Teka-teki Merepek Lagi....

1) Paling banyak-banyak binatang kat dalam hutan belantara ... . Binatang ape yang pemalas ?
Singa Jantan ... pasal dia malas nak cukur misai sampai tebal satu muka ....

2) Kenapa Amerika takut kat Jepon... .. dan Jepon pulak takut kat Amerika ??
Pasal Jepon ade Ultraman ... . Amerika pulak kan ade Superman... ?!

3) Dalam banyak banyak Pokok ... . Pokok ape yg paling tinggi
Pokok atas gunung dahhhh ... ... ...

4) Kalau kamu pandai ... . Sila jawab soalan ini dalam bahasa Arab lah okey.
Soalan :
a> Seorang Tua jatuh dari tingkat 40 lalu mati ... ... .
b> Siti Nurhaliza berlari keliling padang tanpa seurat benang ... .
c> Bulan depan gaji Rahim naik $1 juta... ... .

Jawapan :
(A) Inna'lillah wa'inna'lillah hira'ji'unn... ..
(B)Astagh'firullah'hal'azimm... ... .
(C)Al'hamdulillah... ... ... .

5) Ade seorang budak, rumah tingkat 10, tiap-tiap hari, dia naik lif sampai tingkat 8, terus naik tangga lagi 2 tingkat ... . kenapa pulak?
Sebab budak nie pendek .. tak sampai nak picit tingkat 10 ... .

6) Paling banyak banyak Bangsa dalam alam ini ... Bangsa yg mane satukah yang paling hebat dalam dunia nie Tak tahu ke ... ..
Bangsa Melayu dahh ... . pasal boleh makan UBI KAYU ... JAMBU BATU, PUCUK PAKU ... . BELIMBING BESI ... . IKAN SELAR PAPAN ... BUAH KERAS ... CILI API dan lain lain lagi ... .. betul tak

7) Aper dia ... . naik cepat ... . turun lambat ... .
hingus lahhh ... ... .

8)Banyak banyak surat ... ... . Surat ape yg tak perlu di jawab ??
Suratan takdir illahi lahh ... (siapa yg nak surat seperti ini?)

9) Apasal baju Superman Ketat ??
Kan kat depan baju dia tuu hurup " S " , Baju dia size S dahhh ..

10) Buat Baik berpada-pada,Buat jahat ... ... ... . ?
JANGAN LAGI ... . bukan buat jahat jangan sekali kerana kalau inilah jawapannya maka kena buat jahat berkali kali sebab disuruh buat jahat jgn sekali ... . Faham ?!?

11) Siapakah orang yang paling layak digelar " keras kepala " ?
Penunggang motosikal yang tak pakai helmet ... sebab mereka rasa "kepala mereka dah keras" tak payah pakai helmet ... maknanya kalau moto mereka terbalek ... terbabas ke ... masok bawah lori ke ... kepala mereka takkan pecah ... ... .. Hehehehehe ... ... ..

Wednesday, February 4, 2009

Surat Untuk Ayah

Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya:

Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak Rm1000 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak.
Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.

Salam dari anakanda,
Sarip.

p/s
Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.

Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas,

Untuk Sarip,

"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"

Dari Ayahmu.

Tuesday, February 3, 2009

Teka Teki Lawak

1. Tempat apa ni... ...
peserta dia pakai uniform, peserta dia selalu bertambah & tak berkurangan?
Jawapan:tanah perkuburan...ish ish insaf ooo

2. Banyak2 bunga, bunga apa yg warna hitam?
Jawapan:bunga tayar leee

3. Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna kelabu taik anjing. apa dia... ?
Jawapan:ubat nyamuk hehehe

4. Emak Alang ada 5 orang anak. Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu. Yang ke 5 siapa?
Jawapan:Alang le anak kelima

5. Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan
Jawapan:BAHRAIN

6. Kalau kancil ngan rusa berlaga, sapa mati?
Jawapan:pemandunya le yang mati...dah keta kancil dgn keta rusa berlanggar..mati le driver die huhuhuhu

Monday, February 2, 2009

Peribahasa Millenium

Peribahasa: Lembu punya susu, Nestle dapat nama.
Maknanya: Macam mana keras bekerja pun, macam mana nya canggih idea kita pun, last last, boss jugak yang dapat nama. Apakan tidak, kat dalam management meeting, mana kita tau apa yang boss khabarkan kat ketua boss.

Peribahasa: Melepaskan batuk didalam lift.
Maknanya: Helo! Kalau nak lepaskan penyakit atau kuman tu carilah tempat yang sesuai! Jangan lah tempat awam yang ter-enclosed. Besar nya hamlau!

Peribahasa: Seperti anjing jantan dgn anjing betina.
Maknanya: Dua orang yg pantang bertemu... asek nak berkepit aje.

Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ke taik jugak dia hinggap.
Maknanya: Orang kalau dah perokok tu... .kalau dia berenti... .akhirnya dia gerenti start balik punyer.

Peribahasa:Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua.
Maknanya: Jangan macam bagus... .pasal yg macam bagus tu lah selalunya tak bagus.

Peribahasa: Biar putih tulang jangan kuning gigi.
Maknanya: Macam mana nya hensem ke, macho ke, hero ke, kalau gigi tu tak jaga, kuning-berkarat, jangan lah eksen kental nak tackle pompan. Geli-geman di buat nya.

Peribahasa: Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk? Maknanya: Ada orang kentotlah tu...

Peribahasa: Seperti kacang luperkan mamak kacang putih.
Maknanya: Orang yg tak sedar diri... .tak kenang jasa baik orang yg mula-mula mempopularkan dia.

Peribahasa: Ader udang di sebalik udang lain
Maknanya: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang... .check betul-betul, mesti ader sorang lagi... ... . kat bawah ke... .kat tengah ke... tengah baring ke... .

Peribahasa: Biar mati anak jgn mati pucuk
Maknanya: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak... ... bro!!!!

Peribahasa: Sudah jatuh ditimpa piano <-- Klassik siak!
Maknanya: Nasib malang yg tak agak-agak.

Peribahasa: Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.
Maknanya: maknernyer . .

maknernya... ... ... ... . Jgn nak tersengeh2 kat depan PC. Pi ah buat keje...

Sunday, February 1, 2009

Telor oh telor

Ada seorang pak cik yang bernama Pak DI yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak DI dah pun bersiap sedia terpacak di kuanter bank untuk menyimpan RM1000nya. Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya...
Manager : Setiap hari saya lihat pak cik akan menyimpan RM1000 di bank. Apa kerja pak cik?

Pak DI : Saya ni sebenarnya tak de kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.

Manager : Ooo... ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu dengan orang yang teror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.

Pak DI : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.

Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.

Pak DI : Macam ni... dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.

Manager : Hahaha.. tak logiklah pak cik. Tapi tak pe... saya setuju.

Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba telurnya.. ooh masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada.. Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak DI.

Manager : Pak cik sorrylah ye.. telur saya masih lagi ada..

Pak DI : Betul ke? Aku tak percaya... Mari sini aku pegang...

Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak DI pun berkata..
Pak DI : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni..

Pak DI pun menghulurkannya.
Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang teror... Sorrylah pakcik hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi keh.. keh.. keh...

Tiba-tiba Pak Di mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kuanter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak DI..
Manager : mana pak cik dapat duit sebanyak tu?

Pak DI : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.

Manager : Bertaruh apa?

Pak DI : Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur Manager Bank..

Manager : Tak guna punya orang tua..
Powered By Blogger