Monday, December 26, 2011

bila putus cinta..anda jd FB stalker??

Dalam menempuh sesebuah perhubungan cinta, mesti akan ada perasaan cemburu kan? Sematang mana pun kita, pasti perasaan cemburu akan timbul juga dalam sesuatu masa. Cemburu boleh memudaratkan kalau kita tak pandai kawal. Ada pasangan yang berpisah hanya kerana cemburu yang melampau. Tapi apa yang penting adalah bukanlah sebab terjadinya perasaan cemburu tu, tapi macam mana kita nak kawal ia supaya tak memudaratkan.

Di sini ada lima tips yang boleh korang buat untuk mengawal perasaan cemburu.

Alihkan perhatian anda ke tempat lain dahulu

Ini korang perlu buat masa terdetiknya perasaan cemburu tu. Contoh, korang ternampak pasangan korang bermesra dengan orang lain di suatu tempat. Ok, memang masa tu perasaan korang bertukar hairan dan marah. Tapi percayalah, kalau korang terus serang masa tu, keadaan akan jadi lebih teruk. Jadi sila beredar dulu dari tempat korang sekarang, pergi ke tempat lain, duduk dan tenangkan diri dulu. Maksudnya kat sini, korang perlu rasionalkan pemikiran korang dulu. Tiada masalah dalam dunia ni boleh selesai dengan emosi.

Jangan terus serang

Adengan ni selalu kita nampak dalam drama kan, hehe. Tapi jangan ikut ek. Nanti hubungan korang akan jadi seperti telur di hujung tanduk. Kita ambil scene di tips yang pertama tadi, korang nampak pasangan korang bermesra dengan orang lain. Kat sini caranya yang korang boleh buat adalah, korang pergi ke tempat pasangan korang dan orang lain tu tadi dan sapa dengan baik. Buat macam korang terserempak secara tiba tiba kat situ. Jangan tunjuk dulu perasaan marah tu. Sapa dengan senyuman dan seolah olah korang tidak langsung cemburu pada masa tu. Tapi..perhatikan reaksi mereka..
Atau…
Korang tunggu sampai pasangan korang balik dulu dan berbincang di tempat lain.

Tanya baik baik

Ini sangat penting. Nada suara korang apabila bertanya tentang hal itu kepada pasangan haruslah bernada rendah dan positif. Ingat, sekali korang mulakan pertanyaan dengan nada kasar, pergaduhan akan tercetus dan takkan selesaikan masalah. Korang boleh tanya dengan nada bersahaja dan gurauan. Jika benar mereka cuma kawan, tiada apa apa yang perlu pasangan anda risaukan.

Minta penjelasan secara baik

Ok, kali ni korang ada pilihan sama ada untuk memberitahu yang korang cemburu dengan apa yang dilakukan pasangan korang tu. Beritahu dia secara baik dan jelaskan yang korang cemburu. Minta penjelasan darinya dan tanya elok-elok siapa orang lain yang bersamanya itu. Korang perlu bersikap matang ketika ini. Jangan hamburkan kata kata marah tetapi minta penjelasan secara tegas. Kalau korang nak bagi ayat makan dalam sikit pun boleh. Ayat makan dalam ni lembut dan halus tapi cukup pedas. Hehe.

Fikir positif

Selepas mendengar jawapan pasangan korang, korang haruslah berfikiran positif. Jika dia yakinkan kepada korang yang orang lain itu hanya kawan, percayalah padanya. Ada tanda tanda yang menunjukkan pasangan korang tidak berbohong seperti :-

- dia berusaha menjelaskan supaya korang percaya kepadanya.

- dia meminta maaf dengan bersungguh sungguh.

- dia menerangkan secara terperinci siapa orang lain yang bersamanya tadi.

- dia ucap perkataan cinta pada korang dengan ikhlas.

- dia tidak berdolak dalik memberi alasan.

Jadi, percayalah pada pasangan korang. Setiap orang melakukan kesilapan kan? Maafkan dia dan bercinta lah dengan ikhlas dan jujur. Ada jodoh, tak kemana. Amin…

Dan apabila sesebuah hubungan berakhir, manusia ni kadang-kadang akan menjadi sedikit ‘gila’. Sesetengah orang jadi ‘gila’ hanya untuk sementara dan sesetengah lagi terus ‘hilang akal’. Diorang nak tahu semua perkara yang ex diorang buat dan satu-satunya medium paling mudah untuk tahu semua tu ialah melalui Facebook. Maka, terciptalah seorang lagi Facebook Stalker.

Kalau korang ni baru lepas putus cinta, ada beberapa cara untuk pastikan sama ada korang ni dah bertukar menjadi seorang Facebook Stalker. Mari kita check senarai ni .

Check Facebook dia sekurang-kurang sekali setiap jam.
Kalau korang check Fb dia lebih banyak dari fb korang sendiri, berkemungkinan korang dah menjadi seorang stalker.
Buat profile fake dan add dia sebagai friend.
Selalunya, ex akan remove atau block kita di FB sebab diorang taknak korang tahu apa yang dia buat. Bila jadi macam ni, sikap ingin tahu korang akan membuak-buak dan korang akan buat akaun fb palsu untuk add dia. Jika korang melalui semua ni lepas breakup, sememangnya korang adalah seorang Facebook Stalker.

Dapatkan kawan yang berada di list friends Ex.
Ini bermakna korang mengenali seseorang di dalam friend list dia dan membolehkan korang mengikuti perkembangan dia meskipun korang dah di block. Cara ni tak menanggung risiko ‘kantoi’ sebagaiman menggunakan fake profile.

Baca semua komen yang terdapat di status updates ex.
Bila korang buat macam ni, semestinya korang nak check sama ada ex korang ni dah ada jumpa pengganti atau mengorat sesiapa. Korang habiskan masa berjam-jam scroll komen dan status update dia yang lama-lama dan ini menunjukkan yang korang semakin hamper menuju ke wilayah Facebook Stalker.

Itu adalah serba sedikit tentang symptom utama seorang Facebook Stalker. Banyak lagi sebenarnya. Perhatikan betul-betul diri korang sejak lepas breakup dan bandingkan perbuatan korang dengan list ni. Kalau korang perasan yang korang ada terjebak dengan mana-mana symptom di atas, kembalilah ke pangkal jalan. Hehehe. Stalk fb ex korang tak akan membuatkan semakin gembira. Biarkan dia pergi dan teruskan hidup korang.

Friday, December 23, 2011

Tak hargai sebab dah dapat ?

As Salam semua>>> lama saya tak update blog sebab terlalu sebok dgn urusan seharian..rindu rasanya pada semua..nah ini dia hadiah terbaru kpd semua

Kata orang, masa bercinta bagai nak rak, bila dah kahwin lain pula ceritanya. Kenapa boleh jadi macam ni? Tak boleh ke setiap perhubungan itu kemesraaannya kekal sama seperti semasa mula mula bercinta dulu hinggalah ke akhirnya? Boleh sebenarnya, tapi manusia itu sendiri bersifat mudah lupa dan cepat berubah. Dulu masa mula mula bercinta memanglah semua belang belum nampak lagi untuk tujuan memikat hati pasangan. Masa tu apa yang ditunjukkan semua baik baik. Pijak semut pun tak mati kata orang. Hehe.

Kepada yang sedang bercinta, adakah kemesraan yang ditunjukkan pasangan korang sama seperti mula mula mengikat janji cinta dulu? Kalau dulu bila buat salah sikit, “takpe sayang, biasalah semua manusia buat kesalahan,” tapi sekarang bila buat salah “macam ni pun boleh salah ke?” Aduh! Jadi bagaimana caranya supaya kita sama sama dapat kekalkan kemesraan cinta itu sama seperti dulu?

Kita kena ingat, bukan masa mula mula nak pikat je kena usaha sungguh sungguh. Bila sudah bergelar kekasih pun kita masih perlu memikat hati pasangan. Barulah pasangan tak lari, opps! Jangan ambil kisah soal hati pasangan dengan alasan “alah, aku dah dapat dia” kerana lama kelamaan luka boleh jadi barah. Cinta sepatutnya makin mekar dari hari ke hari bukannya makin hambar.

Sama juga bila sudah berkahwin, kemesraan itu patut sama macam kita bercinta dulu. Walaupun anak dah berderet, itu bukan alasan untuk kita abaikan perasaan pasangan kan? Kita harus kekal romantik sampai ke tua. Barulah hidup akan aman dan bahagia.

Mari kita lihat beberapa perkara kecil yang boleh mengekalkan kemesraan dari awal bercinta hingga selamanya.

Jangan lupa untuk senyum.

Perkara kecil saja ni, tapi ramai yang lupa buat. Terutama bila kepenatan selepas balik berkerja. Sesetengah pasangan, bila balik kerja, penat dan terus tidur. Pagi pagi esok, pergi kerja cepat cepat sebab dah lambat. Tiada kemesraan langsung. Biar sesibuk mana pun kita, jangan lupa untuk tegur pasangan dengan mesra. Sekejap pun takpelah janji ada, kerana yang sekejap tu lah akan jadi penguat hubungan dan kemesraan korang berdua. Bagi pasangan yang masih bercinta, luangkan masa hanya seminit dua untuk hantar mesej mesra kepada pasangan kalau dah sibuk sangat la kan. Takkan dalam seminit dua pun tak boleh korbankan untuk yang tersayang? Jangan biar satu hari itu sunyi tanpa komunikasi antara korang berdua.

Jangan buat tak tahu jika pasangan berkecil hati

Bila pasangan berkecil hati, pujuk lah dia seperti mana korang memujuknya semasa awal bercinta atau awal perkahwinan dulu. Jangan sesekali fikir “alah, nanti baiklah tu, dia bini/laki aku” Salah tu. Sebab kita mana tahu apa yang pasangan kita pendamkan dalam hati kan? Mungkin hatinya sangat terluka tapi kita buat tak tahu saja. Lama kelamaan dia akan makin makan hati dengan kita. Seperti mana korang mahu dilayan dengan baik dihargai dan dicintai, seperti itu juga yang pasangan korang mahukan. Bayangkan jika pasangan korang juga bersikap acuh tidak acuh kepada korang dengan alasan hubungan korang sudah lama, apa akan jadi? Makin lama makin hambar lah kan?

Hantar hadiah kecil

Sebelum ke pejabat contohnya, letak sekeping kad kecil bertanda love apa saja kata kata yang menyenangkan selit di atas meja. Hadiahkan bunga kepada si dia dengan tiba tiba. Ajak dia ke satu makan malam yang romantik. Buatlah apa saja asalkan korang dan dia dapat mengeratkan kemesraan. Sesibuk mana pun kita, jika kita buat perkara begini, InsyaAllah hubungan akan tetap utuh sampai bila bila.

Ada banyak perkara lagi sebenarnya. Tapi apa yang sangat penting adalah kasih sayang korang terhadap si dia tak berubah. Jadilah seseorang yang teguh dalam pendirian dan setia. Tidak kira berapa lama usia perhubungan korang, jagalah hati pasangan dan sentiasa cari cara untuk mengeratkan kemesraan. Keadaan akan pasti berubah seiring dengan masa tapi korang kena bijak cari cara untuk mengatasinya. Sekecil kecil pun perkara adalah sangat penting dalam sebuah perhubungan. Komunikasi juga sangat penting. Dengan komunikasi yang baik lah korang boleh menyelesaikan masalah dan mengeratkan cinta.

Bila sudah lama bercinta, pastinya banyak dugaan akan timbul. Orang kata, makin lama makin bosan. Tapi cinta tidak macam tu. Jika cinta korang pada pasangan kuat, makin lama makin kuat bukan sebaliknya. Usia sebuah perhubungan juga diukur sebagai suatu tahap kejayaan dalam hidup. Bukan semua orang mampu mengekalkan sebuah perhubungan yang mesra dan erat untuk jangka masa yang lama. Cuba kita lihat datuk, nenek dan ibu bapa kita. Apa rahsia mereka mengekalkan hubungan ya?

Salah satu jawapannya yang pasti adalah hati yang tetap dan tidak berubah ubah. Cinta bukan untuk mereka yang cepat bosan dengan sesuatu. Cinta bersifat kekal dan tidak berubah. Jika tidak boleh belajar setia dan tetapkan hati, jangan pernah berani bercinta, korang hanya akan menyakiti hati orang lain.

Tuesday, November 8, 2011

dunia adalah hiasan seindah wanita solehah



Saya tahu saya TIDAK CANTIK..tapi, walaupun saya tidak cantik..saya tetap ada KELEBIHAN :
✿~ Kerana saya tidak cantik..saya tidak jadi MANGSA gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya dapat PELIHARA DIRI saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya SELAMAT daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat FITNAH dan CEMBURU daripada wanita-wanita lain..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya TIDAK MENGHARAPKAN pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita..
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui "INSAN" yang IKHLAS MENCINTAI saya seadanya..
✿~ Kerana saya tahu..saya tidak cantik pada pandangan manusia..maka saya akan BERUSAHA agar kelihatan CANIK pada PANDANGAN ALLAH..kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar..tetapi KECANTIKAN di AKHIRAT kelak..

>>> CANTIK itu adalah apa yang Allah kata cantik..bila Allah SWT suruh TUTUP AURAT, maka tutup aurat itulah cantik..bila Allah SWT menyuruh kita BERADAB SOPAN, maka beradab sopan itulah cantik, bila Allah SWT suruh kita menjaga MALU, maka menjaga malu itulah cantik..INDAHNYA perancangan dari
Allah..(✿◠‿◠)

Wednesday, October 19, 2011

Kekasih Diminati Orang Lain???


Ini isu yang boleh bikin hati jadi panas. Hehe. Rileks, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Zaman sekarang ni, terdapat beberapa jenis manusia yang tidak kisah merampas hak orang lain. Mereka lebih pentingkan perasaan sendiri dan sanggup hidup bahagia atas penderitaan orang lain. Pernah tak kekasih korang diminati orang lain? Pernah tak si dia digoda orang lain? Apa yang korang lakukan? Marah marah pasangan? Mengamuk? Merajuk berhari hari? Sebenarnya apa yang korang lakukan itu salah! Korang hanya akan tambah masalah, bukan selesaikan masalah.


Jangan letak kesalahan pada pasangan korang kerana dia tak bersalah. Orang lain yang mengorat dia, kenapa dia yang korang marah? Hehe. Asalkan dia tidak melayan dan sama sama gatal sudah. Jika dia menghiraukan godaan itu, maknanya dia benar benar setia pada korang. Tetapi, masa ini lah yang korang perlu beri perhatian extra kepada kekasih korang. Apakah yang perlu korang lakukan bila ada orang lain mengganggu hubungan korang?

Jangan cari gaduh dengan pasangan

Ini sangat penting. Bila kita cari gaduh dengan pasangan, nanti keadaan akan jadi lebih teruk dan ini memberi peluang pada si pengacau untuk masuk line. Jangan buat pasangan tertekan dengan kemarahan korang kerana dia rasa dirinya tak bersalah. Jika pasangan korang tak melayan, kenapa korang nak marah kan? Bila anda mengamuk, pasangan korang akan mengganggap korang tak percaya padanya. Bukankah itu lebih teruk?
Jika dia melayan, tanyanya baik baik. Minta penjelasan tapi jangan sesekali mulakan pergaduhan. Mungkin kekasih korang hanya anggap pengacau itu sebagai kawan tanpa mengetahui maksud tersembunyi. Korang lah yang harus menjelaskan secara elok kenapa korang tak suka pasangan korang berkawan dengan pengacau itu.
Jika pengacau itu melampau dalam tindakan, bagi je warning dengan menggunakan ayat sopan tapi makan dalam. Barulah kena dengan rasanya kan?



Luangkan lebih banyak masa dengan pasangan

Tambahkah lah kemesraan di dalam hubungan korang. Ambil hatinya dan layan lah si dia elok elok. Luangkan lebih banyak masa dengan si dia dan jadilah masalah si pengacau dalam hubungan korang ni sebagai satu hikmah untuk cinta korang dan pasangan bertambah kuat. Mungkin selama ni korang banyak buat kesalahan dengan pasangan tanpa disedari. Muhasabah lah diri korang dengan terjadinya kejadian ini. Perbaiki kesilapan diri dan ubah perangai perangai buruk supaya korang dapat jadi yang terbaik untuk pasangan korang. Tak perlu paranoid, jika benar dia diciptakan untuk korang, buat lah macam mana pun, takkan ada satu manusia pun dapat halang.
Jangan gelabah

Bila terjadi macam ni, kadang kala korang tak dapat berfikir dengan waras. Rasa takut, risau, marah dan tak tentu semua jadi satu. Tindakan korang pun kadang kala jadi tak terkawal. Emosi terganggu dan ini akan memudaratkan hubungan korang dengan pasangan. Buatlah seperti biasa sahaja. Jangan tunjuk sangat korang takut. Simpan rasa risau itu dalam hati dan rancang tindakan dengan sebaiknya secara rasional. Minta bantuan rakan rakan yang boleh dipercayai untuk merangka apa yang perlu dilakukan selepas ini.
Jangan letakkan hubungan korang dalam keadaan bahaya. Jaga perasaan pasangan korang. Dia tak bersalah dalam hal ini jika dia tak melayan. Jadi kawal fikiran korang dengan matang dan jangan bertindak terburu buru. Berdoa pada Allah agar hubungan korang kekal selamanya dan jauh dari masalah besar.


Beri hadiah kepada pasangan

Ok, ini bukanlah tips memberi hadiah yang macam biasa korang bagi kepada pasangan tu. Tapi, cuba buat sesuatu dengan tangan korang sendiri. Contohnya, buat kad kecil yang comel comel atau berdesign romantik dan hantar kepadanya. Korang boleh buat apa apa sahaja kraftangan dan hantarkan kepadanya. Yang penting ia hasil tangan korang sendiri. Ramai yang tidak perasan sebenarnya, dengan memberi hadiah hadiah kecil sebegini akan mengeratkan lagi hubungan. Si dia akan merasa sangat terharu atas hadiah yang korang berikan.
Beri masa pada pasangan korang
Berilah masa padanya untuk berfikir. Ini bukan bermaksud member peluang kepada si pengacau itu untuk menggangu hubungan korang, tapi dengan memberi masa kepada kekasih untuk bertenang tanpa sebarang gangguan, si dia akan lebih respek kepada korang kerana menghormatinya dan cuba untuk memahaminya. Beri masa di sini bukanlah bermaksud member peluang kepada si dia untuk membuat pilihan sama ada memilih korang atau si pengacau itu, tetapi ia adalah untuk mengelakkan si dia berada di dalam keadaan tertekan. Jika benar si dia mencintai korang, dia akan menjelaskan kepada korang tentang cintanya dan berusaha untuk membuktikan yang cinta dia benar.
Si pengacau itu tidak akan dapat berbuat apa apa jika cinta korang dan pasangan teguh. Biasalah kalau bergaduh sikit, itu normal. Malah makin sweet jika lepas bergaduh tu korang jadi lebih mesra dengan pasangan.

Koranglah yang menentukan siapa dan apa akan jadi pada diri korang. Korang adalah apa yang korang fikirkan. Tiada masalah di dalam dunia ini yang tak dapat diselesaikan. Selesaikan masalah dengan rasional tanpa emosi yang berlebihan agar ia dapat diatasi dengan baik. InsyaAllah hubungan korang dan pasangan akan kekal selamanya.

Monday, October 17, 2011

Rahsia Menjadi Lelaki Romantik


Menjadi romantik tidak semestinya memerlukan kos yang tinggi dan seharusnya difikir dengan teliti. Tapi jangan pulak fikir yang nak jadi lelaki romantik ni kena jadi ’lembut’. Korang kena pandang hal ni sebagai pelaburan yang kukuh dan sebab korang care. Lihat sebagai cabaran!


Ini apa yang gf korang mahukan. Dia nak tahu yang korang ‘care’, tapi dia jugak nak dapat rasa suatu pengalaman yang lain dari kebiasaan. Dia perlukan jaminan yang jika dia melangkah masuk ke satu bilik yang dipenuhi wanita, dia boleh yakin tiada perempuan lain yang akan dapat layanan lebih baik dari yang dia dapat.

Dia ingin dilayan sebagai orang yang penting. Kenapa? Well, sebab dia memang nak macam tu lah.

So, soalan yang ramai lelaki mungkin akan tanya ialah :

”Macam mana aku nak jadi lebih romantik tanpa jadi lembut?”

Dear gentleman, idea untuk menjadi lelaki romantik lansung tiada kaitan dengan menjadi ”lembut” depan wanita.

Pernah baca novel romantik? Mungkin korang patut.
Satu perkara yang pasti, watak lelaki biasa yang ditampilkan dalam novel-novel cinta ni bukan lelaki lembut dalam apa segi pun. Lelaki-lelaki ni biasanya kuat dan ada sedikit sisi ’adventurous’. Mereka ni maskulin dan berkuasa, dan ada yang semacam misteri tentang diorang.

Ini adalah IDEA di sebalik menjadi lelaki jenis yang buat perkara-perkara ’sweet’ dan ’caring’ pada kekasih, dan tak jadi lembut atau poyo.

Cuba fikirkan.

Wanita baca novel cinta disebabkan nilai romantik, cabaran, ’misteri’, dan watak hero yang berkuasa dan selalunya dapat memenangi hati heroin nya. Bayangkan kalau korang dapat jelmakan nilai-nilai ni dalam hubungan korang.

Selalunya , dunia romantik pada korang Cuma ada benda-benda ni ;
• Jadi ’sweet’ , penuh belas kasihan, dan bertimbang rasa.

Tapi ada bahagian lain yang kebanyakan lelaki dan wanita tertinggal iaitu :
• cabaran, misteri, eksotik dan fantasi.

Cuba belajar seni untuk mencipta sisi-sisi cabaran dan fantasi. Part ni korang tak boleh stress sangat. Salah satu cara untuk jadi lelaki romantik ialah dengan jadi lelaki romantik yang ‘fun’ dan seronok didekati. Satu-satunya perkara serius tentang jadi romantik ni ialah untuk mengetahui apakah keperluan dan kehendak ‘unik’ awek korang , jadi korang boleh create pengalaman dan situasi yang romantik untuk dia.

Ingat, korang kena spontan, jadikan ia menarik, dan tinggalkan sedikit misteri.

Wednesday, October 5, 2011

Cinta Itu Indah


1. Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

2. Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, karena kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

3. Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi kerap kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

4. Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

5. Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

6. Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.

7. Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia.

8. Orang-orang yang paling berbahagia pun tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

9. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia itu.

10. Hanya diperlukan waktu seminit untuk mentaksir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

11. Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Kerana hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.

12. Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.

13. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cintamu kepadanya.

14. Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba, jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup, jangan pernah mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

15. Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh di hatimu.

23. Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.

24. Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.

Saturday, September 24, 2011

Nasihat dlm kehidupan

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf
apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK .
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara
bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang
tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik
adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu
bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak
yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

Thursday, September 22, 2011

lupakan dia bila putus cinta

Putus cinta memang perkara yang menyakitkan. Kebanyakan orang seolah-olah ’sesat dan tak bernyawa’ bila putus cinta. Terutama bagi mereka yang dah lama couple dan selalu habiskan masa bersama. Banyak kenangan yang sentiasa buat korang teringatkan dia.

Harus diingati, Ex korang ialah sejarah korang. Korang kena belajar untuk hidup tanpa dia. Memang ini bukan perkara mudah tapi bantuan akan sedia ada untuk membantu korang melihat dengan lebih jelas.

Cara belajar lupa bekas kekasih -Putus Cinta

1) Ia benar-benar berakhir. Jangan dekati dia. Jangan cuba hubungi dia sama ada melalui telefon mahupun facebook. Jangan lawati tempat yang korang pernah date dengan dia.

2) Bila dah betul-betul berpisah, sudah tiada apa yang nak dibincangkan lagi. Jangan merayu, menangis ataupun buat miss-called walaupun di dalam keadaan yang desperate. Dia tahu korang memang nak dia kembali tapi dia tak kisah. Ambil tu sebagai petanda.

putus cinta

3) Selaraskan fikiran dan emosi. Catatkan perasaan sedih dan negatif pada kertas. Ekspresikan kesemuanya dan musnahkan kertas tu. Jangan bagi kat ex korang pulak. Mungkin dia rasa kelakar atau bertambah rimas bila tengok korang dah jadi desperate macam tu. Yang pasti, rakan dia yang terdekat mesti akan tahu jugak.

4) Buang semua hadiah atau cenderahati yang ex korang bagi. Keadaan Cuma akan semakin teruk kalau korang masih simpan semua tu.
Korang akan faham jugak dan proses penyembuhan akan bermula. Cuma ambil masa sikit. Kehidupan ni tak akan kekal di takuk yang sama. Kegembiraan dan kebahagiaan tu akan muncul kembali. Cuma jangan putus harapan.


Tuesday, September 20, 2011

Allah tahu apa yg terbaik


Aku minta kepada TUHAN setangkai bunga segar, DIA beri kaktus berduri.
Aku minta kupu-kupu, diberi ulat berbulu.
Aku sedih dan kecewa.. Namun kemudian, kaktus itu berbunga, indah sekali. Dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang cantik.
Itulah jalan TUHAN. Indah pada masaNYA! TUHAN tidak memberi apa yang kita harapkan. Tetapi DIA memberi apa yang kita perlukan..
Kadangkala kita sedih, kecewa, terluka, tetapi jauh diatas segalanya DIA telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita. ;-)

Cinta 3 Segi


Mencintai seseorang yang sedang mempunyai kekasih atau sudah berkahwin boleh menjadi pengalaman yang paling memeritkan dan di waktu yang sama, paling indah. Pengalaman cinta orang yang dah berpunya tu memeritkan kerana ianya sukar untuk berhenti atau mengubahnya. Pengalaman itu indah kerana insan yang korang cintai tu sudah dianggap sempurna dan ideal. Ada connection yang sangat istimewa di antara korang. Perhatian yang dia berikan pun cukup memuaskan hati. Ikatan korang berdua seumpama magik !

Di sebalik keindahan perhubungan cinta tu, korang jugak akan terus menderita. Ada masanya, korang akan rasa sangat-sangat bahagia dan ada masanya, korang akan sangat menderita dan berputus asa. Di bawah ni ada beberapa punca korang menderita di dalam perhubungan tersebut dan strategi untuk meringankan penderitaan tersebut.

# 1 : Korang fikir yang si dia ni adalah ”the one”.

Ada masanya korang nak tamatkan perhubungan tu tapi tak boleh. Korang rasa itulah jodoh korang dan si dia tu memang ditakdirkan untuk bersama. Bila korang cuba untuk keluar dari hubungan tu, korang akan rasa sakit. Kesakitan dan penderitaan yang korang rasa apabila berfikir untuk keluar dari hubungan tu mengesahkan yang kononnya si dia tu adalah ’the one’.

Solusi : Bagaimana jika si dia tu bukanlah ’the one’ , bukan soulmate korang? Bagaimana nak tahu sama ada si dia ni ’the one’ atau tidak? Kesakitan dan derita yang dialami semasa cuba untuk keluar bukanlah sebab yang boleh dipercayai. Kesakitan tu boleh berpunca dari sebab yang lain seperti takut kesunyian ( ramai yang tak nak kesunyian kan ).

Kebanyakan orang yang melalui cinta tiga segi ni beritahu yang si dia yang disangka soulmate ni akhirnya bukan soulmate mereka. ( erm, berbelit lak. Korang faham kan? Hehe ) Apabila penderitaan tu sedah menjadi semakin kuat, cuba fikirkan balik sama ada benarkah si dia tu adalah ’the one’?


#2 : Korang fikir tak akan ada lagi cinta lain selepas hubungan ni.

Korang menderita kerana cinta yang dirasai sekarang merupakan cinta yang diidamkan dan hanya akan muncul sekali sahaja. Jadi, korang terperangkap.

Korang rasakan yang tak akan ada orang lain yang boleh tinggalkan rasa cinta yang sebegitu kuat.


Solusi : Bagaimana jika akan wujud cinta lain yang lebih dalam dan kuat , sebuah cinta yang korang boleh kongsikan segala kenangan bersama dengan insan yang istimewa dan bukan kenangan istimewa yang hanya menjadi rahsia?

Cuba mula fikirkan jika keseluruhan pakej keperluan cinta korang dapat dipenuhi pada hubungan yang akan datang. Bila penderitaan sindrom alone datang, cuba fokuskan yang cinta yang lebih indah akan muncul untuk korang. Pasti.

Jika perlu, beritahu diri sendiri beribu kali yang korang AKAN BAHAGIA, hati korang akan gembira. Cuma tak tahu bila dan siapa.

#3 : Menahan kemarahan

Ini pun salah satu punca penderitaan korang.

Korang rasa marah pada si dia, tapi cuba sembunyikan perasaan tu dan berpura-pura yang korang tak marah.

Mungkin korang rasa marah sebab si dia masih kekal dengan hubungan utamanya semasa berhubungan dengan korang. Mungkin korang marah pada si dia sebab membuat janji yang tidak dtunaikan, atau kerana korang menghabiskan masa cuti dan hujung minggu bersendirian meskipun ’in a relationship’.

Solusi : Korang mempunyai hak untuk marah, so teruskan.

Ini tak bermakna korang perlu menjadi kejam dan berperang dengan sesiapa saja. Tapi ini bermaksud korang perlu mengakui perasaan korang pada diri sendiri dan si dia dan ini bermakna korang perlu ’tulen’ dengan perasaan korang.

Ini mungkin bermaksud kadang – kadang korang memilih untuk tidak bersama si dia kerana korang sangat marahkan si dia untuk keadaan itu. Ada masanya, mungkin korang perlu untuk menangis, tulis diari / blog , atau pukul sesuatu untuk redakan perasaan.


Friday, July 29, 2011

cemburu tanda sayang

Dalam sesebuah perhubungan, tidak salah jika ada perasaan marah atau cemburu kerana ia sudah adat cuma jangan berlebihan.

Emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ia hanya akan mendatangkan keretakan dalam hubungan.

Mengikut kajian pakar, hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenarnya.

Tip Cinta

Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain. Tetapi apabila perasaan marah sudah menguasai diri dan hubungan berakhir, lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan sefahaman.

Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama orang tersayang.

Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha. Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan.

Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu. Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada. Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan melampaui batas.

Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan?

Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup.

Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia.

Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.

Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat.

Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan, sudah pasti kita juga akan setia padanya.

Jika sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati. Jadi, apabila sentiasa mengingati pasangan, amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada berlaku curang pada pasangan.

Cinta terasa indah apabila ke mana saja kita pergi, si dia sedia menemani tetapi terasa pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan lain.

Apapun, jangan biarkan marah dan cemburu terlalu menguasai diri. Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu, sekali gus mengekalkan keindahan hubungan bersama si dia:

* Jangan sesekali memungkiri janji.

* Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.

* Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.

* Jika si dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.

* Andai anda jujur, si dia akan setia kepada anda.

* Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan.


Kalau inginkan kesejahteraan setahun…
tanamlah benih.
Kalau inginkan kesejahteraan 10 tahun…
tanamlah pokok
Kalau inginkan kesejahteraan 100 tahun…
Maka..didiklah manusia

Tuesday, July 19, 2011

bersahabat dalam Islam

  1. Antara aku dan kamu, kita adalah bersaudara kerana akidah kita sama. Tak patut kita bergaduh sebab kita sama-sama nak masuk SyurgaNya dan memperoleh reda-Nya.
  2. Barangsiapa yang ada sikap suka mencela orang lain, pakat sama-sama berubahlah. Tiada gunanya bersikap begini. Malah merugikan si pencela kerana makin menjauh daripada reda Tuhannya. Orang yang suka mengata dan mengejek orang lain, orang yang suka memerli, orang yang suka buka aib orang lain, termasuk dalam kategori pencela yang dicela agama ini.
  3. Jangan ikut sangat prasangka ini. Sebab apa yang zahir tak semestinya sama dengan batin. Mungkin kita nampak keburukannya, tapi kita tak nampak kebaikannya yang dengan itu Allah reda padanya!! Namun begitu, tiada kompromi bagi dosa yang jelas nampak depan mata. Wajib kita tegah dan membenci perbuatan itu (bukan benci insan itu sebab pintu taubat Allah sentiasa terbuka sehingga ajal datang).
  4. Jika ada antara kita yang memiliki sikap suka 'pick-up'(mencari kesalahan) kawan kita atau orang lain, baik tinggalkan. Sikap ini juga dilarang oleh Allah subhanawataala. Tak percaya? Baca dan renungkan balik surah di atas. Islam mengajar kita menjaga hubungan persaudaraan sesama muslim. Menjaga air muka saudara kita. Sebaliknya, mencari kesalahan kawan kita hanyalah akan menjatuhkan air mukanya. Maha Benar Ayat Allah.
  5. Jangan sesekali mengumpat kawan kita. Berselerakah kamu menjamu daging mayat kawanmu?
  6. Islam melarang hidup berpuak-puak dan enggan bergaul dengan orang lain kerana ketinggian darjatnya. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, ketinggian darjat seperti jawatan, pangkat, gelaran, darah keturunan, dan kekayaan harta benda hanyalah pemberian dan pinjaman daripada Allah semata-mata. Kamu tak jadi mulia sebab jawatan tinggi dan sebagainya. Tapi kamu adalah mulia disisi Allah atas nilai takwamu!
  7. Jangan sombong dengan kawanmu.
  8. Kawal suara kamu. Boleh jadi membingitkan telinga orang lain dalam tak sedar. Bersederhanalah dalam bercakap.

Saturday, July 16, 2011

jgn marah ye sayunk






Lelaki dan perempuan suke bergaduh kan? Kadang kadang dalam hal kecik pun gaduh jugak. Ala, gaduh gaduh manja gitu. Hehe. Macam yang kita tahu, perempuan dan lelaki sangat berbeza. Masing masing ada kehendak dan kemahuan yang berbeza, dan itu adalah punca kita bergaduh dengan pasangan. Gaduh sekali sekala takpe, asalkan baik balik dan cinta makin bertambah, apa salahnya kan. Hihihi, gedik laks!



Apa yang chor sering perhatikan, bila pergaduhan makin meleret leret, yang perempuan mulalah nak naik suara dan yang lelaki mula lah nak angkat tangan(bukan semua ya, sesetengah je). Chor mengaku, chor pun selalu buat salah sampai pasangan chor tension(sory sayunk, hehe) tapi kita mesti belajar untuk berubah kan? Sampai bila kita harus menyakiti pasangan kita dengan perkara remeh? Jadi ada baiknya kita belajar untuk cool.



Chor selalu tengok drama, dan kebiasaannya, apa yang jadi dalam drama tu adalah realiti di dunia luar ni. Pada perempuan, kalau korang merajuk atau kecik hati macam mana pun dengan pasangan korang, jangan lah tinggikan suara, lelaki pantang perempuan tinggi suara dengan dia. Pada lelaki, tolonglah jangan naik tangan kat perempuan, chor tau kadang kadang ego korang tercabar, tapi cubalah ingat di hadapan korang tu adalah wanita yang korang cintai.



Jadi, perempuan jangan marah marah dan tinggi suara, dan lelaki jangan naik tangan. Lagi satu, jangan guna bahasa kesat. Adil kan? Biar semua cool dulu, baru lah boleh bincang dengan tenang. Chor sedang berusaha ke arah menjadi cool ni, takmo emosional sangat lah.



Hehe, jom kita berusaha menjadi yang terbaik untuk pasangan kita. Kita cuma manusia biasa, banyak sangat buat silap. Tapi chor percaya, kita mampu untuk berubah ke arah yang lebih baik.

20 perangai buruk lelaki





Anda lelaki? Rasa tercabar membaca tajuk entri ni? Rileks bro… Tak semestinya apa yang dituliskan ini betul semuanya. Yang penting, baca dan ambil peringatan. Buatlah perubahan mana-mana yang buruk. Semoga apa yang dikongsikan dalam entri ini berguna buat para pemuda di luar sana tu yer.



20 Perangai Buruk Lelaki Yang Boleh Membuatkan Orang Perempuan Meluat @ Benci



1. Meninggikan Suara
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.



2. Mengongkong
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka. Haa macam mana tu?




3. Cemburu Buta
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!



4. Panas Baran
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!



5. Kaki Merokok
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.



6. Ego
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.



7. Menipu
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.



8. Main Kayu Tiga
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.



9. Suka ‘Cuci Mata’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!



10. Perasan Terlebih
Aduhaiii…lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu…ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…hahaha sedarlah!



11. Mementingkan Diri Sendiri
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih…egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai tau.



12. Kurang Memberikan Perhatian
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.



13. Mata Duitan
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!



14. Terlalu Komited Dengan Kerjaya
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…



15. Pengotor
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.



16. Gelojoh
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?



17. Pentingkan Kawan-kawan Sendiri Saja
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
Sebenarnya banyak kes pergolakan @ konflik rumahtangga yang terjadi disebabkan oleh perkara ini. Jadi para lelaki semua, terutamanya suami, sila ambil perhatian tentang perkara ini ya.



18. Tidak Tahu Menghargai
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.



19. Putar Belit
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.



20. Terlalu Kontrol Macho
Perrghh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. Hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!






KEPADA LELAKI2 DILUAR SANA..BACA DAN AMBIL IKHTIBAR..FAHAMKAN...BAHAGIAKAN INSAN YG ANDA SAYANG

Friday, July 15, 2011

cara pikat hati lelaki


Rupa-rupanya kaum gadis yang paling ramai singgah di blog ni.. Jadi, teman nak kongsikan pulak beberapa tip untuk memikat lelaki. Mesti ramai gadis di luar sana yang menganggap penampilan fizikal seperti cantik dan seksi adalah senjata yang paling power untuk memikat hati lelaki. Tapi, kecantikan tu sebenarnya tak memberi apa-apa makna besar untuk memastikan hubungan yang diikat tu akan erat selamanya .Selidiki beberapa tip ini. Boleh dikatakan inilah skill paling power untuk memikat hati si arjuna.

  1. Terima lelaki seadanya
    * Korang kena tahu yang lelaki bukanlah individu yang sempurna. Korang pun macam tu. Ada jugak terselit sedikit kelemahan di sebalik kekuasaan mereka sebagai lelaki. So, korang janganlah kecik hati atau merungut kalau ada apa-apa perkara yang tak dapat lelaki tunaikan.
  2. Gadis perlu hargai lelaki
    * Try fahami perangai bf korang. Konfem lah ada perangai diorang yang korang tak suka kan? Tapi, janganlah tunjuk sangat yang korang stress bila berhadapan dengan perangai si dia yang korang tak suka tu. Lebih elok kalau korang saling memahami dan menerima kelemahan satu sama lain.
  3. Give and Take
    * Dalam apa saja perkara, korang mesti sanggup memberi lebih banyak dari menerima. Bukan lah nak memanjakan lelaki atau jadi hamba cinta. Tapi tak salah kalau sekali sekala korang cuba hargai bf korang ni.. Tak kan la sentiasa nak dilayan macam tuan puteri?
  4. Lelaki & Kejujuran
    * Kalau korang tak percayakan bf korang, jangan la nak expect dia akan percaya kat korang. Korang kena tahu yang lelaki akan setia bila dia dah sayangkan korang 100% . So, tak perlu risau bila dia keluar atau lepak dengan kawan2. Korang pun perlukan ruang untuk berkawan kan?
  5. Hormatilah lelaki
    * Lelaki ni menghormati wanita sebagai insan yang lemah dan perlu dilindungi. Terutama bila sedang bercinta, hormat dan sayang lelaki pada korang akan lebih tebal. So, korang pun kena la jadi macam tu. Hormati diorang sebagai individu yang melindungi korang dan menjadi tempat korang bergantung harap. Kalau lelaki yang tak hormat atau kasar dengan wanita dikatakan dayus, perempuan macam tu nak digelar apa pulak ea?


Tuesday, July 12, 2011

cerita nasi lemak


Saya toleh
kanan,sambil membawa sebungkus nasi lemak.Kemudian saya
mengambil tempat di sudut warung itu. Saya sedih sebab sebenarnya saya tak tahu apa nak buat. Saya sedih sebab saya baru sahaja bertunang. Saya sedih sebab selama saya kerja nie saya tak dapat tolong mak bapak saya.

Tapi aper nak buat. Itu semua gara-gara ego saya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata…ahhh saya tak tau nak sambung. Tengah hari tu semasa makan bersama tunang saya kami berbincang apa yang perlu dilakukan. Nak cari kerja ker atau berniaga? Kalau bekerja, saya tak rasa masalah saya boleh selesai. (saya sudah bekerja dengan 6 buah Bank dan HSBC adalah yang terakhir) saya ingat kalau berniaga, InsyaAllah masalah saya boleh selesai. Sebab saya rasa hanya dengan berniaga sahaja saya dapat membayar ansuran kereta dan juga hutang kad kredit saya. Ini adalah momentum yang menyebabkan saya berniaga.

Perkara pertama yang terlintas di kepala saya ialah Nasi Lemak.”Nasi lemak”- Saya pun hairan kenapa idea nie ajer yang keluar mungkin sebab nasi lemak sebungkus ditangan ini??. Kenapa tak ada idea lain? Kenapa perlu nasi lemak. Benda ni dah macam sebati dengan orang Melayu kot. Pikir saya sendiri. Entahlah, tapi setelah memikirkan masak-masak, akhirnya saya pun setuju untuk berniaga nasi lemak . Tunang saya pun setuju untuk sama-sama berniaga. Saya lebih bersemangat.

Timbul masalah pertama. Saya tak tahu masak. Tunang saya pun tak tahu masak. Tapi kenapa nak berniaga nasi lemak. Arghhh…. Saya tak peduli. Saya dah takder masa nak piker semua tu. Sebab dalam kepala otak saya dengan berniaga nasi lemak nie memang boleh kaya. Korang boleh tengok contohnya dekat Taman Bunga Raya Setapak/ Wangsa Maju. La ni dah bukak kedai dua tingkat kat Danau Kota. Dia berniaga nasi lemak dan Char Kuey Teow. Saya dah lama jadi regular customer.

Selepas berfikir dan berbincang, saya mengajak tunang saya untuk mencari resepi membuat nasi lemak. Kami menuju ke MPH Bookstore di Mid Valley Shopping Complex. Di situ saya mencari-cari buku resepi. Seingat saya (tak pasti), buku yang saya tengok adalah buku karangan Chef Wan. Selak punya selak saya terjumpa resepi untuk membuat nasi lemak. Cadang nak beli ajer, tapi tak mampu. Ia… memang saya tak mampu nak beli. Jadi apa saya buat. Saya pun salinlah resepi-resepi dan cara-cara membuat nasi lemak menggunakan handphone nokia 3310 saya. Dalam saya taip-taip huruf-huruf diruang mesej tu, staff2 kat situ sibuk ajer perhatikan saya kat situ. Saya buat selamber ajer.

“Takkan tak boleh kot? Kalau boleh baca buku percuma, takkan salin resepi kat handphone pun tak boleh?” jawab saya dalam hati.

sekian cerita sayer...korunk blh??

Sunday, July 10, 2011

menarik minat wanita

“ Macam mana nak buat perempuan dekat ngan kita yea??” Itu Soalan yang selalu ditanya oleh setiap lelaki.

Bagaimana nak pikat wanita dengan mudah, perlukah kita menjadi diri sendiri atau seorang yang hipokrit? Kalau korang dah tahu apa yang patut dibuat, stop baca entri ni. Tapi , kalau nak tahu dengan lebih lanjut, keep on reading okay.

Mempunyai ilmu memikat wanita adalah proses yang menjadikan korang ni seorang ‘lelaki’ (deyy, jangan fikir kotor yee). Mungkin ada di antara korang rasa macam lelaki loser je bila kena reject dek kaum hawa ni kan?. Kalau korang frust dan nak ubah keadaan tu, sekarang korang dah berada di tempat yang betul.

Soalan di bawah mungkin dapat membantu.

  1. Bila korang bersama dengan seorang awek cun , ada tak korang rasa nervous ke? Berpeluh ke? Nak cakap apa-apa pun susah. Lidah pun dah macam kena stapler??
  2. Ada tak korang fikir yang korang ni perlu jadi orang kaya atau orang-orang penting untuk dapat awek?
  3. Korang tak berani ajak perempuan keluar dating sebab takut kena reject?
  4. Bila perhatikan sekeliling, rasa macam korang je yang tak ada awek?
  5. Korang rasa kena ada luck baru boleh dapat awek?

Kalau korang mengangguk untuk semua soalan di atas ,jangan risau ye. Mata korang akan terbukak dengan lebih luas kejap lagi.
Kebolehan memikat kaum hawa ni sebenarnya takdelah susah sangat. Ramai lelaki menganggap yang kaum hawa ni berkuasa dan control semuanya. Itu pasal la ramai jugak yang kena Queen Control. Huhuhu.. Kaum lelaki lah yang lebih berkuasa sebenarnya. Korang Cuma perlu tahu cara nak guna dengan betul dan efektif . Korang kena sentiasa konfiden dan yakin pada diri sendiri. Itu yang perempuan cari dan suka. Diorang ni boleh detect tahap ke-konfiden-nan korang tau. Ramai lelaki yang nervous , tak berani nak pandang muka diorang , nak bercakap pun segan. Bila jadi macam ni, diorang akan fikir yang korang ni tak suka atau berminat kat diorang.
Kadang-kadang orang lelaki ni tak tahu mana nak pergi tempat yang boleh jumpa perempuan. Nak cari awek, tak perlu susah-susah. Cara paling mudah, cari aje kat FB , Tagged, atau social network yang sewaktu dengannya. Dengan cara ni, korang boleh cari mana – mana awek yang sesuai ngan personality korang. Cumanya, jangan gelojoh pulak.. relaks, slow and steady ye kawan- kawan.

Selamat maju jaya !

Tuesday, July 5, 2011

KEKANDA ADINDA

tgh lepak2 pg tadi bro ada terdengar satu lagu vertajuk KANDA ADINDA dari monoloque feat atilia...best gak lagu tu kena plak dgn lirik yg agak menarik..so tak nak type panjang2 u all baca je la

Oh Kekanda
Jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda
Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi

Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya

Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Oh bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?

Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi

Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya

Powered By Blogger