Monday, December 28, 2009

Surat anak kepada ayah

Kisah ini terjadi disuatu pagi yang cerah... . mungkin tidak begitu cerah untuk seorang ayah yang kebetulan memeriksa bilik tidur anak gadisnya... yg berumur 18thn Dia mendapati bilik itu cukup kemas dan rapi, dengan sekeping sampul surat yg bertuliskan untuk ayah diatas meja bacaan.. perlahan dia mula membuka surat itu...

--------------------------------------------------------

Ayahku yg tercinta, Aku menulis surat ini dengan perasaan sedih dan sangat menyesal. Saat ayah membaca surat ini, aku telah pergi meninggalkan rumah. Aku pergi bersama kekasihku, dia lelaki yang baik, setelah bertemu dia..ayah mesti setuju walaupun penuh dgn tatto2 ganas ditubuhnya, Dia sudah cukup dewasa walaupun belum begitu tua (aku fikir zaman sekarang 42 tahun tidaklah terlalu tua). Dia sangat baik terhadapku, lebih2 lagi dia akan jd ayah kpd kandunganku ini. Dia memohonku untuk membiarkan anak ini lahir dan kita akan membesarkannya bersama.

Dia punya bisnes perdagangan extacy yang sangat luas, dia juga telah meyakinkanku bahawa marijuana itu tidak begitu buruk. Kami akan tinggal bersama sampai mati memisahkan kami. Aku yakin bahawa para doktor akan menemukan ubat untuk AIDS jadi dia akan segera sembuh. Aku tahu dia juga ada perempuan lain tapi aku percaya dia akan setia padaku dengan cara yang berbeza. Ayah.. jangan risau akan keadaanku. Aku sudah 18 tahun sekarang, aku tahu menjaga diriku. Salam sayang untuk ayahku dan ibuku yg trcinta. Oh ya sebelum aku terlupa, berikan semua teddy bear dlm bilik ku ini untuk adikku yg sgt2 inginkannya... ...

----------------------------

keadaan si ayah bagaikan nk tercabut jantungnya ketika itu... ... ..lalu perlahan2 membuka muka surat kedua surat itu... dgn keadaan terketar2 si ayah membaca... ... .

PS: Ayah, .. tidak ada satupun dari yang aku tulis diatas itu benar, aku hanya ingin menunjukkan hal yg lebih mengerikan daripada nilai report kad ku yg buruk. Kalau ayah sudah menandatangani reportku diatas meja, panggil aku ya... Aku berada dirumah jiran sebelah jer... ..

Thursday, December 17, 2009

EMAS BOLASEPAK SELEPAS 20 TAHUN




Skuad bola sepak bawah 23 negara mencipta sejarah Sukan SEA apabila menang emas pertama selepas kali terakhir dilakukan 20 tahun lalu.


Jaringan gol sendiri pemain Vietnam selepas tolakan Norshahrul Idlan Talaha memberikan peluang untuk Malaysia memperoleh emas dalam acara akhir bola sepak lelaki Sukan SEA XXV.
Kali terakhir skuad negara menang emas ialah di Temasya Kuala Lumpur 1989.




TAHNIAH...1MALAYSIA

Tuesday, December 8, 2009

suka masa bercinta

engkau suka aku pun suka ke mana pergi pun tak apa yang penting jalan berdua naik bas, basikal pun takpa jalan tengah panas pun takpa sampai melecet ketiak jadinya semua suka tiada duka

masa engkau suka aku pun suka durian yg engkau suka aku pun suka walaupun sebenarnya tak berapa suka petai yg engkau suka, aku pun telan juga walaupun nak terjegil biji mata kita sama-sama ketawa

masa engkau suka aku pun suka Tempe yg aku makan jadi kegemaran kau juga walaupun kau tak pernah makan sebelumnya

masa engkau suka aku pun suka pakai apa pun tak pe baju merah tudung biru pun tak ape tudung kau senget aku kata takpe. gigi kena lipstik aku tak kisah juga engkau tetap cantik jelita

masa engkau suka aku pun suka aku pakai apapun tak ape, lupa pakai tali pinggang pun tak ape, T shirt koyak kat ketiak pun tak ape, Lupa cukur misai pun tak ape, Kau kata aku tetap handsome seadanya.
Powered By Blogger