Friday, November 20, 2009

Sayangilah wanita

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.........
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia..Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh....7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak....Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,Tapi bila dah habis cuti tu.....layan lah suami.."offer" lah pada suami,Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee,Jangan buat alasan itu dan ini pulak....ingat tu si isteri yee!!! Kata nakpahala lebih...
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya... Satu lagi berita gembira untuk wanita,Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis..Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah.Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah,segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.. Dia bukan dicipta dari kepala untuk menjadi ketuanya,juga bukan dari tapak kaki untuk dipijak-pijak.Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepadakamu(lelaki) ,dari bawah lengan untuk mempertahankannya, dekat dengan hati untuk disayangi.
Woman was made from the rib of man,She was not created from his head to top him,Nor from his feet to be stepped upon,She was made from his side to be close to him,>From beneath his arm to be protected by him,Near his heart to be loved by him.
"Wahai Tuhan...ku tak layak ke syurgamu ...namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...kamilah hamba yang mengharap belas darimu ..."Ya Allah...jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggaldunia".......
Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini disebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaahaillalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaahaillalLah', kamu pasti berjaya!"Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10

Tuesday, November 17, 2009

lagi teka teki

Ni ada teka-teki yang hanya berkaitan dengan ikan... Dalam banyak-banyak ikan:
1. Ikan apa yang mempunyai banyak masalah?
2. Ikan apa yang selalu sakit perut?
3. Ikan apa yang mempunyai bulu ketiak?
4. Ikan apa yang selalu sedih?

1. Ikan Termenung (Suka termenung) 2. Ikan Kembung (Banyak angin) 3. Ikan Duyung 4. Ikan Haruan (Suka terharu je... )

soalannyer berbentuk... ... .
1. seekor burung sedang terbang lalu terserempak dgn sebuah kapal terbang di udara. Tiba2 burung itu jatuh ke bawah. Kenapa?
2. pokoknya di atas bukit daunnya di dlm air. Apakah dia?
3. dlm banyak2 kenderaan, kenderaan apakah penumpangnya sorang ttp pemandunya ramai?
4. manakah yg lebih tua antara kereta dan motosikal?
5. kalau manusia jadi ikan, apakah yg akan terjadi kpd ikan?
6. Bas Parkmay sedang bergerak ke Seremban dgn membawa sorang datuk, seorang wanita dan seorang pelajar. Tiba di Seremban, siapakan yg turun dulu?
7. ikan apan yg sentiasa sejuk?
8. Amin dan Aminah mendapat anak. Kenapa mereka menamakan anak mereka Afifah ?
9. buah apa yg kita langkah dulu sebelum makan ?
10. dlm banyak2 haiwan, haiwan apa yg x pernah duduk ?
11. lepas satu hilang, satu lagi hilang. Akhirnya tinggal ibu yg malang. Apakah itu?
12. andaikan anda seorang konduktor bas. Bas itu pergi ke satu stesen, 5 org diambil. Di stesen kedua, 2 org turun dan 7 org naik.di stesen ketiga, 3 org turun dan 8 org naik. Soalannya, berapakah umur konduktor bas itu ?
13. apakah tempat ini ? semua memakai uniform dan tidak pernha berkurangan malahan semakin bertambah
14. emak anas ada 5 org anak. Abu, Ali, Ahmad, dan Azizi. Siapakah anak kelima?
15. apakah Negara yg banjir dulu sebelum hujan?
16. apakah solat yg ada 3 tahiyat?
17. apakah solat yg x de tahiyat
18. bagaimana utk naik haji jika x ade duti?
19. apakah tempat yg terkecil di dunia?
20. dlm banyak2 bola, bola apa yg pemainnya hormat?
21. apakah spesies ikan terbesar di dunia?

jawapannya adalah... ... ... ... ... ...

1. burung sedang tutup telinganya
2. daun teh
3. keranda
4. motor sebab ada tongkat
5. ikan jadi banyak sebab manusia x makan
6. meter bas
7. ikan jaket
8. kerana anak itu perempuan
9. buah dam
10. ikan
11. mancis
12. umur anda
13. perkuburan
14. Anas
15. Negara Bahrain
16. solat maghrib masbuk
17. sembahyang mayat
18. main dam haji
19. setapak
20. bola golf
21. spesies jerung sebab paus adalah mamalia

Friday, November 13, 2009

sifat lelaki LAWAN sifat perempuan

(L) Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.
(P) Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya.

(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.

(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata.
(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.

(L) Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P) Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.

(L) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.

(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

(L) Bersikap pemurah atau boros.
(P) Bersifat kedekut atau berjimat.

(L) Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P) Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

(L) Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(P) Fokus kepada sesuatu perkara.

(L) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P) Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.

(L) Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
(P) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.

(L) Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P) Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.

(L) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P) Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan

(L) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P) Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

(L) Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.

(L) Tidak suka bercakap tentang pasangannya
(P) Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya

(L) Agak keberatan meminta maaf
(P) Lebih mudah meminta maaf

(L) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
(P) Risau apabila menghadapi kesukaran

(L) Suka MEMBUAT keputusan
(P) Suka MENGIKUT keputusan

(L) Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
(P) Suka bersama keluarga
Powered By Blogger