Wednesday, January 21, 2009

kepala gua feninggg

ahhhhh
lega budak2 press dah balik...
jenuh gak nak belakon depan kamera ni hehehe
selalu tengok dlm tv cam senang je
aduyai.....
gua punya kepala pun dah fening
ni layan bebudak tadi le ni
kecoh tol dia org ni
dah tu habis satu bangunan opis gua ni turun kat tempat gua mana tak fening.....
mmmm
besok last keje bos bagi cotiiii....
coti 10 hari plak tu
macam gua plak nak raya hehehehe
tapi tak pe gua pun lama tak blk kampung huhuhuhu
ok lerrr
gua nak layan kepala jap
bagi hilang fening dulu
hehehe
pegi merayap ushar awek kat tingkat atas ke hehehe
baru hilang fening hehehe
kang petang gua up date blog cerita terbaru hihihihi
peaceeee

Awal Tengah Hujung

Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom.. dari duduk rumah, bosan plak.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa.."

Penghujung Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "apa shopping moping..? aku kompang kang... ."

*************

Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke?"

Penghujung Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "awak nikah je lah ngan mamak kedai tu... "

*************

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."

Penghujung Perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..memang ikut mak... gerenti bengong nyer... "

*************

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."

Penghujung Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "apa kata awak masak, awak kemas, awak buat sumer... saya nak kuar ngan maid kita yg baru ni... ."

*************

Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan... tak cukup lagi ke?"

Penghujung Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "kompang nak ?"

**************

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "takpe, biar abang masak.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "masak jer la apa2 jer.."

Penghujung Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : " bakar je lar dapur tu... "

Tuesday, January 20, 2009

Pantun Petua

Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser di'fire' Ultraman
Ultraman yg baik dikenang jua

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksaser
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Taro datang membantu

Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Ader lampu nyaler

Mengata dulang paku serpih
Boleh fire terus lawan pulak lebih-lebih

Sudah geharu cendana pula
Sudah kalah di'fire' pula

Orang berbudi kiter berbahaser '
Fire' diberi pada raksaser.


PETUA HARI INI
1.Petua Cepat DiPinang - Banyakkan Meminum Air Pinang

2.Menegangkan Kulit Muka - Stepler Tempat Yg Kendur Tue..

3.Menghilangkan Cagu - Potong Jari Yg Kena Cagu Tue...

4.Menghilangkan Bau Badan - Berendam Dalam Minyak Wangi

5.Melembutkan Rambut - Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak...

6.Melentikkan Bulu Mate - Pakailer Bulu Mate Palsu...

7.Melebatkan Rambut - Cari Baja Rambut...

8.Mengurangkan Dengkur - Kurangkan Tidur..

9.Menghilangkan Ketuat - Potong Dgn Pisau Cukur Cap Buaya... .

10.Mengempiskan Perut - Jgn Makan & Jgn Minum...

11.Mengekalkan Kecantikan - Kekalkan Mekap, Jgn Basuh2...

12.Menyegarkan Mate - Tuang Eye Mo...

13.Mengelak Rambut Gugur - Lumur Dengan Gam Gajah...

14.Menghilangkan Kelemumur - Gunekanlah Syampu Rejoice..

15.Menurunkan Berat Badan - Turun Ikut tangga kecemasan..

16.Mengatasi Tumit Pecah - Jalan Berjengket- Jengket...

17.Memerahkan Bibir - Pakai Lipstick arr..

18.Menghaluskan Kulit Muke - Gosok Dgn Kertas Pasir

19.Menaikkan Seri Muke - Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangge..

20.Menghilangkan Bau Mulut - Minum Minyak Wangi

Monday, January 19, 2009

Petua Untuk 'Tahan Lama

Dibawah ialah selingan untuk mengubat rasa mengantuk
Selamat membaca!

Nama2 Jepun dlm bahasa Malaysia

1.Yg pemarah- KEJI CACIMAKI
2. Yg tak suka brg mahal- SATO SUKAMURA
3. Yg bisu- KITA TADASUARA
4. Yg suka makan tose- NANACHI HITOSE
5. Yg suka lagu blues- APO NADIKATO
6.Yg suka belajar- ASIKO ULANGKAJI
7. Yg kerap bikin ribut- WAKASI HURUHARA
8. Yg masih bujang- MATIMATI TAMOKASI



KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama... selama 2 tahun. Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan pada 31 December 2005. Dan sebelah lagi pada 1Januari 2006. Wah?... tahan sampai 2 tahun kan?.. Jangan lupa hujung tahun nie cuba tau...

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama... jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Barangan emas bila dah terlalu banyak dikenakan zakat. Tapi kalau untuk lebih 'tahan lama'... bayar la zakat untuk barang kemas tu. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi... padan muka korang... hahaha!

PAKAIAN TAHAN LAMA
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing machine... Jangan jemur bawah mentari terik, elak guna bleach... Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan. Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan! Kalau boleh pakai baju member, baju sendiri simpan elok-elok.

KERETA
Lepas beli, simpan kat garaj... bungkus elok-elok... jangan bagi angin masuk... jangan bagi abuk masuk... jangan bagi wap air masuk. Pagi-pagi panaskan enjin dan hari-hari lap kereta. Bayar loan bulan-bulan sampai abis loan... gerenti kereta tahan lama...

KENYANG
Kalau nak tahan lama... sebelum makan baca bismillah dan doa... Akhir makan... baca doa gak dan ucap alhamdullillah.. Jangan jadi macam setan...

UMUR
Umur nak tahan lama?... Jangan Merokok!...
Rokok nak tahan lama?... Jangan Hisap!...

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam - senang aje jangan tidur.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan... Jujur dan ikhlas.

KUEH RAYA
Kueh raya kalau nak tahan lama, melantak bebanyak sikit, kalau orang datang rumah beraya kasi tapaukan dia sekali kueh-kueh raya tu... ini bermakna tak la membazir... kalau simpan lama sangat nanti kueh jadi tengik... lepas tu nak kena buang, so... jangan jadi setan... membazir amalan setan.

PUASA
Gerenti lapar kan, so... kalau nak "tahan lama" bebanyakan beribadat" jangan asyik nak bercerita pasal baju raya ke... kueh raya ke... ataupun mengumpat.

KERJA
Kerja kalau nak "tahan lama" jangan asyik nak baca email aje macam korang... dah tak ada kerja lain ke... kalau BOSS nampak, tak pasal-pasal kena buang kerja. Padan muka !

Saturday, January 17, 2009

Perah Otak

Teka-teki :HITAM & BERPELUH..HA. .APE2??
Jawapan :SEMUT HITAM TENGAH BERJOGING..HUHUHU. .

Teka-teki :APA BENDA BILA MASUK SEGITIGA BILA KELUAR BERGULUNG-GULUNG
Jawapan :SELUAR DALAM LERRR

Teka-teki :antara kapal terbang dengan kuih lepat liat,mana satu yang paling tinggi?
Jawapan :kuih lepat liat la... sebab kapal terbang sampai langit je,tp kuih lepat liat sampi LELANGIT...

Teka-teki :byk2 kotak,kotak pe yg xleh angkat?
Jawapan :kotak penaltilah wawawa

Teka-teki :Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar teka teka kalo terrer... ..! !
Jawapan :selipar maner boley buat gali tanah... ... gune cangkol lar huehuehueheu! !

Teka-teki :Bulu bertemu bulu... kulit bertemu kulit... makin tambah rapat makin nikmat rasanyer... ( jawaplah kalau bijak hehehe... .) Jawapan : mata lah jawapan nyer... sedap bila dapat tido huhuhu

Teka-teki :3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah Ia?
Jawapan :Koboi naik kuda bawa ayam.

Teka-teki :MASA DIA HIDUP KITE NYANYI,MASA DIA MATI KITE TEPUK TANGAN.
Jawapan :LILIN MASA SAMBUT BIRTHDAY

Teka-teki :scorpion kaler apa?
Jawapan :kala jengking la

Teka-teki :Dlm bnyk2 kera, kera ape yg pandai menaip
Jawapan :kerani

Teka-teki :Ada sorang imam, tengah sembahyang lepas tu ada sekor anjing lalu depan dia..pastu dia jilat kaki dia.. Batal tak air semayang imam tu?
Jawapan :Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri

Teka-teki :4 org awek berpayung dgn satu payung tp knape tak basah? Jawapan :sbab tak hujan


FAKTA HARI INI
Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung berapi, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan berturut2.

Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan dapat diekori lagi.

Dan.....tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

hehehehehhehehehehe eh... ... . ... .
Sentuh la telinga korang ngan siku sampai ia kena... ... .
Tak normal la la korang maknanya.....

Friday, January 16, 2009

bila tersempak hantu

Apa yang perlu kita buat bila terjumpa dengan hantu di tengah jalan... perlulah kita lari pecut atau ucapkan selamat kepada dia..
bagi mereka yang dah tengok citer mistik tu apa perasaan korang lepas tengok citer tu...
anyway kat bawah ni ada tips untuk korang semua.. enjoy it..

Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa-apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya, senang aje, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada di situ.

Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni..nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu...

So! bile kekawan semua terserempak dengan HANTU cubelah petua di atas..

Nota: Awas, dalam dunia ni kita tidak bersendirian...

wah mistik betul rasanya hehehe

Teka Teki (Sekadar Suke Suke)

soalannya adalah seperti berikut...

1.Kalau masuk kandang kambing mengembek, apa nak buat kalau kita masuk kandang harimau?
Jawapan:mengucap le sebelum kena ngap

2.Apa dia: ayam di luar, ikan di dalam?
Jawapan:ikan sardin cap ayam

3.Ada seekor monyet dikejar seekor harimau. Monyet ini memanjatlah satu pokok ni. Bila dah sampai half-way, rupa-rupanya ada seekor ular sawa kat atas pokok tu. Camna monyet tersebut ingin menyelamatkan dirinya?
Jawapan:tak yah le korang nak pikir2 masaalah monyet tu..pikir je masaalah korang sendiri

4.Banyak-banyak tempat, di manakah air tidak pernah cerah?
Jawapan:ayer hitam

5.Buta apakah yang boleh nampak?
Jawapan:buta hati dan perut

6.Kalau semua binatang jadik ikan, ikan jadik apa?
Jawapan:ikan jadi banyak le hehehe

7.Banyak-banyak ikan, ikan apa yang slalu sakit perut?
Jawapan:ikan kembung

8.Apa dia: Bila kecik dia itam, bila besar dia jadik putih?
Jawapan:michael jackson

9.Banyak-banyak singa, singa apa yang tak makan daging?
Jawapan:Singapura

10.Kenapa idung lembu berair?
Jawapan:lembu mana tau kesat hidung dgn tisu

11.Burung apakah yang paling penyayang?
Jawapan:Burung belatuk (sebab dia bela atuk)

12.Kenderaan apakah yang paling tua di dunia?
Jawapan:motosikal dan basikal sebab dia ada tongkat

13.Lembu apakah yang selalu dicari?
Jawapan:lembu yang hilang

14.Kalau seorang, sendiri tau. Kalau berdua, dua-dua sama tau. Bertiga, tiada siapa yang tau kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagilah tak tau... apa dia?
Jawapan:kentut hihihi

15.Bom apakah yang tak pernah meletup?
Jawapan:BOMba dan kuih BOM

16.Kereta apa yang orang tak pernah panggil kereta?
Jawapan:teksi

fikir... fikir... fikir... fikir... fikir... fikir... fikir... fikir... fikir... fikir... fikir... hahahahaha......

Tuesday, January 13, 2009

kata kata mutiara

BILA HIDUPMU BERADA DLM KEGELAPAN...
BERDOALAH....
DAN APABILA SELESAIBERDOA...
KEGELAPAN MASIH MENGELILINGIMU...
BAYARLAH BIL ELEKTRIKMU...
INSYALLAH TERANG!!!!


Dua pemuda berbual diterminal lapangan terbang
A: Eh, kau perasan tak kapalterbang tak boleh mengundur.
B: Ha ah laaa... .. Tengok tu, kena ade kereta tolak.
A: Kau tau ape sebabnya?
B: Sebab tak de gear undur kot... .!!
A: Tak lah... .. pasal kapalterbang tak ada side mirror. Cuba kau perati.
B: ? Ha ah laaa ... ... ..!!!

Adik : Abang tahu tak antara batman ngan superman yang mana lebih berani?
Abang : Superman lah, pasal dia berani pakai seluar dalam kat luar.
Tunjuk kat semua orang.
Adik : Salah tu bang. Batman lagi berani.
Abang : Apesal pulak..??
Adik : Pasal batman pakai seluar dalam hitam dia kat kepala... .
Abang : Hmmmm... . ye tak ye jugak ye... .

SENYUM PADA ORG TUA, TANDA HORMAT....
SENYUM PADA KANAK KANAK, TANDA SAYANG.....
SENYUM PADA KEKASIH, TANDA CINTA....
SENYUM DEPAN PC, TANDA GILE!!
MASIH SENYUM.....LAGI SENYUM...
MEMANG SAH GILER!!!!

Mat Dan Cikgu heheheh

Dalam kelas,
matapelajaran Matematik Permulaan,
cikgu tadika bertanyakan soalan..
"Ada 3 ekor burung di atas pokok..
Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi baki yg tinggal di atas pokok?"
Adik Mat angkat tangan dan jawab, "Kosong cikgu".
"Kenapa kosong Mat?" tanya cikgu.
"Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu."
"hmm salah tu Mat! Jawapan yg betul tentulah 2,
3 tolak 1 sama dengan 2..
Tapi cikgu suka cara kamu berfikir"..kreatif' ..tambah cikgu tu lagi...


Ketika waktu rehat, Cikgu belanja Adik Mat makan aiskrim...
Sambil menikmati aiskrim yg dihadiahkan oleh Cikgu nya itu, Adik Mat tetiba bertanya, .. "Cikgu.., ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Satu tu makan dgn style telan semua sekaligus, satu lagi gigit sikit2,
dan satu lagi jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis.
Cuma satu je antara tiga tu yang dah kawin, yang mana satu cikgu?"..
Tergamam cikgu dengan soalan Adik Mat... tapi cuba berlagak neutral cikgu pun jawab,
"Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu la kot.."..
"Salah cikgu.., yang ade pakai cincin laa yang dah kahwin...
Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir".. kreatif..


hehehe... mat mat

Monday, January 12, 2009

ceriteraku...

Dalam banyak2 air,air apa yang paling berani? Ha.Ha Ape bende tu?!Kalau nak tahu,jawapan yang sebenarnya ialah air terjun..sebab dia berani terjun!!!!!ha!!!!ha!!!!ha!!!

Banyak -banyak binatang... binatang apa keluar haid..
jwpn:kura-kura... ala tu pun tak tahu... keluar HEAD..tak paham jugak.ala kepala le..

dlm banyak2 binatang... binatang apa yang bertelur dan beranak... kira 2 alam la niii..
ha jwp2... siput babilaaaa... ye la siput bertelur babi beranak...

kalau anda ni semuanya pandaiii cuba teka,
banyak2 sungai,sungai apa yang paling berat
jawapannyer ialah Sungai Besi... ha... ha... ha...

kereta ngan motor,mana lebih tua?
jawapannyer adalah motor,sebab motor pakai tongkat...

dalam banyak2 pokok,pokok apa yang baik hati?
jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

ni ada satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin?
huruf TA dan YA laa... .kan jadi TAYAR tu..

kasut apa yang paling keras? kasut batu... salah maa..
kasut BATA laaa... muhahaha..lawak ker?

sebuah bas telah berenti secara mendadak kerana hampir terlanggar seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu berenti?
jwpnnyer ialah meter bas tu la..

antara huruf A hingga Z,banyak2 huruf tu,mana huruf yang boleh kawin..ahh sape dapat jawap.. jawapannyer ialah... huruf i ngan u lerr... heheheheee,

nih antara pasangan bercinta lerr hehehe... kalau korang pandai math,5 orang cina tolak 3 org india,jadi apa?
orang india tu jatuh la... keh... keh... keh..

ada 3 biji limau kendian dibahagi kepada 3 bahagian..lepas tu dibagi plak pada 3 orang..baper seorang dapat?
kes..kes..kes... korang mesti lemah IQ kan. jawapannyer sorang dapat sebiji limau ler... sbb sama gak ko potong atau tak... heheheeemesti dapat sorang sebiji.

benda apa kalau naik tak turun dah?
jwpn dia umur la.ish..ish... ish

KENAPA TAYAR BELAKANG KENDERAAN SELALU BOTAK DAHULU DARIPADA TAYAR HADAPAN?
SEBABNYA IALAH DIA SELALU MEMIKIRKAN KENAPA DIA TIDAK DAPAT MEMECUT TAYAR HADAPAN.

cuba teka mouse komputer jantan ke betina?
jwpannyer betina ler..pasal dia pakai pad.hehehe

ada sekor gajah dan sekor kancil,berjalan2 dalam utan.suatu ketika mereka terjumpa sebuah titi.semasa kancil menaiki titi tersebut,titi tersebut runtuh.kancil telah patah kaki,gajah pula patah... . gajah patah apa rasanyer yer ?
gajah patah balik kot...

dalam banyak2 lembu,lembu apa yang semua petani cari...
lembu yang hilanglah..kalau tak hilang siapalah ada masa nak kisah pasal lembu.

hidupan apa dalam laut paling tua
jwpnnyer udang sebab dia sudah bongkok dan berjanggut..hahaha..

cuba teka ye benda apa apabila kita berdiri dia baring,bila kita baring dia berdiri??
jwpnnyer tapak kaki laaa... .

banyak2 ikan,ikan apa yang pemalu?
jwpnnyer:ikan sardin sebabnyer dia dok dalam tin...

ANDAIKATA ANDA TERJUMPA MAYAT MANUSIA DAN BANGKAI HAIWAN YANG MANA SATU ANDA PERLU TUTUP DAHULU? JAWAB..JAWAB..JGN TAK JAWAB...
DUA-DUA SALAH LA...

TAK TAHU...


TENTULAH HIDUNG

APAKAH BENDA YANG KITA POTONG IA TETAP AKAN PANJANG?
HA JAWAPANNYER MESTILAH KACANG PANJANG KAN...
TAKKANLAH DAH POTONG KITA KENA PANGGIL KACANG PENDEK TAK SESUAI TAU...

HEHEHE
Powered By Blogger