Friday, March 27, 2009

BARU:Surat permohonan suami

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa, 24300,
Kemaman Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa, 24300,
Kemaman Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian,
Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki

Tuesday, March 17, 2009

CERITA CERITI

SALAM SAHABAT SPONGE
MAAF SAYA LAMA TAK UPDATE
SEJAK AKHIR2 NI TERLALU BZ SESNGAT
JD INI HADIAH TERBARU KEPADA ANDA
TERIMA KASIH


Alahai Mak Cik... ... ...
Suatu hari..seorang Makcik menyewakan salah satu biliknya untuk seorang pemuda penyelidik nak buat kajian kat kampungnyer. . Penyelidik yang dah bersetuju tu pun menyewa la.. Malam tu.. Time penyelidik tu nak mandi..maklum ler bilik air kampung.. Dah tu dia tu..hensem lagi..muda lagi.. Makcik tu pun "semacam" ler..dia pun nak pi ngendap si anak muda nie mandi... .
Makcik nie kantoi sekali..oleh pemuda tu..
Kali keduanya pun kantoi..nak ngendap nie..
Kali ketiganya..pemuda tu naik bengang dan bagi warning.. " Kalau makcik ngendap saya sekali lagi... saya rogol makcik!!!" Kemudian..makcik tu keluarkan jari kelingking dan berkata...
" JANJI TAU..!!"..
============ ====

Burung Spesel
Pada suatu hari sorang suami baru pulang dari Brazil , membawa burung kakak tua yang sangatlah spesel.. Si isteri bertanya..pada si suami... " Abang..buat aper beli burung tu..?! Kan mahal tu..!" Suami menjawab.. " Ala takper..burung ni spesel..tengok nie.." Suaminya mengangkat tangan kanan dan memetik jarinya... burung itu terus menyanyi lagu POP.. Si isteri sangat suka..dan menyuruh suaminya mengangkat tangan kiri plak.. Si suami..berbuat demikian dan memetik jarinya.. dan burung itu terus menyanyi lagu ROCK pula.. Si isteri pun suka dan bertanya.. " Abang, kalau kita angkat kedua-dua tangan plak camner..?" Suaminya menjawab.." Awak cuba la buat.." Si isteri mengangkat kedua2 tangannya dan memetik jarinya..lalu. .burung itu pun berkata...
" SATU SATU LAH, BODOH..!!! "
============ ======

mengandung anak gajah
Seorang lelaki yang badannya gendut naik kereta api. Penumpang sangat penuh maka lelaki itu terpaksa berdiri. Dia merasa ada yang menyenggolnya lalu lelaki itupun melihat kebelakang. Ada seorang ibu hamil yang juga sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka lelaki bertanya pada wanita itu :
Lelaki: Hi... kakak hamil ya ?
Ibu hamil : Iya udah tahu tanya lagi (kata wanita dengan nada kesal) Lelaki: Isinya orang ya, kak ?
Ibu hamil : Iya (dengan nada kesal, lalu bertanya)Encik hamil juga ya? Lelaki: Iya (Sambil ketawa)
Ibu hamil : (Karena merasa jawaban lelaki itu tidak sopan dia melanjutkan pertanyaannya) Isinya orang ya?
Lelaki: Bukan, isinya anak gajah (sambil ketawa lagi).
Ibu hamil : (terkejut, lalu ketawa)
Lelaki: Laa... kenapa ketawa? (dengan bingungnya)
Ibu hamil : Oh isinya anak gajah, ya... patutlah belalainya keluar( sambil menunjuk seluar lelaki yang lupa dikancing)
Lelaki: ??
============ =

Skandal Doktor
Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku. Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata, "Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang." Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi. Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya, "Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya." Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih... Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata, "Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan"

Sorang taukeh kedai restoren sedang mengira pinggan mangkuk di kedainya...
- 13 mangkuk pecah
- 5 mangkuk retak
- 2 mangkuk hilang DAN... .
- 1 mangkuk hayun sedang baca BLOG ni... .. daa... pegi buat keje... ..takde keje lain ke 2... asyik tgk pc je ekekekekeekekeke

Thursday, March 5, 2009

Makna nama dlm Jawa

Berikut diturunkan beberapa nama nama pilihan orang Jawa:

1. Harap besar esok akan pandai tanam bunga,
diberikan nama Rosman.

2. pandai membaiki kereta,
namakan Karman.

3. average dalam golf,
Parman.

4. pandai dlm penulisan,
Suratman.

5. gagah perkasa,
Suparman.

6. boleh mendengar sambil berjalan,
Wakiman.

7. selalu bertanya,
Asman

8. pandai buat kuih,
Paiman.

9. pakar jualan,
Salman.

10. pakar pasal alam sekitar,
JASman.

11. pandai melukis, tulis sajak, nyanyi lagu,
Saniman.

12. doktor gigi,
Sugiman.

13. supaya cepat naik pangkat,
Yasman.

14. Bakal kaki pukul dan dera orang,
Deraman.

15. yang ada darah Bengali,
Manbai.

16. pandai organise skim cepat kaya,
Pakman (Te' Lo).

17. Buat kerja ala kadar -
Kadarisman.

18. Suka bagi orang susah-
Sukarman.

19. Suka mengada-ngada -
Ngadiman.

20. Dua alam -
Herman.

21. Paling Haprak -
Koman.

22. Kalau yang kuat berlawan -
Ultraman.

23. suka makan makanan Jepun -
Sukiman.

Tiada kena-mengena sama dengan yang hidup atau pun yang dah meninggal. Sajer jer melawak!!
Powered By Blogger