Monday, January 19, 2009

Petua Untuk 'Tahan Lama

Dibawah ialah selingan untuk mengubat rasa mengantuk
Selamat membaca!

Nama2 Jepun dlm bahasa Malaysia

1.Yg pemarah- KEJI CACIMAKI
2. Yg tak suka brg mahal- SATO SUKAMURA
3. Yg bisu- KITA TADASUARA
4. Yg suka makan tose- NANACHI HITOSE
5. Yg suka lagu blues- APO NADIKATO
6.Yg suka belajar- ASIKO ULANGKAJI
7. Yg kerap bikin ribut- WAKASI HURUHARA
8. Yg masih bujang- MATIMATI TAMOKASI



KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama... selama 2 tahun. Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan pada 31 December 2005. Dan sebelah lagi pada 1Januari 2006. Wah?... tahan sampai 2 tahun kan?.. Jangan lupa hujung tahun nie cuba tau...

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama... jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Barangan emas bila dah terlalu banyak dikenakan zakat. Tapi kalau untuk lebih 'tahan lama'... bayar la zakat untuk barang kemas tu. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi... padan muka korang... hahaha!

PAKAIAN TAHAN LAMA
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing machine... Jangan jemur bawah mentari terik, elak guna bleach... Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan. Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan! Kalau boleh pakai baju member, baju sendiri simpan elok-elok.

KERETA
Lepas beli, simpan kat garaj... bungkus elok-elok... jangan bagi angin masuk... jangan bagi abuk masuk... jangan bagi wap air masuk. Pagi-pagi panaskan enjin dan hari-hari lap kereta. Bayar loan bulan-bulan sampai abis loan... gerenti kereta tahan lama...

KENYANG
Kalau nak tahan lama... sebelum makan baca bismillah dan doa... Akhir makan... baca doa gak dan ucap alhamdullillah.. Jangan jadi macam setan...

UMUR
Umur nak tahan lama?... Jangan Merokok!...
Rokok nak tahan lama?... Jangan Hisap!...

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam - senang aje jangan tidur.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan... Jujur dan ikhlas.

KUEH RAYA
Kueh raya kalau nak tahan lama, melantak bebanyak sikit, kalau orang datang rumah beraya kasi tapaukan dia sekali kueh-kueh raya tu... ini bermakna tak la membazir... kalau simpan lama sangat nanti kueh jadi tengik... lepas tu nak kena buang, so... jangan jadi setan... membazir amalan setan.

PUASA
Gerenti lapar kan, so... kalau nak "tahan lama" bebanyakan beribadat" jangan asyik nak bercerita pasal baju raya ke... kueh raya ke... ataupun mengumpat.

KERJA
Kerja kalau nak "tahan lama" jangan asyik nak baca email aje macam korang... dah tak ada kerja lain ke... kalau BOSS nampak, tak pasal-pasal kena buang kerja. Padan muka !

No comments:

Powered By Blogger