Pimpin anak ke bilik air setiap pagi selepas bangun tidur dan gunakan perkataan positif untuk memberi motivasi kepada anak seperti memujinya sebagai anak yang cemerlang dan soleh. Berbual dengan anak ketika memakaikan bajunya tidak kira apa topik sekalipun atau setidak-tidaknya tanyakan soalan mengenai dirinya. Ini akan mengeratkan hubungan anak dengan ibubapa. Nasihatkan anak bersama kawan-kawannya ketika mereka sedang bermain di rumah anda kerana cara itu paling berkesan dan mengurangkan pengaruh negatif rakan sebaya terhadap diri anak anda. Minta bantuan jiran menasihati anak anda terutama yang agak nakal kerana adakalanya anak terasa malu bila dinasihati oleh orang lain dan akan mengikuti nasihat itu berbanding dengan nasihat yang diberi oleh ibubapanya sendiri. Cara menasihati anak secara berkelompok ini juga dapat mengeratkan hubungan di antara jiran. Amalkan berdoa dan nasihatkan anak ketika dia sedang tidur kerana waktu tidur adalah masa yang terbaik untuk menasihati mereka kerana mereka tidak dapat melawan atau bersikap degil. Walaupun anak sedang tidur sebahagian daripada otaknya masih dapat berfungsi dan mampu menerima apa yang diperkatakan kepadanya ketika itu.
Bacakan surah AL FATIHAH dan AYAT KURSI, pegang ubun-ubun anak terutama yang sedang tidur dan hembuskan. Ini memberi kesan yang baik kepada anak dan untuk sikap yang positif. INSYA ALLAH.
No comments:
Post a Comment