Monday, October 26, 2009

teka-teki lagi...

Ha... cuba teka... .

1) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai
2) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais
3) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki
4) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik
5) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol
6) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?
7) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?
8) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?

---------------------------->

Kalau poning sangat tengoklah jawapannya kek bawah kah... .kah... .

Jawapannye... ...

1) Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah
2) MILO AIS
3) Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh. sebab tulah dia angkat sebelah aje.
4) lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam
5) Semut yang matanya BENGKAK
6) Motorsikal... ... sebab dia pakai tongkat
7) kambing binATANG
8) Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR

Sunday, October 25, 2009

TANDA KAMU DILAMUN CINTA

Macam mana kita nak buat kalau bila kita call dia je kan, dia tak angkat. Lagi-lagi masa tu dia tengah merajuk dengan kita. Dah berkali-kali ni kita call, dia tak nak angkat jugak. So apa yang perlu kita lakukan.

1. Berikan dia masa untuk bertenang. Selalunya orang yang merajuk ni memang payah nak pujuk. Habis jenuh kita call pun tak guna. So lebih baik berikan dia masa untuk dia rileks dan tenangkan perasaan dia.

2. Hantarkan mesej-mesej pujukan manja supaya hati dia akan lembut semula. Memang dia tidak angkat call kita tetapi dia mesti akan baca mesej-mesej yang kita bagi punya.

3. Ucapkan kata-kata maaf bahawa memang diri kita yang salah. Selalunya dia tak angkat call disebabkan dia merajuk atau tidak suka dengan perbuatan kita. Oleh itu, minta maaf lah dengan dia. Tak salahkan kalau kita nak mohon maaf?

4. Kalau dia tak angkat jugak, maybe dia ada masalah atau ada kerja yang perlu diselesaikan dan tak sempat untuk bagitahu kita. So berikan la dia masa untuk dia menyelesaikan kerja-kerja dia. Kalau boleh, hantar la mesej cakap yang kita nak temankan dia buat kerja sama-sama.

5. Untuk yang no 5 ni saya nak anda pulak berikan tips-tips bagaimana nak buat kalau dia tak jawab call. Sila la berikan tips anda melalui komen di bawah ini.

ps: Tapi kalau dia off telefon, kita janganlah berputus asa. Tunjukkan bahawa kita memang sayang dan cinta pada dia.


TANDA ANDA JATUH CINTA

1-Kamu berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam dan baru saja beberapa minit selepas kamu putuskan talian kamu sudah mula merinduinya…

2-Kamu membaca SMS si dia berulang-ulang kali…seolah-olah masih ada ayat-ayat yang tersembuyi dari pandangan mu

3-Bila bersama dengan si dia kamu berjalan sangat perlahan. Takut cepat sampai ke tempat tujuan…ingin sangat berada di sisinya lebih lama lagi.

4-Kamu menjadi seorang yang terlalu pemalu bila bersama dengan si dia. Malu-malu kucing gitu…

5-Bila kamu memikirkan si dia hati mu sentiasa berdebar-debar dan jantung mu berdegup dengan laju…mengalahkan kereta F1 gitu…

6-Kamu tersenyum lebar bila kamu mendengar suara si dia…

7-Ketika kamu melihat dia tiada wajah lain lagi yang kamu lihat di sekeliling mu…hanya dia dia dan dia…iskk kronik sudah ni…..

8-Kamu mula melayan lagu-lagu sentimental sambil membayangkan wajah si dia…Lagu Ayat-ayat Cinta pun di layan eh…

9-Kamu hanya memikirkan tentang dia saja…siang malam…jangan lupa makan minum tidur dah la yer…

10-Haruman badannya sangat terkesan kepada kamu…seolah-olah di mana saja kamu pergi bau itu menemani kamu membuat kamu semakin merindui dia…

11-Kamu sedar yang kamu tiba-tiba tersenyum lebar bila saja wajahnya bermain dibenak mu…

12-Kamu sanggup lakukan apa saja untuk si dia…ehemm…ingat jangan sampai menyalahi hukum agama okay…

13-Ketika kamu membaca post ini…hanya wajah dia saja yang bermain di benak mu…hah dia la orangnya yang kamu CINTA ITU...

Tuesday, October 20, 2009

2 kesah kelako

Janda

Seorang pemuda yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya singgah di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada malam itu. Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalanraya yang sunyi itu. Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang tinggal bersendirian. Janda tersebut mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya. Pemuda itu pun ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar. Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda tersebut masuk.
" Mahukah saudara ditemani ? " soal janda tersebut dengan nada yang manja. " Kalau ada yang sudi, apa salahnya ! " balas pemuda itu dengan hati yang melonjak-lonjak. " Baguslah , " kata janda itu pula. " Di luar sana ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama saudara... .. "

Bertengkar

Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg. "Kenapa ? " lelaki itu bertanya. Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata, " Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! " Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian. " Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! "

Thursday, October 8, 2009

Kelaka bulan ini

Sepasang suami isteri melawat zoo dan ketika sampai dikandang lembu.
Ketika berada di kandang pertama dan ada satu papan tanda yang di letakkan yang menyatakan, LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 50 KALI TAHUN LEPAS.
Isteri secara jenaka mencuit suami dan dalam senyum berkata : 'Dia mengawan 50 kali tahun lepas.'

Mereka kemudian pergi ke kandang kedua yang ada papan tanda berikut : ''LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 150 KALI TAHUN LEPAS ' Sekali lagi isteri mencuit suami dan berkata :, 'WOW~~Itu dah lebih dari dua kali seminggu... ... ... .Abang boleh belajar banyak dari dia .

'Mereka berjalan pula ke kandang seterusnya dan di situ ada papan tanda dalam huruf besar yang menyatakan : 'LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 365 KALI TAHUN LEPAS' Isteri menjadi girang dan mencuit suami dengan kuat dan berkata : 'Itu bermakna sekali setiap hari ... . Abang MEMANG boleh belajar banyak dari lembu jantan ini " !!!
Suami pun pandang isteri dan berkata kepada nya,
" 'Awak pergi tanya lembu jantan ini, selama 365 hari itu, adakah dia mengawan dengan LEMBU BETINA TUA YANG SAMA ??

23 cara yang tidak boleh dilakukan ketika memandu

1. Tidur dengan nyenyak.
2. Membebel tak sudah-sudah.
3. Menyumpah-nyumpah trafik light dan polis trafik.
4. Menghidupkan lampu isyarat tak tentu hala.
5. Membunyikan hon sesuka hati.
6. Menelefon kekasih masing-masing sampai terlentuk-lentuk.
7. Buka cermin tingkap dan meludah sesuka hati.
8. Menunjukkan penumbuk kepada pemandu lain.
9. Melanggar tiang lampu isyarat.
10. Masuk ke lorong bertentangan.
11. Menjerit-jerit tak tentu hala.
12. Menukar seluar.
13. Mandi sambil berkemban.
14. Menggosok gigi dengan air enjin.
15. Meminjam telefon bimbit pemandu lain.
16. Mengurat pemandu lain dan pejalan kaki.
17. Makan sirih.
18. Memesan teh tarik di gerai tepi jalan.
19. Duduk di tempat duduk penumpang.
20. Menari-nari terutama bila dengar lagu Hindustan.
21. Mengorek-ngorek lubang hidung dengan tombol gear.
22. Membaiki komputer yang rosak hardisknya.
23. Menelefon boss anda dan menyatakan anda menyampah dengannya.

Monday, October 5, 2009

kisah2 cerita lawak filem

Satu pagi di stesen keretapi...
Ada satu makcik tu dia tanya Attenden kaunter.
Makcik: Anak, keretapi sampai jam berapa??
Attenden kaunter: yang dari Alor Setar sampai jam 2 petang, yang dari Kota Bharu sampai jam 1 petang, yang dari Kuala Lumpur sampai jam 4 petang, yang dari Gemas pulak satu jam lagi sampai la. Makcik nak pergi mana??
Makcik: Tak ke mana. Makcik nak melintas aja. Terima kasih lah anak, ni maknanya takdelah keretapi lalu sekarang kan... ? Terima kasih banyak-banyak. Makcik tumpang lalu ye...


Berikut adalah perbezaan antara filem/drama MELAYU, CINA dan INDIA.

Drama/Filem Melayu
1. 80% jalan cerita berkisar tentang: a. Cinta. b. Cinta 3 segi. c. Cinta 4 segi. d. Anak-anak rebut harta pusaka. e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.
2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished. Ada TV 29", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat home work ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).
3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".
4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan 'kepala' Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning utk pekerja buruh la bang ).
5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat ". ( Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical terms dia ).
6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.
7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.
8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part sadakallah hulazim. ( Cover line kot ).
9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan pakai bracelet.
10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.

Drama/Filem Cina.
1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki. Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.
2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.
3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.
4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.
5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.
6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best ooo... ..
7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.
8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).
9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip. 10. Cerita Blue dia pun tak best. Awek mengerang jek lebih.

Drama/Filem India/Hindustan.
1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah. Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abangdan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri melalui tanda parut. 2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.
3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan Heat.
4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.
5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan tukul besi.
6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.
7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu lagu.
8. Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.
9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi. Contoh ' I'm sorry. I didn't know that na pere tomhe cha... .bla... .bla... .bla... '.
10. Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya. Tu yang pelik ramai plak yang tunggu sampai abih.

Sekian laporan ikhlas untuk pedoman tuan2 director filem.
Powered By Blogger