Macam mana kita nak buat kalau bila kita call dia je kan, dia tak angkat. Lagi-lagi masa tu dia tengah merajuk dengan kita. Dah berkali-kali ni kita call, dia tak nak angkat jugak. So apa yang perlu kita lakukan.
1. Berikan dia masa untuk bertenang. Selalunya orang yang merajuk ni memang payah nak pujuk. Habis jenuh kita call pun tak guna. So lebih baik berikan dia masa untuk dia rileks dan tenangkan perasaan dia.
2. Hantarkan mesej-mesej pujukan manja supaya hati dia akan lembut semula. Memang dia tidak angkat call kita tetapi dia mesti akan baca mesej-mesej yang kita bagi punya.
3. Ucapkan kata-kata maaf bahawa memang diri kita yang salah. Selalunya dia tak angkat call disebabkan dia merajuk atau tidak suka dengan perbuatan kita. Oleh itu, minta maaf lah dengan dia. Tak salahkan kalau kita nak mohon maaf?
4. Kalau dia tak angkat jugak, maybe dia ada masalah atau ada kerja yang perlu diselesaikan dan tak sempat untuk bagitahu kita. So berikan la dia masa untuk dia menyelesaikan kerja-kerja dia. Kalau boleh, hantar la mesej cakap yang kita nak temankan dia buat kerja sama-sama.
5. Untuk yang no 5 ni saya nak anda pulak berikan tips-tips bagaimana nak buat kalau dia tak jawab call. Sila la berikan tips anda melalui komen di bawah ini.
ps: Tapi kalau dia off telefon, kita janganlah berputus asa. Tunjukkan bahawa kita memang sayang dan cinta pada dia.
TANDA ANDA JATUH CINTA
1-Kamu berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam dan baru saja beberapa minit selepas kamu putuskan talian kamu sudah mula merinduinya…
2-Kamu membaca SMS si dia berulang-ulang kali…seolah-olah masih ada ayat-ayat yang tersembuyi dari pandangan mu
3-Bila bersama dengan si dia kamu berjalan sangat perlahan. Takut cepat sampai ke tempat tujuan…ingin sangat berada di sisinya lebih lama lagi.
4-Kamu menjadi seorang yang terlalu pemalu bila bersama dengan si dia. Malu-malu kucing gitu…
5-Bila kamu memikirkan si dia hati mu sentiasa berdebar-debar dan jantung mu berdegup dengan laju…mengalahkan kereta F1 gitu…
6-Kamu tersenyum lebar bila kamu mendengar suara si dia…
7-Ketika kamu melihat dia tiada wajah lain lagi yang kamu lihat di sekeliling mu…hanya dia dia dan dia…iskk kronik sudah ni…..
8-Kamu mula melayan lagu-lagu sentimental sambil membayangkan wajah si dia…Lagu Ayat-ayat Cinta pun di layan eh…
9-Kamu hanya memikirkan tentang dia saja…siang malam…jangan lupa makan minum tidur dah la yer…
10-Haruman badannya sangat terkesan kepada kamu…seolah-olah di mana saja kamu pergi bau itu menemani kamu membuat kamu semakin merindui dia…
11-Kamu sedar yang kamu tiba-tiba tersenyum lebar bila saja wajahnya bermain dibenak mu…
12-Kamu sanggup lakukan apa saja untuk si dia…ehemm…ingat jangan sampai menyalahi hukum agama okay…
13-Ketika kamu membaca post ini…hanya wajah dia saja yang bermain di benak mu…hah dia la orangnya yang kamu CINTA ITU...
No comments:
Post a Comment