Seramai lebih dari 160 pemilik kereta Proton Persona terdiri daripada peserta dari seluruh Malaysia menyertai Konvoi Kereta Kelab Persona seluruh Malaysia pada tarikh keramat 1.1.11.
Program anjuran Kelab Pemilik Proton Persona Elegance dengan kerjasama Kelab Pemilik Proton Persona, TPCC, PersonaRist dan NPOC, dimulakan dengan pelepasan konvoi dari Dataran Putrajaya pada jam 0930 pagi. Konvoi ini diketuai oleh PPEOC bersama Kawasaki Superbike dan diiringi oleh pihak Polis Traffic Selangor.
Semua peserta memandu kereta Proton Persona masing-masing sejak dan berkonvoi secara beramai-ramai menuju pekarangan Stadium Hang Jebat Melaka.
Semua peserta memandu kereta Proton Persona masing-masing sejak dan berkonvoi secara beramai-ramai menuju pekarangan Stadium Hang Jebat Melaka.
Konvoi yang diadakan ini bertujuan merapatkan hubungan setia kawan antara pemilik kereta Proton Persona daripada pelbagai negeri dan ia menjadi aktiviti riadah sehat untuk semua pemilik kereta Persona. Apa yang penting, semangat 1Malaysia dapat diterapkan dalam aktiviti ini dan semua pemilik dilihat saling berkongsi pendapat mengenai kereta masing-masing.Hadir sama, Pengerusi Kelab Kereta dari semua kelab kereta Persona seluruh Malaysia.
Selain dapat berkongsi idea, peserta yang menyertai program berkenaan dapat mengenali antara ahli daripada setiap negeri dan mengeratkan hubungan antara pelbagai kaum.
Selain dapat berkongsi idea, peserta yang menyertai program berkenaan dapat mengenali antara ahli daripada setiap negeri dan mengeratkan hubungan antara pelbagai kaum.
Manakala PPEOC pada sebelah petang pula telah mengadakan mensyuarat Pra-AGM mereka yang pertama dengan dihadiri oleh semua ahli berdaftar yang menyertai konvoi pada hari tersebut.Diperkarangan stadium juga PPEOC telah mengadakan jualan cenderahati kepada peserta yang hadir.
Majlis pada hari tersebut tamat sepenuhnya pada lebih kurang jam 6ptg.
Chor mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua perserta yang hadir dan juga tahniah kepada AJK PPEOC yang telah dilantik pada hari tersebut.
No comments:
Post a Comment