Thursday, June 30, 2011

3 rahsia wanita

Mesti ramai di antara korang yang selalu pening nak memahami perangai wanita kan? Memang wanita ni susah untuk difahami. Susah jugak kita nak jangka apa yang diorang fikirkan.

Okay, untuk artikel kali ni bro sponge akan beritahu apa yang korang PATUT TAHU tentang wanita untuk pikat , menangi hati diorang dan dapatkan cinta diorang.

1) Apa yang wanita betul-betul mahukan adalah ‘romance’!!

Jika korang betul-betul ‘syok’ kat sorang awek ni, bagi apa yang dia nak. Sesetengah lelaki akan menggelabah bila dengar perkataan ‘romance’ . ( Sila jangan berfikiran kotor okay ! ) Korang tak perlu lah susah-susah perah otak atau habiskan banyak tenaga untuk pastikan apa yang korang buat tu betul.

Biasanya, jadi romantik ni bermaksud berikan wanita perhatian yang diorang nak. Diorang cuma nak / perlu untuk dapat rasakan yang diorang ni wanita yang paling penting pada korang. Paling sweet, paling cantik dan yang paling baik dalam hati korang. Jika korang dapat cari cara untuk kukuhkan kepercayaan diorang , bukan saja dapat pikat, malah dapat jugak kekalkan diorang di sisi korang selama yang korang nak !

Romantik perlukan kos yang tinggi? Tak jugak ! Apa yang korang perlu buat :

~ Tanya apa yang dia lalui sepanjang hari .
Contoh kalau awek korang ni student : tanya ’ hari ni kelas macam mana?’

~ Bagi nota kecik (kertas kecil atau kertas memo) dengan pelbagai cara dan kaedah untuk beritahu yang dia sentiasa dalam fikiran korang :)
Yang ni perlukan sedikit kreativiti.

~ Jika dia masakkan makanan untuk korang , cari cara untuk beritahu ” Awak memang Terbaik! “

2) Tunjukkan yang Korang Ambil Berat!

Contoh :
~ Ajar dia bagaimana untuk buat blog tentang binatang faveret dia.
~ Ajar dia main bola / futsal.
~ Ajar dia supaya dia faham tentang hobi / kegemaran korang.

Pendek kata, janganlah offer kan penyelesaian je. Kena betul-betul sabar untuk terangkan dan ajar dia dari ‘A sampai Z’ walaupun bukan senang nak mengajar. Kebanyakan orang tak sabar sangat untuk mengajar atau tunjukkan cara buat. Kebanyakan orang cuma nak cepat setel. Korang boleh menangi hati dia kalau korang boleh jadi seseorang yang BERBEZAdan ISTIMEWA


3) Wanita suka Lelaki yang Nampak Seperti ‘ Terikat ‘ dan ‘ Tak Terikat’ Dalam Masa Yang Sama.

Nampak macam korang hidup dalam dunia sendiri je. Wanita akan kagum dengan kebolehan korang ‘maintain’ kan life dunia korang DAN juga maintain kan hubungan cinta di masa yang sama. Korang tak risau banyak dan nampak macam simpan sendiri perasaan korang. Untuk jadi ‘ lelaki’ macam tu, korang kena lengkap dari segi fizikal , minda dan jiwa. Korang tahu cara nak dapatkan ‘hidup yang indah’ dan kekalkan kebahagiaan perhubungan korang dalam masa yang sama.

Knowledge is power ! Makin banyak yang korang tahu pasal wanita , tahu apa yang diorang fikir dan tahu kenapa diorang berperangai macam tu, maka korang akan semakin berjaya gembirakan dan puaskan hati pasangan korang dalam pelbagai cara.


No comments:

Powered By Blogger