Tuesday, September 20, 2011

Cinta 3 Segi


Mencintai seseorang yang sedang mempunyai kekasih atau sudah berkahwin boleh menjadi pengalaman yang paling memeritkan dan di waktu yang sama, paling indah. Pengalaman cinta orang yang dah berpunya tu memeritkan kerana ianya sukar untuk berhenti atau mengubahnya. Pengalaman itu indah kerana insan yang korang cintai tu sudah dianggap sempurna dan ideal. Ada connection yang sangat istimewa di antara korang. Perhatian yang dia berikan pun cukup memuaskan hati. Ikatan korang berdua seumpama magik !

Di sebalik keindahan perhubungan cinta tu, korang jugak akan terus menderita. Ada masanya, korang akan rasa sangat-sangat bahagia dan ada masanya, korang akan sangat menderita dan berputus asa. Di bawah ni ada beberapa punca korang menderita di dalam perhubungan tersebut dan strategi untuk meringankan penderitaan tersebut.

# 1 : Korang fikir yang si dia ni adalah ”the one”.

Ada masanya korang nak tamatkan perhubungan tu tapi tak boleh. Korang rasa itulah jodoh korang dan si dia tu memang ditakdirkan untuk bersama. Bila korang cuba untuk keluar dari hubungan tu, korang akan rasa sakit. Kesakitan dan penderitaan yang korang rasa apabila berfikir untuk keluar dari hubungan tu mengesahkan yang kononnya si dia tu adalah ’the one’.

Solusi : Bagaimana jika si dia tu bukanlah ’the one’ , bukan soulmate korang? Bagaimana nak tahu sama ada si dia ni ’the one’ atau tidak? Kesakitan dan derita yang dialami semasa cuba untuk keluar bukanlah sebab yang boleh dipercayai. Kesakitan tu boleh berpunca dari sebab yang lain seperti takut kesunyian ( ramai yang tak nak kesunyian kan ).

Kebanyakan orang yang melalui cinta tiga segi ni beritahu yang si dia yang disangka soulmate ni akhirnya bukan soulmate mereka. ( erm, berbelit lak. Korang faham kan? Hehe ) Apabila penderitaan tu sedah menjadi semakin kuat, cuba fikirkan balik sama ada benarkah si dia tu adalah ’the one’?


#2 : Korang fikir tak akan ada lagi cinta lain selepas hubungan ni.

Korang menderita kerana cinta yang dirasai sekarang merupakan cinta yang diidamkan dan hanya akan muncul sekali sahaja. Jadi, korang terperangkap.

Korang rasakan yang tak akan ada orang lain yang boleh tinggalkan rasa cinta yang sebegitu kuat.


Solusi : Bagaimana jika akan wujud cinta lain yang lebih dalam dan kuat , sebuah cinta yang korang boleh kongsikan segala kenangan bersama dengan insan yang istimewa dan bukan kenangan istimewa yang hanya menjadi rahsia?

Cuba mula fikirkan jika keseluruhan pakej keperluan cinta korang dapat dipenuhi pada hubungan yang akan datang. Bila penderitaan sindrom alone datang, cuba fokuskan yang cinta yang lebih indah akan muncul untuk korang. Pasti.

Jika perlu, beritahu diri sendiri beribu kali yang korang AKAN BAHAGIA, hati korang akan gembira. Cuma tak tahu bila dan siapa.

#3 : Menahan kemarahan

Ini pun salah satu punca penderitaan korang.

Korang rasa marah pada si dia, tapi cuba sembunyikan perasaan tu dan berpura-pura yang korang tak marah.

Mungkin korang rasa marah sebab si dia masih kekal dengan hubungan utamanya semasa berhubungan dengan korang. Mungkin korang marah pada si dia sebab membuat janji yang tidak dtunaikan, atau kerana korang menghabiskan masa cuti dan hujung minggu bersendirian meskipun ’in a relationship’.

Solusi : Korang mempunyai hak untuk marah, so teruskan.

Ini tak bermakna korang perlu menjadi kejam dan berperang dengan sesiapa saja. Tapi ini bermaksud korang perlu mengakui perasaan korang pada diri sendiri dan si dia dan ini bermakna korang perlu ’tulen’ dengan perasaan korang.

Ini mungkin bermaksud kadang – kadang korang memilih untuk tidak bersama si dia kerana korang sangat marahkan si dia untuk keadaan itu. Ada masanya, mungkin korang perlu untuk menangis, tulis diari / blog , atau pukul sesuatu untuk redakan perasaan.


No comments:

Powered By Blogger