Monday, December 26, 2011

bila putus cinta..anda jd FB stalker??

Dalam menempuh sesebuah perhubungan cinta, mesti akan ada perasaan cemburu kan? Sematang mana pun kita, pasti perasaan cemburu akan timbul juga dalam sesuatu masa. Cemburu boleh memudaratkan kalau kita tak pandai kawal. Ada pasangan yang berpisah hanya kerana cemburu yang melampau. Tapi apa yang penting adalah bukanlah sebab terjadinya perasaan cemburu tu, tapi macam mana kita nak kawal ia supaya tak memudaratkan.

Di sini ada lima tips yang boleh korang buat untuk mengawal perasaan cemburu.

Alihkan perhatian anda ke tempat lain dahulu

Ini korang perlu buat masa terdetiknya perasaan cemburu tu. Contoh, korang ternampak pasangan korang bermesra dengan orang lain di suatu tempat. Ok, memang masa tu perasaan korang bertukar hairan dan marah. Tapi percayalah, kalau korang terus serang masa tu, keadaan akan jadi lebih teruk. Jadi sila beredar dulu dari tempat korang sekarang, pergi ke tempat lain, duduk dan tenangkan diri dulu. Maksudnya kat sini, korang perlu rasionalkan pemikiran korang dulu. Tiada masalah dalam dunia ni boleh selesai dengan emosi.

Jangan terus serang

Adengan ni selalu kita nampak dalam drama kan, hehe. Tapi jangan ikut ek. Nanti hubungan korang akan jadi seperti telur di hujung tanduk. Kita ambil scene di tips yang pertama tadi, korang nampak pasangan korang bermesra dengan orang lain. Kat sini caranya yang korang boleh buat adalah, korang pergi ke tempat pasangan korang dan orang lain tu tadi dan sapa dengan baik. Buat macam korang terserempak secara tiba tiba kat situ. Jangan tunjuk dulu perasaan marah tu. Sapa dengan senyuman dan seolah olah korang tidak langsung cemburu pada masa tu. Tapi..perhatikan reaksi mereka..
Atau…
Korang tunggu sampai pasangan korang balik dulu dan berbincang di tempat lain.

Tanya baik baik

Ini sangat penting. Nada suara korang apabila bertanya tentang hal itu kepada pasangan haruslah bernada rendah dan positif. Ingat, sekali korang mulakan pertanyaan dengan nada kasar, pergaduhan akan tercetus dan takkan selesaikan masalah. Korang boleh tanya dengan nada bersahaja dan gurauan. Jika benar mereka cuma kawan, tiada apa apa yang perlu pasangan anda risaukan.

Minta penjelasan secara baik

Ok, kali ni korang ada pilihan sama ada untuk memberitahu yang korang cemburu dengan apa yang dilakukan pasangan korang tu. Beritahu dia secara baik dan jelaskan yang korang cemburu. Minta penjelasan darinya dan tanya elok-elok siapa orang lain yang bersamanya itu. Korang perlu bersikap matang ketika ini. Jangan hamburkan kata kata marah tetapi minta penjelasan secara tegas. Kalau korang nak bagi ayat makan dalam sikit pun boleh. Ayat makan dalam ni lembut dan halus tapi cukup pedas. Hehe.

Fikir positif

Selepas mendengar jawapan pasangan korang, korang haruslah berfikiran positif. Jika dia yakinkan kepada korang yang orang lain itu hanya kawan, percayalah padanya. Ada tanda tanda yang menunjukkan pasangan korang tidak berbohong seperti :-

- dia berusaha menjelaskan supaya korang percaya kepadanya.

- dia meminta maaf dengan bersungguh sungguh.

- dia menerangkan secara terperinci siapa orang lain yang bersamanya tadi.

- dia ucap perkataan cinta pada korang dengan ikhlas.

- dia tidak berdolak dalik memberi alasan.

Jadi, percayalah pada pasangan korang. Setiap orang melakukan kesilapan kan? Maafkan dia dan bercinta lah dengan ikhlas dan jujur. Ada jodoh, tak kemana. Amin…

Dan apabila sesebuah hubungan berakhir, manusia ni kadang-kadang akan menjadi sedikit ‘gila’. Sesetengah orang jadi ‘gila’ hanya untuk sementara dan sesetengah lagi terus ‘hilang akal’. Diorang nak tahu semua perkara yang ex diorang buat dan satu-satunya medium paling mudah untuk tahu semua tu ialah melalui Facebook. Maka, terciptalah seorang lagi Facebook Stalker.

Kalau korang ni baru lepas putus cinta, ada beberapa cara untuk pastikan sama ada korang ni dah bertukar menjadi seorang Facebook Stalker. Mari kita check senarai ni .

Check Facebook dia sekurang-kurang sekali setiap jam.
Kalau korang check Fb dia lebih banyak dari fb korang sendiri, berkemungkinan korang dah menjadi seorang stalker.
Buat profile fake dan add dia sebagai friend.
Selalunya, ex akan remove atau block kita di FB sebab diorang taknak korang tahu apa yang dia buat. Bila jadi macam ni, sikap ingin tahu korang akan membuak-buak dan korang akan buat akaun fb palsu untuk add dia. Jika korang melalui semua ni lepas breakup, sememangnya korang adalah seorang Facebook Stalker.

Dapatkan kawan yang berada di list friends Ex.
Ini bermakna korang mengenali seseorang di dalam friend list dia dan membolehkan korang mengikuti perkembangan dia meskipun korang dah di block. Cara ni tak menanggung risiko ‘kantoi’ sebagaiman menggunakan fake profile.

Baca semua komen yang terdapat di status updates ex.
Bila korang buat macam ni, semestinya korang nak check sama ada ex korang ni dah ada jumpa pengganti atau mengorat sesiapa. Korang habiskan masa berjam-jam scroll komen dan status update dia yang lama-lama dan ini menunjukkan yang korang semakin hamper menuju ke wilayah Facebook Stalker.

Itu adalah serba sedikit tentang symptom utama seorang Facebook Stalker. Banyak lagi sebenarnya. Perhatikan betul-betul diri korang sejak lepas breakup dan bandingkan perbuatan korang dengan list ni. Kalau korang perasan yang korang ada terjebak dengan mana-mana symptom di atas, kembalilah ke pangkal jalan. Hehehe. Stalk fb ex korang tak akan membuatkan semakin gembira. Biarkan dia pergi dan teruskan hidup korang.

Friday, December 23, 2011

Tak hargai sebab dah dapat ?

As Salam semua>>> lama saya tak update blog sebab terlalu sebok dgn urusan seharian..rindu rasanya pada semua..nah ini dia hadiah terbaru kpd semua

Kata orang, masa bercinta bagai nak rak, bila dah kahwin lain pula ceritanya. Kenapa boleh jadi macam ni? Tak boleh ke setiap perhubungan itu kemesraaannya kekal sama seperti semasa mula mula bercinta dulu hinggalah ke akhirnya? Boleh sebenarnya, tapi manusia itu sendiri bersifat mudah lupa dan cepat berubah. Dulu masa mula mula bercinta memanglah semua belang belum nampak lagi untuk tujuan memikat hati pasangan. Masa tu apa yang ditunjukkan semua baik baik. Pijak semut pun tak mati kata orang. Hehe.

Kepada yang sedang bercinta, adakah kemesraan yang ditunjukkan pasangan korang sama seperti mula mula mengikat janji cinta dulu? Kalau dulu bila buat salah sikit, “takpe sayang, biasalah semua manusia buat kesalahan,” tapi sekarang bila buat salah “macam ni pun boleh salah ke?” Aduh! Jadi bagaimana caranya supaya kita sama sama dapat kekalkan kemesraan cinta itu sama seperti dulu?

Kita kena ingat, bukan masa mula mula nak pikat je kena usaha sungguh sungguh. Bila sudah bergelar kekasih pun kita masih perlu memikat hati pasangan. Barulah pasangan tak lari, opps! Jangan ambil kisah soal hati pasangan dengan alasan “alah, aku dah dapat dia” kerana lama kelamaan luka boleh jadi barah. Cinta sepatutnya makin mekar dari hari ke hari bukannya makin hambar.

Sama juga bila sudah berkahwin, kemesraan itu patut sama macam kita bercinta dulu. Walaupun anak dah berderet, itu bukan alasan untuk kita abaikan perasaan pasangan kan? Kita harus kekal romantik sampai ke tua. Barulah hidup akan aman dan bahagia.

Mari kita lihat beberapa perkara kecil yang boleh mengekalkan kemesraan dari awal bercinta hingga selamanya.

Jangan lupa untuk senyum.

Perkara kecil saja ni, tapi ramai yang lupa buat. Terutama bila kepenatan selepas balik berkerja. Sesetengah pasangan, bila balik kerja, penat dan terus tidur. Pagi pagi esok, pergi kerja cepat cepat sebab dah lambat. Tiada kemesraan langsung. Biar sesibuk mana pun kita, jangan lupa untuk tegur pasangan dengan mesra. Sekejap pun takpelah janji ada, kerana yang sekejap tu lah akan jadi penguat hubungan dan kemesraan korang berdua. Bagi pasangan yang masih bercinta, luangkan masa hanya seminit dua untuk hantar mesej mesra kepada pasangan kalau dah sibuk sangat la kan. Takkan dalam seminit dua pun tak boleh korbankan untuk yang tersayang? Jangan biar satu hari itu sunyi tanpa komunikasi antara korang berdua.

Jangan buat tak tahu jika pasangan berkecil hati

Bila pasangan berkecil hati, pujuk lah dia seperti mana korang memujuknya semasa awal bercinta atau awal perkahwinan dulu. Jangan sesekali fikir “alah, nanti baiklah tu, dia bini/laki aku” Salah tu. Sebab kita mana tahu apa yang pasangan kita pendamkan dalam hati kan? Mungkin hatinya sangat terluka tapi kita buat tak tahu saja. Lama kelamaan dia akan makin makan hati dengan kita. Seperti mana korang mahu dilayan dengan baik dihargai dan dicintai, seperti itu juga yang pasangan korang mahukan. Bayangkan jika pasangan korang juga bersikap acuh tidak acuh kepada korang dengan alasan hubungan korang sudah lama, apa akan jadi? Makin lama makin hambar lah kan?

Hantar hadiah kecil

Sebelum ke pejabat contohnya, letak sekeping kad kecil bertanda love apa saja kata kata yang menyenangkan selit di atas meja. Hadiahkan bunga kepada si dia dengan tiba tiba. Ajak dia ke satu makan malam yang romantik. Buatlah apa saja asalkan korang dan dia dapat mengeratkan kemesraan. Sesibuk mana pun kita, jika kita buat perkara begini, InsyaAllah hubungan akan tetap utuh sampai bila bila.

Ada banyak perkara lagi sebenarnya. Tapi apa yang sangat penting adalah kasih sayang korang terhadap si dia tak berubah. Jadilah seseorang yang teguh dalam pendirian dan setia. Tidak kira berapa lama usia perhubungan korang, jagalah hati pasangan dan sentiasa cari cara untuk mengeratkan kemesraan. Keadaan akan pasti berubah seiring dengan masa tapi korang kena bijak cari cara untuk mengatasinya. Sekecil kecil pun perkara adalah sangat penting dalam sebuah perhubungan. Komunikasi juga sangat penting. Dengan komunikasi yang baik lah korang boleh menyelesaikan masalah dan mengeratkan cinta.

Bila sudah lama bercinta, pastinya banyak dugaan akan timbul. Orang kata, makin lama makin bosan. Tapi cinta tidak macam tu. Jika cinta korang pada pasangan kuat, makin lama makin kuat bukan sebaliknya. Usia sebuah perhubungan juga diukur sebagai suatu tahap kejayaan dalam hidup. Bukan semua orang mampu mengekalkan sebuah perhubungan yang mesra dan erat untuk jangka masa yang lama. Cuba kita lihat datuk, nenek dan ibu bapa kita. Apa rahsia mereka mengekalkan hubungan ya?

Salah satu jawapannya yang pasti adalah hati yang tetap dan tidak berubah ubah. Cinta bukan untuk mereka yang cepat bosan dengan sesuatu. Cinta bersifat kekal dan tidak berubah. Jika tidak boleh belajar setia dan tetapkan hati, jangan pernah berani bercinta, korang hanya akan menyakiti hati orang lain.

Powered By Blogger