As Salam semua>>> lama saya tak update blog sebab terlalu sebok dgn urusan seharian..rindu rasanya pada semua..nah ini dia hadiah terbaru kpd semua
Kata orang, masa bercinta bagai nak rak, bila dah kahwin lain pula ceritanya. Kenapa boleh jadi macam ni? Tak boleh ke setiap perhubungan itu kemesraaannya kekal sama seperti semasa mula mula bercinta dulu hinggalah ke akhirnya? Boleh sebenarnya, tapi manusia itu sendiri bersifat mudah lupa dan cepat berubah. Dulu masa mula mula bercinta memanglah semua belang belum nampak lagi untuk tujuan memikat hati pasangan. Masa tu apa yang ditunjukkan semua baik baik. Pijak semut pun tak mati kata orang. Hehe.
Kepada yang sedang bercinta, adakah kemesraan yang ditunjukkan pasangan korang sama seperti mula mula mengikat janji cinta dulu? Kalau dulu bila buat salah sikit, “takpe sayang, biasalah semua manusia buat kesalahan,” tapi sekarang bila buat salah “macam ni pun boleh salah ke?” Aduh! Jadi bagaimana caranya supaya kita sama sama dapat kekalkan kemesraan cinta itu sama seperti dulu?
Kita kena ingat, bukan masa mula mula nak pikat je kena usaha sungguh sungguh. Bila sudah bergelar kekasih pun kita masih perlu memikat hati pasangan. Barulah pasangan tak lari, opps! Jangan ambil kisah soal hati pasangan dengan alasan “alah, aku dah dapat dia” kerana lama kelamaan luka boleh jadi barah. Cinta sepatutnya makin mekar dari hari ke hari bukannya makin hambar.
Sama juga bila sudah berkahwin, kemesraan itu patut sama macam kita bercinta dulu. Walaupun anak dah berderet, itu bukan alasan untuk kita abaikan perasaan pasangan kan? Kita harus kekal romantik sampai ke tua. Barulah hidup akan aman dan bahagia.
Mari kita lihat beberapa perkara kecil yang boleh mengekalkan kemesraan dari awal bercinta hingga selamanya.
Jangan lupa untuk senyum.
Perkara kecil saja ni, tapi ramai yang lupa buat. Terutama bila kepenatan selepas balik berkerja. Sesetengah pasangan, bila balik kerja, penat dan terus tidur. Pagi pagi esok, pergi kerja cepat cepat sebab dah lambat. Tiada kemesraan langsung. Biar sesibuk mana pun kita, jangan lupa untuk tegur pasangan dengan mesra. Sekejap pun takpelah janji ada, kerana yang sekejap tu lah akan jadi penguat hubungan dan kemesraan korang berdua. Bagi pasangan yang masih bercinta, luangkan masa hanya seminit dua untuk hantar mesej mesra kepada pasangan kalau dah sibuk sangat la kan. Takkan dalam seminit dua pun tak boleh korbankan untuk yang tersayang? Jangan biar satu hari itu sunyi tanpa komunikasi antara korang berdua.
Jangan buat tak tahu jika pasangan berkecil hati
Bila pasangan berkecil hati, pujuk lah dia seperti mana korang memujuknya semasa awal bercinta atau awal perkahwinan dulu. Jangan sesekali fikir “alah, nanti baiklah tu, dia bini/laki aku” Salah tu. Sebab kita mana tahu apa yang pasangan kita pendamkan dalam hati kan? Mungkin hatinya sangat terluka tapi kita buat tak tahu saja. Lama kelamaan dia akan makin makan hati dengan kita. Seperti mana korang mahu dilayan dengan baik dihargai dan dicintai, seperti itu juga yang pasangan korang mahukan. Bayangkan jika pasangan korang juga bersikap acuh tidak acuh kepada korang dengan alasan hubungan korang sudah lama, apa akan jadi? Makin lama makin hambar lah kan?
Hantar hadiah kecil
Sebelum ke pejabat contohnya, letak sekeping kad kecil bertanda love apa saja kata kata yang menyenangkan selit di atas meja. Hadiahkan bunga kepada si dia dengan tiba tiba. Ajak dia ke satu makan malam yang romantik. Buatlah apa saja asalkan korang dan dia dapat mengeratkan kemesraan. Sesibuk mana pun kita, jika kita buat perkara begini, InsyaAllah hubungan akan tetap utuh sampai bila bila.
Ada banyak perkara lagi sebenarnya. Tapi apa yang sangat penting adalah kasih sayang korang terhadap si dia tak berubah. Jadilah seseorang yang teguh dalam pendirian dan setia. Tidak kira berapa lama usia perhubungan korang, jagalah hati pasangan dan sentiasa cari cara untuk mengeratkan kemesraan. Keadaan akan pasti berubah seiring dengan masa tapi korang kena bijak cari cara untuk mengatasinya. Sekecil kecil pun perkara adalah sangat penting dalam sebuah perhubungan. Komunikasi juga sangat penting. Dengan komunikasi yang baik lah korang boleh menyelesaikan masalah dan mengeratkan cinta.
Bila sudah lama bercinta, pastinya banyak dugaan akan timbul. Orang kata, makin lama makin bosan. Tapi cinta tidak macam tu. Jika cinta korang pada pasangan kuat, makin lama makin kuat bukan sebaliknya. Usia sebuah perhubungan juga diukur sebagai suatu tahap kejayaan dalam hidup. Bukan semua orang mampu mengekalkan sebuah perhubungan yang mesra dan erat untuk jangka masa yang lama. Cuba kita lihat datuk, nenek dan ibu bapa kita. Apa rahsia mereka mengekalkan hubungan ya?
Salah satu jawapannya yang pasti adalah hati yang tetap dan tidak berubah ubah. Cinta bukan untuk mereka yang cepat bosan dengan sesuatu. Cinta bersifat kekal dan tidak berubah. Jika tidak boleh belajar setia dan tetapkan hati, jangan pernah berani bercinta, korang hanya akan menyakiti hati orang lain.
No comments:
Post a Comment