Sunday, June 28, 2009

Kenapa Kerbau Hitam??

Pada zaman dahulukala lembu dan kerbau berkawan baik. kemana sahaja mereka akan bersama-sama. Susah senang mereka bersama. Pada suatu hari, hari agak panas dari biasa Mereka berdua seperti biasa berjalan-jalan cari makan. Sampai di satu padang rumput mereka pun makan bersama-sama. Lepas tu mereka pun merayau-rayau di tepi hutan.

Maka bertemulah sebuah kolam. "Jom kita mandi" si lembu mengajak si kerbau. " Boleh juga, aku panas ni, bolehlah kita menyejukkan badan" Merekapun menanggalkan baju mereka dan meyidai baju merka di atas satu tunggul mati. Mereka pun mandi dengan gembira sambil menyanyi-nyanyi. Wah bukan main seronoknya mereka. Tiba-tiba si lembu terasa seluruh badannya amat gatal. " eeeee…..gatalnya…badan aku" sambil tergaru-garu. " Ye la…aku pun gatal amat ni" Kata kerbau. Rupa-rupanya ada pokok tukas di tepi kolam. Buahnya masak ranum dan banyak yang gugur kedalam kolam. Buah tukas memanglah gatal.

Apa lagi mereka pun bergegas naik ke atas. Terus di sambarnya baju mereka. Terus mereka bergegas balik ke rumah masing-masing. Tiba di rumah masing-masing barulah mereka perasan mereka tertukar baju. Si kerbau pakai baju hitam lembu, kecik dan sendat. Kolar bajunya sendat hingga mejerut leher. Si Lembu pula pakai baju kerbau putih bercorak tompok-tompok hitam-cantik! longgar dan selesa. Se kerbau pergi kerumah si lembu untuk dapatkan bajunya kembali. Namun si lembu tidak mahu memulangkan baju kerbau. Sebab dia rasa selesa dan cantik. Berkali-kali si kerbau cuba meminta dikembalikan, namun si lembu menjaukan diri.

Akhirnya mereka berkelahi dan membawa haluan masing-masing. Sebab itu lah sekarang suara lembu jadi kasar, dan suara kerbau jadi nyaring sebab tekak dia sendat. Oleh kerana malu, pada zaman sekarang kerbau hanya berkeliaran di pinggir-pinggir hutan malu dengan keadaannya. Yang lembu pula bangga dengan baju dia dok berkeliaran di jalan-jaln raya, makan tanaman orang. Menyusahkan orang. Namun keturunan kerbau masih menuntut hak mereka. Begitulah ceritanya.

No comments:

Powered By Blogger