Thursday, August 27, 2009

Pergaulan Muda-Mudi Melalui Internet

Satu persoalan yang perlu dibincangkan ialah ramai yang mencari pasangan dan mencari teman dengan chatting. Apakah prinsip Islam yang perlu kita pegang dalam hal ini ?

Hal ini sudah menjadi lumrah hari ini terutamanya di kalangan remaja, tanpa mengira apakah batas yang ada pada Islam supaya aspek moral tidak diabaikan. Seperti yang diketahui, segala jenis peluang samada negatif atau positif terdapat dalam teknologi moden.Walau apa pun, yang jelas muslimin dan muslimat tanpa mengira umur turut menggunakannya lantas bertanggungjawab kepada Allah S.W.T. yang telah memberi kita segala kemudahan dan kemewahan teknologi.

Kita tidak boleh tersasar daripada panduan yang Allah S.W.T. telah gariskan. Internet chatting sebenarnya sama seperti menulis surat kepada seseorang ataupun menelefon seseorang ataupun sebenarnya adalah kombinasi kedua-duanya. Muslimin dan muslimat perlu mengikut batas-batas yang telah ditetapkan ke atas percakapan dengan telefon ataupun menulis surat.

Islam tetap mengharamkan penulisan surat-surat cinta ataupun perbualan yang intim dalam perbualan telefon antara muslimin muslimat yang bukan muhrim antara satu sama lain.Di dalam perbualan, penulisan ataupun chatting , kita mesti menegakkan sifat HAYA' ataupun malu.

Muslimin muslimat tidak diizinkan berchatting hanya untuk bersosial ataupun sebagai hobi. Adalah haram untuk muslimin muslimat yang bukan muhrim berchatting dalam jangka masa yang panjang kecuali keharusan untuk perniagaan ataupun pendidikan. Semua bentukinteraksi hendaklah sopan. Al-Qur'an telah mengingatkan kita berulang-ulang kali bahawa semua perkataan akan dicatat oleh para malaikat dan kita akan dipertanggungjawabkan ke atas perkataan yang telah kita gunakan nanti. (sila rujuk AL-AHZAB 33 Aya 70 & QAF 50 ayat 18)

Jika seseorang itu bertemu dengan seseorang melalui internet dan berniat untuk berkahwin, hendaklah ia melibatkan orang lain ataupun ibu bapa dalam berchatting. Hendaklah orang lain itu melakukan siasatan dan rundingan bagi pihaknya. Bukankah lebih baik jika chatting itu ditemani orang lain ?

Islam mengharamkan Khalwah (duduk bersunyi) di antara muslimin muslimat yang bukan muhrim. Dalam hal ini, khalwah secara virtual boleh terjadi dengan perbualan melalui internet ataupun telefon. Sebagaimana diharamkan bersunyi-sunyian dalam keadaan fizikal, begitu juga bercakap melalui telefon atau chatting, lebih-lebih lagi interaksi itu berkaitan perkara yang peribadi.

Kita juga harus berhati-hati sebelum diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsu akan faedah yang kononnya wujud dalam berchatting dengan golongan yang bukan muhrim atau seseorang yang entah diketahui siapakah dirinya yang sebenar. Kekadang kita tidak sedar sedang ditipu dan diperdaya dengan nama-nama samaran serta lakonan orang yang sedang berchatting.

Bukankah Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: ( Daripada tanda keelokkan (kesempurnaan) imannya ialah ia meninggalkan apa yang tiada sangkut paut dengan dirinya) Hadis Riwayat Tarmizi.Sama-samalah kita memikirkannya...

Wednesday, August 19, 2009

soalan yang memeningkan kepala!!!!!!

>Why does the sun lighten our hair, but darken our skin?

>Why can't women put on mascara with their mouth closed?

>Why doesn't glue stick to the inside of the bottle?

>Why don't you ever see the headline
"Psychic Wins Lottery"?

>Why do you park on a driveway and drive on a parkway?

>Why is "abbreviated" such a long word?

>Why is a boxing ring square?

> Why is it called lipstick if
you can still move your lips?

>Why is it that doctors call what they do "practice"?

>Why is it that rain drops but snow falls?

>Why is it that when you're driving and looking for an address,
you turn down the volume on the radio?

>Why is lemon juice made with artificial flavor
and dishwashing liquid made with real lemons?

>Why is the man who invests all your money called a broker?

>Why is the third hand on the watch called second hand?

>Why is the time of day with the slowest traffic called rush hour?

>Why is the word dictionary in the dictionary?

>Why isn't there a special name for the tops of your feet?

>Why isn't there mouse-flavored cat food?

>Why can't they make the whole plane out of the same substance
that little indestructible black box is?

>Why do you need a driver's license to
buy liquor when you can't drink and drive?

sapa dapat jawab aku respect sama dia

Sunday, August 16, 2009

Boleh percaya ke cinta internet

Percintaan diinternet tak boleh dipercayaai 100%
*I leb u, U leb me, tapi habok pon tak ada. Konon setia, cinta sampai mati gila - gila, tapi dimanakah kesetiaan dan kasih sayang tu dibuktikan? Telefon sampai subuh? Online sampai lebam? Takde pape pon. It's nothing. Ada daripada mereka, hanya menjadikan si dia tu sebagai pakwe/makwe no. 2 ataupun awek/balak online jer.

Hipokrit/Penipu
*"Pinggang i 32 setengah, i kulit kuning langsat" berikut keterangan si dia, tapi bila dah jumpa, masyaAllah, aku takut nak tengok. Tak sekuning buah langsat pon. Yang si laki pulak 'gebang' pulak "Esok i tunggu u tepi pokok rambutan, rambut i kerinting, badan i 'tough' dan tinggi" tapi tengok kecik kemetot. Adoyai.

Pembaziran masa
*Mana tak bazir masa, asyik - asyik tengok laptop, mengadap Pc dok cari awek/balak baru. Kalau dapat yang elok, alim dan warak takpe, tapi yang dapatnya kaki pompuan, laki gila seks dan banyak lagi.

Takut hadapi realiti
*Bab ni ada la juga sangkut paut. Yela, selalu ajak jumpa, takmboh. Nak jumpa je taknak. Alasannya tak bersedia. Tah makan tahun la bercinta dalam internet, sampai dah muak, nanti terus putus macam tu je.

Apa - apa pun, pendapat yang aku tulis tu tak lah 100% betul dan aku letakkan apa yang betul bagi aku. Tak semua orang baik ada kat internet ni.Satu lagi, selain chatting, cinta cyber boleh berlaku bermula daripada tambah kawan - kawan di laman web sosial network. Aku dah pernah dengar dari kekawan yang pernah alami semua ni. Satu lagi yang terbaru aku dengar, bercinta sesama blogger dan kalau blogger sosial ok la juga ini blogger politik..Aduyaiiiii
intenet oh intenet....hehehehe macam2 adaaaaaaa.....
TQ kepada luth....aku amik sikit2 info

Friday, August 14, 2009

ciri2 anda udah tua

1. Dulu,kalau nak membaca... dari jauh pun boleh baca.Sekarang dekat-dekat tak nampak... .kena jauh-jauh sikit.

2. Dulu kalau nak kencing,dari jauh... suuurrrrr!!!!!masuk... ..!!!!.Sekarang,kalau nak kencing,kena dekat-dekat,pelan-pelan lepas... baru masuk...

3. Dulu,masa tidur menghadap muka... rapat-rapat,sekarang,berlaga punggung saje... itu pun dah kira rapat sangat dah tu...

4. Dulu,mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi ( dalam kereta ke,handbag ke..),sekarang, bawa juga... tapi minyak angin la...

5. Dulu,pakai baju mesti sama... sama color,sama design,sama brand... sedondon... Sekarang,"Asal kau ada baju nak pakai udah le... !"

6. Dulu,kalau nak kemana-mana,sanggup tunggu bini sampai sejam iron tudung... pakai tudung... ..Sekarang, "Alah... you pakai yang "wrinkle free" tu je la... .!" ( dalam hati... macam la ada orang nak tengok dia... hiyyyy!!!Malam tadi tak mau nak gosok... lembab!!)

7. Dulu sanggup jalan berbatu-batu teman bini shopping,sekarang... tunggu dalam kereta jer.Kejap-kejap SMS... "Lama lagi ker?" "Apa aje yang you cari nie... ?"

8. Dulu,hebat... .!!!sebulan sampai 12 kali... ,sekarang,kalau dapat 12 bulan sekali pun kira hebat juge...

9. Dulu, menunggu pun dah keras... sekarang,menunggu nak keras... .

10. Dulu,isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh,suruh buke... jangan pakai apa-apa.Sekarang,isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh buke juga... ."Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ker... ?

Wednesday, August 12, 2009

Cara curang yang terlampau

Cara untuk curang dengan pasangan
(khas untuk lelaki sejati sahaja dan yang telah berkahwin, tidak digalakkan untuk pasangan yang belum ada ijab kabul)

1. Bila balik lambat, jangan kata ada meeting, kata ada affair, mesti dia ingat anda bergurau dan tak akan tanya lagi.

2. Sila gunakan panggilan 'sayang', 'honey', 'baby', 'sweetheart', 'lovecake' atau sebagainya untuk memanggil isteri dan wanita kedua, ini untuk mengelakkan tembelang anda pecah jika anda mengigau atau sedang mamai.

3. Jika anda ingin keluar dari rumah lebih dari 3 hari (keluar bercuti dengan wanita kedua), pastikan, isteri anda dudk di rumah sahaja dan jangan sesekali bawa lebih dari satu beg pakaian.

4. Sediakan satu lipstik dalam kocek anda setiap masa kerana, jika anda hampir katoi, iaitu ada kesan lipstik pada baju anda, anda terus hulurkan lipstik yang anda simpan dan cakap 'Tadi Ayang pegi mall, suruh tester die test tengok sesuai ke tidak, tapi entah camne, tester tu jatuk atas ayang.' (peringatan pastikan kaler itu sama atau hampir sama dengan kesan di baju anda)

5. Pakai misai palsu setiap kali andakeluar ketika date, tujuannya, jika anda bertembung isteri anda, kemungkinan besar (99.99%) isteri anda gagal mengecam anda.

Macamne? ade brani cube?

Sunday, August 9, 2009

Puisi Suami minta kawin

Bila Si Suami hantar puisi halus kpd isteri utk kahwin lain.

PUISI

Isteriku , jika engkau bumi, akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau
Mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh,
Begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi,
Hingga kadang-kadang
Bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa
Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
Malah ada planet lain
Yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu... ...
Relakanlah aku menyinari planet lain,
Menyampaikan faedah adanya aku,
Kerana sudah takdir Illahi
Sinaranku diperlukan diplanet lain...

*** Balasan Puisi sang isteri***

Suamiku,
Andai kau memang mentari,
Sang suria yang memberi cahaya,
Aku merelakan engkau berikan sinaranmu
kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan
Kerana mereka juga seperti aku
Perlukan cahayamu
dan... .
Akupun juga tidak akan merasa
Kekurangan dengan sinaran mu...
AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin
Yang berkekuatan 5 watt sahaja,
Jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun
Belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca
Di sudut kamar kita,
Di tengah remang-remang pancaran cahaya mu
Yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
Atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!
please lah... .!!!

Thursday, August 6, 2009

SAYA SAYANG EMAK

Mak Oh Mak
Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata... memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku... . mak
Bila lapar, yang suapkan aku... . mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut... . Mak
Bila bangun tidur, aku cari... . mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ... . mak
Bila nak bermanja, aku dekati... . mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah... . mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya... . mak
Bila nakal, yang memarahi aku... . mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma... . mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah... . mak
Bila takut, yang tenangkan aku... . mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk erat... . mak
Aku selalu teringatkan ... . mak
Bila sedih, aku mesti talipon... . mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu... .. mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk!"
Bila sakit, orang paling risau adalah... . mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga... . mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu... . mak
Bila ada masalah, yang paling risau... . mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku... . mak
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk... .. mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku... . mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku... . mak
Yang selalu nasihat aku... . mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... .. mak

Aku ada pasangan hidup sendiri... .
Bila seronok, aku cari... .pasanganku
Bila sedih, aku cari... . mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada... .pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada... . mak
Bila bahagia, aku peluk erat... .pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat... .. emakku
Bila nak bercuti, aku bawa... .pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah... . mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak yang ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... limapuluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya... ... .. Tapi kalau mak sudah tiada... .. ... ..
MAKKKKK... RINDU MAK... . RINDU SANGAT... .
Berapa ramai yang simpan gambar emak dalam handphone mereka??
Berapa ramai yang bila bangun tidur ucapkan salam kepada emak??
Berapa ramai yang setiap hari bertanya khabar kepada emak??
Berapa ramai yang sanggup habiskan masa berjam-jam dihadapan komputer...tetapi berapa ramai yang sanggup luangkan masa seminit menatap wajah emak??
Walau dimana kita berada...walau siapapun kita..walau apapun pangkat kita..janganlah kita lupakan insan yang melahirkan kita kedunia ini...
Tanpa insan yang kita panggil EMAK tak mungkin kita akan berada ketahap ini...
RENUNG-RENUNGKAN LAH SAHABAT...UCAPKAN KATA RINDU ANDA KEPADA EMAK SEKARANG SEMENTARA MASA MASIH ADA...

Tuesday, August 4, 2009

Cerita otai gengster

Seorang otai kongsi gelap sedang hampir nazak terbaring di katil... lalu beliau memanggil cucu kesayangannye...
Cu... gua nak lu dengar cakap tok lu ni... ..[wlupun dah tua nk mampos..ckp still ganas... ].
Cucu nya memandang dengan sayu... lalu dia menyambung kata2nya.. Lu amik gua punya .45 auto pistol yang gua simpan dalam peti itu... supaye lu selalu ingat kat tok lu ni... ..

Cucunya memandang pelik lalu die menjawab...
Tok... aku tak berape nak suke ngan pistol tu... pe kate tok bagi je jam rolex atuk tu... ... Dengan muke bengis dan bengang otai kongsi gelap ni pun berkata..
lu dengar cakap tok lu ni... .lepas ni..aku dah mampos... lu yang kena jaga bisnes2 haram gua ni... pastu mesti lu dapat bini lawa... kete beso... rumah beso2... lepas tu...
satu ari tu..lu balik umah lu.. tiba2 lu tengok bini lu kat atas katil ngan jantan lain... .ape lu nak buat?...
Takkan lu nak tunjuk jam lu pastu lu nk cakp 'ABIS MASE DAH!!'
cucunya memikir sambil garu2 kepala...



Doa Seorang Lelaki
Seorang lelaki lingkungan 40-an sedang solat asar berjemaah didalam sebuah masjid. Pada rakaat yang ke-4 ketika dia sedang rukuk,secara tidak sengaja kainnya dimasuki seekor lebah yang terbang berlegar-legar diruang dalam masjid itu.

Lelaki itu menyedarinya tetapi dibiarkan sahaja agar tidak mengganggu jemaah lain yang sedang khusyuk solat.Ketika lelaki itu duduk diantara dua sujud dan sambil membaca tahiyat akhir, secara tidak sengaja lebah itu menyengat dibahagian sulitnya. Muka lelaki itu merah padam kerana menahan sakit namun dia tetap berusaha untuk menyembunyikan rasa sakit itu agar tidak malu pada jemaah yg lain.

Selesai mengerjakan solat asar lelaki itu pun berdoa dan doanya berbunyi seperti berikut."YA ALLAH, AMPUNILAH DOSAKU. HILANGKANLAH RASA SAKIT INI TAPI KEKALKANLAH BENGKAKNYA"

SEKIAN..
Powered By Blogger