Friday, April 9, 2010

cita2 mjurid

Tahun 70an
Cikgu Jelita pun bertanya pada murid-muridnya“besar nanti nak jadi apa?”
Jawab anak murid 1:-“saya nak jadi doktor.Bila cikgu tak sihat boleh saya rawat.”
Jawab anak murid 2:-“saya nak jadi guru macam cikgu.Saya nak ajar orang sampai pandai.”
Bangga sungguh Cikgu Jelita jadi cikgu masa tu.

Tahun 90an
Cikgu Jelita pun bertanya lagi pada murid-muridnya“besar nanti apa cita-cita?”
Anak murid 1 menjawab:-"saya nak jadi artis popular. Boleh dapat gelaran datuk dengan mudah. Kalau tidak pun dapat kawin datuk yang kaya!”
Anak murid 2 menjawab:-"saya nak jadi racer terhandal macam abang-abang saya. Biar ramai awek cun boleh saya bawa. Tentu glamer kalau dapat berlumba tiap malam minggu.
Naik semput Cikgu Jelita mendengarnya.

Tahun 2000an
Cikgu Jelita bertanya untuk satu tajuk karangan“apa cita-cita kamu bila dewasa nanti”.
Terang anak murid 1:- "saya nak jadi bisnesman. Apa-apa saja saya jual. Kalau minyak naik, saya naikkan harga. Orang pun boleh jual asalkan rela. Janji saya dapat untung dan kaya raya.”
Anak murid 2 pula:-“saya nak jadi peguam. Siapa ada masalah boleh jumpa saya. Saya akan tolong asal boleh bayar mahal. Tak ada masalah, boleh timbulkan kes. Kalau ada cikgu yang dera anak saya, saya boleh saman.”
Terus pengsan Cikgu Jelita setelah mendengar jawapan-jawapan itu.

Friday, April 2, 2010

Ingatlah jasa bonda

Tajuk: Jasa Bonda
Warisan

Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untukmu tiada terbatas
Memberi tak minta dibalas

Ingin dibinanya untukmu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat dihati

Beringat-ingatlah berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia

Disaat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat dihati

Beringat-ingatlah berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Tuesday, February 2, 2010

Surat untuk AYANG

Ayang,
Selama 5 tahun kita kapel, tiap-tiap tahun ayang mintak clash ngan kita. Kita tahu rupa kita memang la tak hensem macam orang hensem tapi hati kita jujur dan ikhlas macam orang baik-baik (Biar la kita sembahyang tak cukup pon).

1. Dulu masa mula kapel, ayang pernah cakap kat kita ayang hanya akan tinggalkan kita kalau kita curang ngan ayang sebab ayang memang xleh nak berkompromi dengan lelaki curang. Lepas tu kita tekad tak akan curang dengan ayang sebab kita takut ayang akan tinggalkan kita. Memang dalam hati tu nak jugak rasa curang cket2. Mau tak nya, kalau hari-hari 10 minah kat facebook duk “hai…” nak gak rasa balas “Hai…” balik…Tapi sebab ayang kita klik tanda pangkah….Tapi…- Bila ayang chat dengan lelaki lain kita tak pernah pon marah…ayang kata kawan je..bukan ayang nak gedik-gedik pon dengan dia..kadang-kadang kita pulak yang ayang marah sebab kita merajuk bila ayang chat dengan lelaki lain. Kenapa kita kena marah?

2. Kita bagitau mak kita pasal ayang, kita bagitau nama betul, kita describe yang baik-baik je tentang ayang kat mak kita…mak kita pon senyum tak sabar-sabar nak tengok muka ayang yang macam penyu tuh…Tapi….-Ayang bagitau kat mak ayang kita orang JAWA(Keji sangat ke kalau orang JAWA?) salasilah keluarga kita dari INdonesia. Pahtu ayang cakap kat mak ayang, kita ni kulit gelap..eh silap..ayang cakap kita hitam gile kat mak ayang…-Ayang describe lagi…kita ni bukan sahaja hitam, gemuk pulak tu…padahal ayang tu yang kurus kering kita gempal je…tu tanda sihat. Mak ayang pon terbayang, jawa + hitam + gemuk = kita . waaaa…baik ayang cakap je kita mat bangla lagi ok dari tu kan…

3. Dari mula-mula kita nak ngorat ayang, kita tak miss pon mesej ayang setiap hari sampai hari ni. Kita mesej ayang bukan kerana terpaksa nak mesej ayang, kol ayang…tapi memang dah xde perempuan lain dah yang nak layan kita sebab kita JAWA + HITAM + GEMUK mana ada perempuan nak kat kita….Kadang-kadang kita saja je nak tengok ayang, nak uji ayang kalau kita kurang mesej… ayang mesej kita tak…Tapi….-Ayang marah kita,ayang merajuk dengan kita cakap kita dah tak sayang ayang sebab makin kurang mesej dengan ayang…Habis tu dah tahu kita kurang mesej ayang kenapa nak tunggu jugak mesej kita?? Ayang mesej la kita dulu kalau macam tu….Kita nak uji ayang je..tapi kita kena marah lagi….

4. Kalau kita pegi mana-mana ayang mesti pesan sebelum pergi dan setelah selamat sampai jangan lupa kol bagitau….Tapi…-Ayang kol kita hari ini cakap minggu lepas ayang balik kampung dah selamat sampai ke kg dan selamat pulang dah pon ke KL….Kalau macam tu baik ayang kol balai bomba je bagitau,biar operator tu maki ayang…kalau kita maki nanti kita kena maki balik dengan ayang.

5. Dari dulu sampai sekarang kita tak pernah hampakan permintaan ayang…cuma dah 4 kali kita merayu kat ayang supaya tarik balik permintaan untuk putus dengan kita..Tapi…-Minggu lepas ayang mesej kita mintak putus untuk kali ke 5 selepas 5 tahun, kita tak suh ayang tarik balik permintaan tu, jadi kita stuju dengan permintaan ayang sebab ayang kata “u stuju ke tak i tetap nak putus”

waaaaaaaaaaaa……

Walaupun kita dah putus dengan ayang, kita tetap mesej ayang hari-hari…bangun tido kita mesej,nak tido kita mesej, nak pergi mana-mana pon kita bagitau walaupun SIM CARD tu sebenarnya ayang dah campak dalam kolam ikan keli… uwaaaaaaaa

Kekasih gelapmu..
Tam b. Mok

Sunday, January 17, 2010

ROKOK TIDAK BAHAYA

Mentua VS menantu

Alkisah ada seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja.

Dia lalu memutuskan untuk menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu bermotor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu dan terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa berfikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya. Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livia terparkir di depan rumah, dan sehelai kertas bertulis “Dari ibu mertuamu”.

Giliran menantu kedua pula yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh dan terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian dan dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta. Besoknya di depan rumah menantu kedua melihat terparkir Toyota Alphard, disertai sehelai kertas tercatat tulisan, “Dari ibu mertuamu”

Ketika giliran menantu ketiga diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air. Seraya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”.

BAHAYAKAH ROKOK

ramai orang bimbang bahaya rokok, tapi setelah diselidiki oleh beberapa pakar dalam bidangnya ternyata rokok itu sama sekali tidak berbahaya. Kemudian pakar2 sepakat untuk membuktikannya dengan mengambil dari beberapa hikayat pada zaman dahulu kala di mana kala itu nenek moyang kitapun telah membuktikannya melalui beberapa percubaan. Buktinya seperti cerita di bawah ini, dia tetap sihat walafiat.

Untuk lebih jelasnya dapat dibuktikan melalui penemuan ahli2 di bawah ini: Pada zaman dahulu kala, ada tiga orang doktor. Mereka selalu bersama kemana saja mereka pergi. Tapi ketiga-tiganya memiliki kegemaran berlainan.
A. dr Jon mengawan (suka main perempuan)
B. dr Jon Walker (suka minum arak)
C. dr Jon Kretek (suka segala jenis rokok) ..

Suatu hari ketiga sahabat ini berjalan jalan tanpa tujuan. Tiba-tiba ketiganya bertemu dengan sebuah ketel/kendi (seperti cerita Aladin). Lalu salah seorang mengambilnya lalu meng-gosok2kan ketel tersebut. Sejurus kemudian asap keluar dari corong ketel tersebut dan secara perlahan berganti menjadi satu makhluk yang menyeramkan iaitu jin yang ganas.

Lalu jin tersebut tertawa: 'Ha ha ha... ' dan berkata 'Akulah Jin Ifrit! Kerana kamu telah membebaskan aku dari ketel itu maka aku akan tunaikan apa saja permintaan kamu semua. Ketiga sahabat yang pada mulanya panik dan takut menjadi gembira lalu termenung dan berpikir tentang peluang dan kemahuan masing-masing yang mungkin hanya sekali dalam hidup mereka. Lalu mereka memilih kemahuan mengikuti kegemaran masing-masing.

Berkatalah si A,'Aku mau perempuan-perempuan muda dari berbagai bangsa di seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun. Pufff ... ... ..!! dengan sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si A.

Berkata si B, 'Aku mau semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekal selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.' Pufff ... ... ... . !! dalam sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si B.

Berkata pula si C,'Aku mau semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekal selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.' Pufff ... ... ... .. !! dengan sekejap mata jin itu menyempurnakan permintaan si C.

Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu gua masing-masing sebagaimana yang dijanjikan.

Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, ketika dibuka maka keluarlah si A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tidak mampu karena tidak sanggup untuk menggerakkan lutut sebab hari-hari hanya memuaskan nafsu dengan perempuan. Tiba-tiba si A pun jatuh ke tanah lalu mati!!

Setelah itu jin tersebut pergi ke gua si B, ketika pintu dibuka maka keluarlah si B dengan perut yang sangat buncit, hari-hari mabuk-mabuk. Jalan pun terhuyung-huyung. Tiba-tiba si B pun jatuh ke tanah lalu mati !!

Setelah itu jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba2 si C keluar dalam keadaan sihat walafiat dan terus MENAMPAR si jin Sambil memaki si jin.

Dia berkata: JIN GUOBLOOOKK ... !!!! MANCISNYA MANA ... !!!

Safety Lesson-nya : 'Rokok Tidak akan berbahaya, selagi tidak ada mancisnya'

Wednesday, January 13, 2010

Surat world cup buat tersayang

untuk isteri / awek/ kekasih tersayang*,

Di mana saja berada

Ayang /Anja / Honey /Darling / Dinda / Intan payung / gunung berapi etc *

1. Seperti yang sedia maklum , abang setiap bulan terpaksa menghadapi perangai ayang yang berubah mengikut pasang surut bulan setiap bulan tanpa gagal. Abang selalu menjaga hati ayang tanpa gagal ketika kedatangan period ayang tanpa soal. Abang jaga ayang bagaikan menatang minyak yang penuh. Amat besarnya pengorbanan yang abang lakukan selama ini untuk menjaga kerukunan perhubungan kita yang telah bertapak sejak lama? Kini relakah ayang melakukan pengorbanan yang agak kecil terhadap abang?

2. Dr. Joseph Blatter dari Klinik FIFA telah mengesahkan yang abang akan mengalami period abang yang hanya berlaku 4 tahun sekali ini dari 11hb Jun 2010 hingga 11 Julai 2010. Kesan period ini mungkin akan berlanjutan sehingga seminggu selepas tarikh tersebut. Abang akan menghadapi masalah untuk tidur malam dan mungkin berjaga hingga ke awal pagi Untuk mengurangkan tekanan dan mood abang dalam tempoh tersebut, preskripsi dan cadangan di bawah ini telah disarankan :-

3. Dalam tempoh tersebut ayang dikehendaki sentiasa membaca berita sukan pada akhbar harian yang menfokus tentang Piala Dunia 2010 di South Africa. Jika ayang gagal melakukan perkara ini, ayang mungkin rasa terabai jika tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan abang pada masa tersebut. Oleh itu ayang janganlah komplen jika rasa diri diabaikan dalam masa period ini.

4. Dalam tempoh period abang ini adalah dimaklumkan bahawa ayang akan diberi kebebasan untuk menonton rancangan tv kegemaran ayang dari bermula dari 6 pagi hingga ke 9 malam. Manakala dari 9 malam ke 6 pagi, abang yang akan memegang remote control dan hak memilih chanel yang digemari. Ayang dilarang sama sekali menjerling ke arah remote control pada masa tersebut.

5. Jika ayang terpaksa melintasi di hadapan tv di waktu tersebut, ayang hendaklah tunggu sehingga masa rehat atau commercial break ataupun merangkak perlahan-lahan agar tidak menganggu konsentrasi abang.

6. Semasa perlawanan langsung disiarkan, abang seakan buta, pekak dan juga bisu kecuali bila abang memerlukan pertolongan ayang untuk membuat air atau mengambil makanan ringan. Kasih sayang abang akan bertambah kepada ayang jika ayang sentiasa memastikan makanan ringan sentiasa tersedia untuk abang semasa perlawanan berlangsung.

7. Ayang adalah dialu-alukan untuk duduk dan menikmati perlawanan bersama abang tetapi ayang hanya boleh bercakap semasa half time atau commercial break. Ayang dilarang sama sekali menggoda abang pada masa ini terutama jika pasukan yang abang sokong sedang ketinggalan atau berada diambang kekalahan.

8. Replay untuk setiap gol yang dijaringkan adalah amat penting. Berapa kali replay disiarkan abang tetap mau melihatnya. Ayang tak perlu merungut mengata bahwa gol tu dah tengok kenapa nak tengok lagi?

9. Ayang perlu memberitau saudara mara atau rakan karib bahwa jemputan ke jamuan atau kenduri yang diadakan selepas 9 malam ke atas yang memerlukan kehadiran abang tidak dapat dipenuhi kerana abang tak nak pergi.

10. Jika kawan abang menjemput kita ke rumah mereka untuk menyaksikan perlawanan langsung bersama-sama, maka ayang perlu bersiap sedia dengan kadar segera?

11. Selepas period abang ini abih..ayang dilarang merungut : siib baik world cup 4 tahun sekali jer? kerana abang telah immune dengan rungutan tersebut dan juga selepas period ini akan ada pula English League, Italian League, UEFA League, Piala Malaysia dan lain-lain.

12. Atas kerjasama dan timbang rasa ayang ini, jika pasukan yang abang sokong menang piala dunia atau player yang abang sokong menang kasut atau bola emas..pandai-pandai la ayang bodek abang untuk dapatkan hadiah?. Jika sebaliknya? hendaklah ayang turut berduka?.

13. Akhirkata. Majulah sukan untuk negara!.

Abang yang sentiasa menyayangimu walaupun period ayang datang setiap bulan.

Suami / bf / kekasih yang tersayang
** potong mana yang tidak berkenaan...

Saturday, January 9, 2010

yang aku inginkan hanya kamu

demi semua yang aku jalani bersamamu
kuingin kau jadi milikku
ku ingin kau disampingku
tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
dan hanya dirimu yang bisa
membawa syurga dalam hatiku
kuingin engkau menjadi milikku
aku akan mencintaimu
menjagamu selama hidupku
dan aku kan berjanji
hanya kaulah yang kusayangi
ku akan setia disini menemani... .
sentuhanmu
bagaikan tangan sang dewa cinta
yang berhiaskan bunga asmara
dan membuatku tak berkuasa
di setiap anugerah
tersimpan di hati kecilku
bahwa dirimu terindah untukku
selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernafas
selama Tuhan masih mengizinkan
kuingin selalu menjagamu
selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernafas










Tuesday, January 5, 2010

Cerita Gigolo

Seorang pemuda frusted mencuba-cuba menjadi gigolo.

Pengalaman pertamanya bertemu seorang ibu muda datang dengan kereta mewah. Pemuda itu dibawa dengan kereta mewah menuju ke sebuah rumah besar milik wanita itu.Sesampainya dirumah, Dia di suruh masuk ke dalam sebuah bilik.

Si pemuda itu merasa nevous karana ini adalah pertama kalinya masuk ke bilik wanita lain.Fikirannya tak menentu, bingung dan juga kekok.Semakin di fikir seperti itu, berahinya juga makin muncul.

Sebelum melakukan apa-apa, wanita itu berkata, "Kamu bukakan dulu baju kamu dan tunggu disini dulu ya, jangan ke mana-mana," ujar wanita itu kemudian keluar dari kamar.

Pemuda itu makin bingung kerana ditinggal keseorangan. Dan, dia malu untuk telanjang kerana tubuhnya kurus. Akhirnya dia membuka semua bajunya,dan menunggu di bilik.

"Ah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan," fikirnya.

Tak lama kemudian, ibu itu masuk ke dalam bilik. Kali ini diikuti oleh dua orang anak kecil.Ibu itu berkata kepada kedua anak kecil itu,"Tengok ni, Wati dan Budi, kalau malas makan badan kita jadi kurus seperti abang ni" Huahaha..ha. .ha..
Waaaaaaaaaa Serius nampak Baca tuuuu... HAHAHAHAHAAAA. ... ... ...

Pelancong Jepun

Seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk ke sebuah restoran. Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu pun mula bergerak dengan perlahan.

Di lebuh raya, pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan sederhana. Tiba-tiba sebuah kereta memotong. "Ah, Nissan. Made in Japan. very fast", kata pelancong jepun itu.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan lagu."Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast", kata pelancong Jepun itu lagi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju. "Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast", kata pelancong itu lagi, bangga dengan keluaran negaranya.

Apabila sampai restoran, pelancong itu mengeluarkan dompetnya untuk membayar tambang teksinya... ."RM200 please" kata pemandu teksi dengan selambanya.

"What? RM 200? it's not that far from the hotel?", kata pelancong itu tidak puas hati.

"Ah, Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast, jawab pemandu teksi tersebut dengan selambarnya....hikhikhikhik

Monday, December 28, 2009

Surat anak kepada ayah

Kisah ini terjadi disuatu pagi yang cerah... . mungkin tidak begitu cerah untuk seorang ayah yang kebetulan memeriksa bilik tidur anak gadisnya... yg berumur 18thn Dia mendapati bilik itu cukup kemas dan rapi, dengan sekeping sampul surat yg bertuliskan untuk ayah diatas meja bacaan.. perlahan dia mula membuka surat itu...

--------------------------------------------------------

Ayahku yg tercinta, Aku menulis surat ini dengan perasaan sedih dan sangat menyesal. Saat ayah membaca surat ini, aku telah pergi meninggalkan rumah. Aku pergi bersama kekasihku, dia lelaki yang baik, setelah bertemu dia..ayah mesti setuju walaupun penuh dgn tatto2 ganas ditubuhnya, Dia sudah cukup dewasa walaupun belum begitu tua (aku fikir zaman sekarang 42 tahun tidaklah terlalu tua). Dia sangat baik terhadapku, lebih2 lagi dia akan jd ayah kpd kandunganku ini. Dia memohonku untuk membiarkan anak ini lahir dan kita akan membesarkannya bersama.

Dia punya bisnes perdagangan extacy yang sangat luas, dia juga telah meyakinkanku bahawa marijuana itu tidak begitu buruk. Kami akan tinggal bersama sampai mati memisahkan kami. Aku yakin bahawa para doktor akan menemukan ubat untuk AIDS jadi dia akan segera sembuh. Aku tahu dia juga ada perempuan lain tapi aku percaya dia akan setia padaku dengan cara yang berbeza. Ayah.. jangan risau akan keadaanku. Aku sudah 18 tahun sekarang, aku tahu menjaga diriku. Salam sayang untuk ayahku dan ibuku yg trcinta. Oh ya sebelum aku terlupa, berikan semua teddy bear dlm bilik ku ini untuk adikku yg sgt2 inginkannya... ...

----------------------------

keadaan si ayah bagaikan nk tercabut jantungnya ketika itu... ... ..lalu perlahan2 membuka muka surat kedua surat itu... dgn keadaan terketar2 si ayah membaca... ... .

PS: Ayah, .. tidak ada satupun dari yang aku tulis diatas itu benar, aku hanya ingin menunjukkan hal yg lebih mengerikan daripada nilai report kad ku yg buruk. Kalau ayah sudah menandatangani reportku diatas meja, panggil aku ya... Aku berada dirumah jiran sebelah jer... ..

Thursday, December 17, 2009

EMAS BOLASEPAK SELEPAS 20 TAHUN




Skuad bola sepak bawah 23 negara mencipta sejarah Sukan SEA apabila menang emas pertama selepas kali terakhir dilakukan 20 tahun lalu.


Jaringan gol sendiri pemain Vietnam selepas tolakan Norshahrul Idlan Talaha memberikan peluang untuk Malaysia memperoleh emas dalam acara akhir bola sepak lelaki Sukan SEA XXV.
Kali terakhir skuad negara menang emas ialah di Temasya Kuala Lumpur 1989.




TAHNIAH...1MALAYSIA

Tuesday, December 8, 2009

suka masa bercinta

engkau suka aku pun suka ke mana pergi pun tak apa yang penting jalan berdua naik bas, basikal pun takpa jalan tengah panas pun takpa sampai melecet ketiak jadinya semua suka tiada duka

masa engkau suka aku pun suka durian yg engkau suka aku pun suka walaupun sebenarnya tak berapa suka petai yg engkau suka, aku pun telan juga walaupun nak terjegil biji mata kita sama-sama ketawa

masa engkau suka aku pun suka Tempe yg aku makan jadi kegemaran kau juga walaupun kau tak pernah makan sebelumnya

masa engkau suka aku pun suka pakai apa pun tak pe baju merah tudung biru pun tak ape tudung kau senget aku kata takpe. gigi kena lipstik aku tak kisah juga engkau tetap cantik jelita

masa engkau suka aku pun suka aku pakai apapun tak ape, lupa pakai tali pinggang pun tak ape, T shirt koyak kat ketiak pun tak ape, Lupa cukur misai pun tak ape, Kau kata aku tetap handsome seadanya.
Powered By Blogger