Thursday, July 30, 2009

You Are Selfish!

u alwayz think that u are right...
u alwayz think that u are very nice...
u alwayz think that ur step are right...
u alwayz think that i not understand u...
u alwayz think that i hurt u so many times... ...
but...
u dont know what i feel...
u just think urself...
u never want to think about the people surrounding u...
and I..
so sad with u wise...
but...
i never want to let u know...
and show to u what i feel...
because...
i dont want to hurt u...
and ...
i know it may hurt u...
more than ur finger cut with knife...
am i right

Friday, July 24, 2009

Buar Yang Tersayang

Sayang..
Apa yang kita rasa dan kita alami sekarang,
Adalah sebuah kasih sayang yang luhur,
Dan...
Jika kasih sayang ini adalah Cinta...
Ia tak akan menyiksa namun mengisi..
Ia tak memaksa namun mengerti..
Ia tak datang dengan kata-kata...
namun menghampiri dengan hati..
Ia tak datang kerana permintaan...
Namun sentiasa hadir kerana ketulusannya...
Ia tak akan datang kerana kekayaan..
namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan..
Sayang..
Untuk cinta kita,
Sama-samalah kita sematkan,
Pada hati tentang ikrar ini... .
KITA DI DUNIA BUKAN MENCARI SESEORANG YANG SEMPURNA UNTUK DI CINTAI, TAPI KITA BELAJAR MENCINTAI ORANG YANG TIDAK SEMPURNA DENGAN CARA YANG SEMPURNA..
Sayang..
Berjanjilah padaku bahawa hubungan suci ini,
Akan ternoktah pada satu ikatan..
Ikatan yang membuatkan rasa bahagia,
buat kita untuk selamanya...
-Amin-...

Wednesday, July 22, 2009

Puisi Untuk Kawan

Kawan
Bila kau rasa ingin menangis
Hubungilah aku
Bukan nak suruh kau berhenti menangis
Tapi mungkin aku boleh menangis bersamamu

Kawan
Jika kau terasa tiba² nak melarikan diri
Jauh dari masaalah
Hubungilah aku
Aku takkan suruh kau berhenti ..
Tapi..
Mungkin aku akan berlari bersamamu
Agar masaalah kau boleh selesai

Kawan
Jika tiba² kau di tinggalkan kekasihmu
Hubungilah aku
Aku takkan memaki hamun bekas kekasihmu
Tetapi aku akan cuba buat kau cintai diri kau sendiri

Kawan
Jika kau kecewa keluargamu tak bahagia
Beritahulah aku
Aku takkan buat kau benci pada ibubapamu
Tapi terimalah segala ketentuan Illahi

Kawan
Jika kau kecewa percintaanmu suatu hari nanti
Ceritalah pada aku
Aku takkan sebut nama lelaki itu
Tetapi cubalah jadi perempuan yg lebih solehah

Tetapi kawan
Jika suatu hari nanti aku berdiam diri
Aku tidak membalas messagemu
Aku tidak angkat panggilan dari mu
Hubungilah aku segera
Sebab di waktu itu
Aku perlukan kau
Untuk mendoakan kesejahteraan aku..

Sunday, July 19, 2009

Petikan ucapan syaitan

Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblis sedunia. Di awal ucapannya, dia berkata,

"Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka dari membaca Quran dan tahu akan perkara-perkara yang benar. Malah kita tidak dapat menghalang mereka dari membentuk sebuah perhubungan intim dengan Allah. Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan tersebut maka pengaruh kita keatas mereka akan terputus." "Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka; biarkanlah mereka menikmati hidangan makan malam mereka yang tertudung, tetapi curilah waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa untuk membina perhubungan dengan Pencipta."

"Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah," kata Syaitan: "lalaikan mereka dari berhubung dengan tuhan mereka dan mengekalkan perhubungan yang penting itu sepanjang hari." "Bagaimana caranya?" jerit para iblis. "Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam kehidupan dan rekalah berbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka," jawabnya "pengaruhi mereka untuk belanja, belanja, belanja dan hutang, hutang, hutang. Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerja buat jangkawaktu yang panjang dan suami-suami mereka untuk bekerja 6 - 7 hari seminggu, 10 - 12 jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidup mereka yang kosong itu." "Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan anak-anak mereka. Apabila keluarga mereka mula retak, tidak lama nanti, rumah mereka tidak lagi menawarkan ketenangan dari tekanan kerja."

"Rengsa minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi mendengar suara hati mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio atau keset sewaktu memandu, biarkan TV, VCR, CD dan PC mereka sentiasa terpasang di rumah-rumah mereka dan pastikan setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa memainkan musik yang tidak islamik. Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskan perhubungan dengan Allah."

"Penuhkan meja-meja mereka dengan majallah dan akhbar. Sumbatkan minda mereka dengan siaran berita 24 jam. Cerobohi saat memandu mereka dengan papan-papan iklan. Penuhkan peti-peti surat mereka dengan mel remeh, katalog jual gaya pos, sweepstakes dan segala jenis surat berita dan promosi-promosi yang menyediakan barangan dan perkhidmatan percuma; dan impian palsu."

"Masukkan gambar model-model yang cantik dan ramping di dalam majallah dan TV agar para suami berpendapat bahawa kecantikan luaranlah yang utama, dan mereka akan tidak berpuashati dengan isteri- isteri mereka."

"Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk bersama dengan suami mereka di malam hari. Tambahkan sekali dengan pening kepala! Jika mereka tidak bersama seperti yang dikehendaki oleh suami mereka, suami akan meninjau-ninjau di tempat lain. Ini akan memporak- perandakan keluarga mereka dengan pantas."

"Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganut Kristian untuk melalaikan mereka dari mengajar anak-anak mereka makna Islam yang sebenar dan hari-hari perayaannya."

"Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu berekriasi. Buatlah sehingga mereka terlalu letih seusai berekriasi. Sibukkan mereka sehingga tidak sempat untuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkan tentang ciptaan Allah. Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-taman hiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsert dan panggung wayang."

"Jadikan mereka sibuk, sibuk, sibuk!" "Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang hal-hal kerohanian, libatkan mereka dengan umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati mereka tidak tenang ketika bersurai." "Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amal sehingga mereka tidak mempunyai kesempatan meminita pertolongan dari Allah. Tidak lama selepas itu mereka akan melakukannya dengan kederat mereka sendiri, mengorbankan kesihatan dan keluarga mereka untuk kerja-kerja amal tadi."
"Pasti berhasil! Pasti berhasil!"

Bukan calang-calang perancangan ini! Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakan tugasan mereka untuk menjadikan umat Islam di mana jua menjadi semakin sibuk dan semakin terkejar-kejar ke sana ke sini. Hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk Tuhan mereka atau keluarga mereka. Tidak berkesempatan untuk menceritakan kepada orang lain tentang kekuasaan Allah agar terbuka hati mereka kepada Islam.

Rasa saya, persoalannya di sini, "Adakah perancangan Syaitan ini telah berhasil?" Hakimilah sendiri! Adakah anda sibuk (BUSY)

BUSY=bermakna B-eing U-nder S-atan's Y-oke? Berada di bawah telunjuk Syaitan?

Saturday, July 18, 2009

Cuci kereta lebih baik dari khalwat

Sepuluh Sebab Cuci kereta Adalah Lebih Baik Dari Berkhalwat

1. Cuci kereta boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.

2. Masa sedang asyik menggosok dada kereta tak perlu tengok-tengok kiri kanan.

3. Kereta tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.

4. Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi,pergi tandas, hisap rokok tanpa ada sesiapa yang tak puas hati.

5. Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggung jawab sekiranya hendak mula mencuci kereta.

6. Lepas cuci boleh naik dan henjut-henjut serta tunggang-tunggang dalam sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin.

7. Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi, depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh.

8. Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang.

9. Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh kawan-kawan.Majikan tidak akan memecat anda.

10. Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas, anda boleh menegur dengan senang hati dan mempelawa mereka bersama mencuci kereta anda.

Friday, July 17, 2009

Asal usul permainan bola

1. Bola Sepak :-
Pernah berlaku salah paham di sebuah negara dunia ke tiga dalam sukan ini. Ini adalah kerana ada puak yang membaca huruf 'e' dalam perkataan 'sepak' secara 'e pepet', dan ada yang membaca secara 'e taling'. Mereka bertegang urat untuk memastikan bola sepak di mainkan dengan menyepak bola dengan kaki atau menyepak (lempang) bola dengan tangan. Akhirnya semua rakyat yang bergaduh itu mati kena tendang dan ditampar oleh Menteri Belia dan Sukan negara itu. Buat pengetahuan anda 'e pepet' takde kena mengena dengan sejenis kemaluan.

2. Sepak takraw :-
Pada asalnya sepak raga dimulakan oleh seorang suami yang panas baran. Si suami telah menyuruh si isteri pergi ke pasar untuk membeli kuih cekodok. Tetapi si isteri yang bodoh-bodoh alang itu telah membawa balik beberapa ekor kodok dalam raga yang selalu digunakan untuk pergi pasar. Dengan kemarahan berganda, si suami telah menyepak raga itu sekuat hati dengan cara lipat maut.

3. Bola Keranjang :-
Pada zaman Parameswara dulu, permainan bola keranjang hanya dimainkan oleh sepasang pengantin baru semasa majlis kenduri kahwin (lepas acara marhaban). Ianya bertujuan untuk memanaskan badan sebelum mereka berdua pergi ke ranjang.

4. Bola Tampar :-
Merujuk kepada peristiwa ngeri dalam sejarah bola sepak di atas, penyokong puak-puak yang mengatakan bola sepak sepatutnya dimainkan secara melempang bola dengan tangan telah mencipta permainan bola tampar ini. Menurut sumber yang boleh dipercayai (seorang pengawas pusat sumber), mereka telah melukis gambar Menteri Belia dan Sukan pada bola tampar itu untuk memastikan spike yang dilakukan sekencang cerita Moero Attack!

Tuesday, July 14, 2009

Pantun Kuih Muih sempena Puasa


Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kuih gelang
Dua tiga kuih boleh ku cari
Mana nak sama pulut panggang sorang


Goreng cempedak di luar pagar
Ambik batang buruk tolong jolokkan
Saya budak baulu belajar
Kalau salah tolong sampritkan


Kek pandan jauh ke tengah
Apam balik bercabang tiga
Hancur maruku di kandung tanah
Masalodeh yang baik dikenang juga


Sorong apam tarik apam
Buah Melaka dalam perahu
Suruh makan apam saya makan apam
Suruh makan apam balik saya tak tahu


Lepat Pak Malau lepat pisang
Lepat hamba lepat ubi
Pau tuan pau kelapa
Pau hamba pau serikaya


Lemang tinggi-tinggi
Sampai cucur badak
Belum tumbuh gigi
Dah pandai makan karipap


Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Malam ini kita makan bubur jagung
Malam esok kita makan tapai


Nasik manis buah Melaka
Sayang popia hamba lurutkan
Buang tepung gomak buang serimuka
Kerana cokodok hamba turutkan


Kalau ada donat di ladang
Boleh saya menumpang makan
Kalau ada lemang yang panjang
Boleh kita menumpang makan lagi


Kuih talam di bawa belayar
Masak setalam di atas peti
Hutang lempuk boleh di bayar
Hutang dodol di bawa mati

Monday, July 13, 2009

Dilema rindu

Di sepi ini aku mencari
Sinar matamu
Lama ku tunggu tidak ku temu
Ku ayunkan buaian cinta
Di pohon duka
Berguguran keindahan kernamu
Akan ku simpulkan tangis ini
Memaut harapan yang tenggelam
Airmata berguguran
Menyapa penantian
Yang kecundangan
Cinta ku kau persiakan
Tiada arah haluan
Terbiar sayang
Akan ku simpulkan tangis ini
Memaut harapan yang tenggelam
Airmata berguguran
Menyapa penantian
Yang kecundangan
Menjelmalah wahai sayang
Biar pun sekilas pandang
Oh di mataku
Di dalam keresahan ini
Inginku mengadu rindu

Sunday, July 12, 2009

Dan Sebenarnya - Yuna(Utk sahabatku E)

Oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio
seolah2 memerli aku

pabila,
kau bersama yg lain
adakah perasaaan benci ini
sebenarnya cinta
yang masih
bersemadi untukmu

dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia

oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
pabila kau merenung matanya
ku rebah,jatuh ke bumi

di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini
sebenarnya cinta
yang masih
bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
oh

Friday, July 10, 2009

contoh peribahasa moden

Suatu waktu dahulu, peribahasa adalah merupakan bunga-bunga bahasa yg digunakan oleh org2 terdahulu berdasarkan pemerhatian ke atas sifat semulajadi dan pengalaman hidup mereka.

Sekarang kita di zaman moden... apa kita kita gubal dan memodenkan peribahasa kita mengikut aliran zaman teknologi yg serba canggih ini...

1. Dahulu: Bagai Air Dicurah Ke Daun Keladi

Moden: Bagai Air Disiram Ke Daun Plastik (pokok hiasan)

2. Dahulu: Bagai Telur Dihujung Tanduk

Moden: Bagai Handphone Dihujung Antena Kereta

3. Dahulu: Bagai Aur Dengan Tebing

Moden: Bagai Guard Rail (pagar) Dengan Rubble Wall (tebing konkrit)

4.Dahulu: Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Moden: Berat masuk lori, ringan lu angkat lah sendiri

5. Dahulu: Genggam bara api, biar sampai jadi arang

Moden: Genggam kotak rokok, biar sampai jadi barah

6. Dahulu: Seperti lembu dicucuk hidung

Moden: Seperi Mat Punk dicucuk hidung

7. Dahulu: Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian

Moden: Berjetski-jetski ke hulu, berpapan luncur ketepian

8. Dahulu: Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak

Moden: Masuk kelab Disco breakdance, masuk kelab dangdut bergelek

Cukupler setakat 8 contoh yg aku dah beri ni, dan ingatlah cintailah bahasa kita, bahasa jiwa bangsa, jgn biarkan anak kita belajar bahasa melayu menggunakan sistem bahasa inggeris seperti yg telah terjadi dlm matematik dan sains... sekian...

Takkan Melayu Hilang Di Malaysia (Dunia)


Thursday, July 2, 2009

Bila menatap wajah mu

menatap wajahmu
tiba-tiba airmataku
berjujuran
entah kenapa
hatiku terguris

menatap gambarmu
aku jadi kelu
tak terucap kalimah
bungkam
menahan sebak didada

menatap tulisanmu
rupaku
berderau jantungku
berdegup gigil
seluruh tubuhku
menahan gelora
menghempas sukma

membaca mesej mu itu
lalu kutahu
siapa sebenarnya kamu
lalu akulah perindu itu
saban waktu
melukis setia
menitip tinta harapan
memintal segunung pengorbanan

lalu yang ku terima
kini adalah sisa-sisa
kehancuran yang merentap
sebuah harga diri
yang hilang entah ke mana,

lalu akulah itu
lelaki yang sering menyonsong angin...
keliru dan teraba-raba
antara siang dan malam
meneka dalam setiap kesamaran
mencari sinar pelangi
setelah hujan ribut berhenti.
Powered By Blogger