Friday, July 10, 2009

contoh peribahasa moden

Suatu waktu dahulu, peribahasa adalah merupakan bunga-bunga bahasa yg digunakan oleh org2 terdahulu berdasarkan pemerhatian ke atas sifat semulajadi dan pengalaman hidup mereka.

Sekarang kita di zaman moden... apa kita kita gubal dan memodenkan peribahasa kita mengikut aliran zaman teknologi yg serba canggih ini...

1. Dahulu: Bagai Air Dicurah Ke Daun Keladi

Moden: Bagai Air Disiram Ke Daun Plastik (pokok hiasan)

2. Dahulu: Bagai Telur Dihujung Tanduk

Moden: Bagai Handphone Dihujung Antena Kereta

3. Dahulu: Bagai Aur Dengan Tebing

Moden: Bagai Guard Rail (pagar) Dengan Rubble Wall (tebing konkrit)

4.Dahulu: Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Moden: Berat masuk lori, ringan lu angkat lah sendiri

5. Dahulu: Genggam bara api, biar sampai jadi arang

Moden: Genggam kotak rokok, biar sampai jadi barah

6. Dahulu: Seperti lembu dicucuk hidung

Moden: Seperi Mat Punk dicucuk hidung

7. Dahulu: Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian

Moden: Berjetski-jetski ke hulu, berpapan luncur ketepian

8. Dahulu: Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak

Moden: Masuk kelab Disco breakdance, masuk kelab dangdut bergelek

Cukupler setakat 8 contoh yg aku dah beri ni, dan ingatlah cintailah bahasa kita, bahasa jiwa bangsa, jgn biarkan anak kita belajar bahasa melayu menggunakan sistem bahasa inggeris seperti yg telah terjadi dlm matematik dan sains... sekian...

Takkan Melayu Hilang Di Malaysia (Dunia)


No comments:

Powered By Blogger