Friday, July 17, 2009

Asal usul permainan bola

1. Bola Sepak :-
Pernah berlaku salah paham di sebuah negara dunia ke tiga dalam sukan ini. Ini adalah kerana ada puak yang membaca huruf 'e' dalam perkataan 'sepak' secara 'e pepet', dan ada yang membaca secara 'e taling'. Mereka bertegang urat untuk memastikan bola sepak di mainkan dengan menyepak bola dengan kaki atau menyepak (lempang) bola dengan tangan. Akhirnya semua rakyat yang bergaduh itu mati kena tendang dan ditampar oleh Menteri Belia dan Sukan negara itu. Buat pengetahuan anda 'e pepet' takde kena mengena dengan sejenis kemaluan.

2. Sepak takraw :-
Pada asalnya sepak raga dimulakan oleh seorang suami yang panas baran. Si suami telah menyuruh si isteri pergi ke pasar untuk membeli kuih cekodok. Tetapi si isteri yang bodoh-bodoh alang itu telah membawa balik beberapa ekor kodok dalam raga yang selalu digunakan untuk pergi pasar. Dengan kemarahan berganda, si suami telah menyepak raga itu sekuat hati dengan cara lipat maut.

3. Bola Keranjang :-
Pada zaman Parameswara dulu, permainan bola keranjang hanya dimainkan oleh sepasang pengantin baru semasa majlis kenduri kahwin (lepas acara marhaban). Ianya bertujuan untuk memanaskan badan sebelum mereka berdua pergi ke ranjang.

4. Bola Tampar :-
Merujuk kepada peristiwa ngeri dalam sejarah bola sepak di atas, penyokong puak-puak yang mengatakan bola sepak sepatutnya dimainkan secara melempang bola dengan tangan telah mencipta permainan bola tampar ini. Menurut sumber yang boleh dipercayai (seorang pengawas pusat sumber), mereka telah melukis gambar Menteri Belia dan Sukan pada bola tampar itu untuk memastikan spike yang dilakukan sekencang cerita Moero Attack!

No comments:

Powered By Blogger