Sunday, March 25, 2012

Suapan Kasih Sayang


Amir dan Aisyah berada di meja makan. Aisyah menghulurkan nasi kepada suaminya.
“Abang, jemputlah makan.”
Amir menyambut pinggan daripada isterinya dan diletakkan di hadapannya. Dia menadah tangan dan berdoa,
“Ya Allah, berkatilah rezeki yang engkau kurniakan kepada kami dan jauhkanlah kami daripada azab neraka.”
Aisyah mengaminkannya.“Amin, semoga Allah memakbulkan doa kita. Abang, biar sayang ambilkan lauk untuk abang. Resepi malam ini istimewa untuk abang, suami Aisyah yang tersayang.”

Aisyah meletakkan lauk ke dalam pinggan suaminya.
“Rasalah masakan sayang. Sayang minta maaf kalau ada yang terlebih atau terkurang di mana-mana.”

Amir tersenyum dan merenung nasi di hadapannya.
“Kenapa abang tidak makan? Abang tengok sahaja nasi itu.”
Amir hanya tersenyum dan merenung lagi nasi di hadapannya.
“Abang rasa masakan sayang tidak sedapkah?”

Amir tersenyum dan berkata kepada isterinya,
“Sayang, abang tiada selera mahu makan.”
Aisyah terkejut dan bertanya kepada suaminya,
“Abang tidak sihat?”
Amir masih lagi tersenyum dan berkata,
“Abang sihat, tetapi tiada selera untuk makan. Sebabnya, sayang tidak suapkan untuk abang.”
Aisyah tersenyum mendengar kata-kata suaminya.

“Patutlah abang tiada selera mahu makan. Mahu suapan kasih daripada isteri rupa-rupanya.”
Aisyah mengambil lada yang berwarna merah terang .
“Mari Aisyah suapkan untuk abang.”
Amir tergelak sambil memalingkan mukanya ke arah sisi. Aisyah turut sama tergelak.
“Sayang tidak kasihan kepada abang? Lada itu pedas.”

Aisyah masih lagi tergelak.
“Abang tahu? Kalau sayang yang suapkan, lada yang pedas pun jadi manis. Itulah ajaibnya suapan kasih seorang isteri. Abang cubalah, lada ini manis rasanya. Mari sayang suapkan sekali lagi. Abang jangan mengelak pula.”

Amir membalas celoteh isterinya.
“Sayang tahu? Ada lagi yang lebih manis daripada lada itu. Bahkan lebih manis daripada madu.”
Aisyah tertanya-tanya.
“Apakah benda itu, wahai suamiku sayang?”
Amir mengambil lada di tangan Aisyah dan meletakkannya semula ke atas meja.
“Isteri abanglah yang paling manis.”

Aisyah tersenyum.
“Pandai betul abang mengembirakan hati Aisyah. Kalau macam ini, hari-hari kita bercinta di meja makan pun Aisyah sanggup. Mari Aisyah suapkan nasi untuk abang.”

Amir memandang isterinya dan berkata,
“Aisyah tidak akan suapkan lada untuk abang, bukan?”
Aisyah tergelak, kemudian Aisyah menyuapkan nasi untuk suaminya. Selepas itu, Amir pula yang menyuapkan makanan untuk Aisyah. Mereka berbalas-balas suapan.

-ADAKAH KITA BEGITU ROMANTIK???

Saturday, March 24, 2012

sABAR LAH SAYANG i LUV u


Seorang penjahat telah melarikan diri dari penjara setelah dia dihukum penjara 20 tahun. Dalam pelarian, dia menemui sebuah rumah banglo dan berjaya masuk kedalam rumah itu untuk mencuri wang. Tetapi yang ditemui hanya sepasang pengantin baru yang sedang tidur di atas katil. Penjahat itu memerintahkan pengantin lelaki turun dari katil dan mengikatnya dikerusi.
Kemudian sambil mengikat tangan pengantin perempuan di kepala katil, penjahat itu telah mencium lehernya, lalu bergegas ke bilik mandi.

Sementara si penjahat berada di bilik mandi, suami telah berbisik kepada isterinya : “Istriku, orang ini penjahat yg kejam yg telah lari dari penjara. Lihat saja baju yg dipakai, dia mungkin sudah lama dipenjara dan belum pernah menyentuh wanita dalam waktu lama.Aku lihat bagaimana tadi dia mencium lehermu. Jika dia ingin mengadakan hubungan seks denganmu, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya. Berikan dia kepuasan yg maksima. Orang ini berbahaya, jika marah, dia boleh membunuh kita. Jadi bertahanlah sayang. I Love You…”

Sang istri menjawab, “Dia tidak mencium leherku. Tapi dia berbisik ke telingaku. Dia beritahu dia homo dan katanya abang seksi sekali dan dia bertanya dimana saya simpan body lotion ? Saya jawab di bilik mandi. Saya rasa dia ingin mengadakan hubungan seks dengan abang, ingat abang jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya. Berikan dia kepuasan yg maksima. Dia tu berbahaya jika marah, Jadi bertahanlah sayang. I Love You too…”

TIADA KENA MENGENA DGN SAPA2 SEKADAR GURAUAN :))

Friday, March 23, 2012

Punca Gadis lari dari rumah



Tentu kita pernah dengar ada dikalangan “couple” yang sengal telah menggunakan panggilan yang paling cantik sebelum nikah! Dalam perbualan atau mesej mungkin begini.., “sayang buat apa tu?”.., “abang, kita jumpa kat warung yea malam ni”... "B u dah mkn ke teman baby mkn blh"...dan banyak lagilah gaya-gaya yang pernah aku dengar dan lihat daripada kawan-kawan.

Akibatnya dengan panggilan yang cantik.., bila sembang dalam handphone, lelaki rasa tergoda gara-gara perempuan bersuara manja. Mana-mana ada silap salah.., “tidak mengapa, ayang maafkan”. Yang lagi hebat, hantar mesej atau bergayut dengan suara yang mengairahkan tetapi ditopengkan dengan hujah “keagamaan”. Kononnya ingin mendidik pasangan sebelum nikah tetapi sebenarnya tersilap langkah!

Itulah apabila terasa nikmat dalam buat maksiat! Ditahap ini, mereka tidak akan merasa berdosa lagi bahkan jauh sekali untuk bertaubat! Ada sahaja jalan yang dihalalkan walaupun haram!

Semuanya berpunca dari titik-titik pertemuan yang berlandaskan nafsu syahwat. Lelaki atau perempuan yang belum ada pasangan.., mulalah gatal tangan meletakkan gambar dalam laman sosial (misalnya facebook) yangmana bagi lelaki itu gambar yang paling handsome sekali.., dan bagi perempuan plak dengan meletakkan gambar yang paling cantik, comel dan seksi!

Soal agama dan akhlak ditolak ketepi terlebih dahulu. Yang penting kehendak nafsu dituruti. Lepas puas hati tengok gambar yang ala-ala mengoda, lalu nafsu mengajak untuk berjumpa(dating). Diminta nombor handphone agar mudah berhubung, lalu berjumpalah untuk mengenali lebih dekat.

Semakin dekat, risiko untuk buat maksiat lagi tinggi! Tambah lagi kalau jumpa di tempat yang sunyi.., aku berani kata “confirm!” mesti tangan menjadi gatal nak berpegang tangan walaupun baru sahaja kenal!

Oh, syaitan sungguh kreatif!
Bisik syaitan..,“sekali je cuba.., lepas ni kalau tak cuba, bila lagi nak rasa”.

Apabila sampai saat lelaki bercakap dengan manis dan perempuan cakap dengan manja.., tangan mula dah rasa miang. Maka terjadilah “ulat bulu dah naik daun”.

Sekali dah cuba, terasa kenikmatan.., ingin buat lagi lain kali. Kalau dulu nak pegang tangan rasa malu tapi apabila “berdating” lagi.., pegang tangan dah jadi biasa. Disaat ini rasa bersalah tidak ada lagi kerana telah rasa biasa dengan dosa!

Seterusnya berlakulah percumbuan, meraba-raba, berpeluk dan akhirnya.., benih yang haram bertemu! Jika ditakdirkan mengandung, mulalah rasa gelisah! Jika tidak, terus melakukan dosa tanpa rasa bersalah!

Jika si lelaki tidak mahu bertanggungjawab apabila si perempuan mengandung.., maka si perempuan pergi report polis atas alasan kena rogol. Maka keluarlah muka depan surat khabar kosmo... “pelajar kolej dirogol”. Sengal! Padahal buat suka sama suka!

Jika “benih” yang disalurkan secara haram dibiarkan.., si prerempuan akan membuat dua pilihan. Gugurkan atau buangkan bayi apabila dilahirkan. Itu sahaja jalan penyelesaian bagi mereka yang buta mata hati! Sungguh jijik dan kotor berperangai begitu!

“satu kejahatan akan diiringi dengan kejahatan yang lain!”

Sudah melakukan persetubuhan yang haram.., dilakukan pula langkah seterusnya dengan membuang “anak haram”.


Wednesday, March 21, 2012

Perkara wanita perlu tahu tentang lelaki


jom kita bercakap pasal lelaki …agak-agak kaum hawa berminat tak nak tahu mengenai fakta ni erk?..mesti ada kan…mungkin fakta yang tah siapa yang reka ni dapat membantu kaum hawa untuk mengenali kaum lelaki ..mungkin tidak secara mendalam..tapi secara amnya..Yela,sebab bukan semua lelaki sama sifatnya..maksudnya setiap manusia ada perangai yang berbeza-beza..tapi ciri-ciri yang di senaraikan dekat bawah ni mungkin ciri-ciri yang umum bagi setiap lelaki..Cukuplah sekadar untuk kaum hawa memahami secara luaran seorang lelaki yang bersama mereka..ciri-ciri spesifik bagi seseorang lelaki itu mungkin kita dapat ketahui bila kita rapat dengannya…

Contohnya teman lelaki korang mesti korang tahu lebih mendalam kan perangai dorang macam mana..apa yang diorang suka atau tak suka..begitu juga suami atau ayah dan juga abang korang..pendek kata mereka yang bergelar lelaki lah..Jom kaum hawa buat check list sama ada korang dah tahu belum pasal perkara-perkara ni :


1. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”.Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?”

2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.

3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.

4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.

5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.

6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.

7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.

8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.

9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.

10. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.

11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya “Awak yang kuat melayan”.

12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.

13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.

14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.

Monday, March 19, 2012

TINTA UTK SAHABAT


Buat sahabat ku...Wah terkejut aku kau muncul...Bagai ku seru..Kau ada...sungguh aku tak percaya...Tersenyum sendirian...Gembira...Mengalir airmata...Gembira...Kau membisu...Aku tanya kenapa...Kau diam...Kau tak biasa...Itu tak penting...Kau sudah coba...Bicara kita singkat
sekali...Harapan ku kau gembira...Kau sahabat kau teman...Kau sering buat ku ketawa...Berbagai cara ingin meceriakan aku...Tersenyum aku sendirian...Usah kau ragu...Tiada yang dapat pisah persahabatan kita...Karerna ia adalah undangan dari yang esa...Dia yang memberi laluan
untok mu...Bertemu aku...Maka usah kau gusar...Usah ada sedih di hati...kau dan aku...Akan terus bersama...Bagai ombak yang tak jemu menyapa pantai....KHAS BUAT SHABAT

Sunday, March 18, 2012

.: RAHSIA WANITA :.


1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

Friday, March 16, 2012

kelebihan merokok


Kelebihan-kelebihan merokok
1. Menjadikan perokok seorang yang penyabar
Walaupun batuk-batuk dan tersedak sampai jantung rasa macam mau tercabut, tetapi si perokok tetap akan bersabar dengan keadaannya dan meneruskan aktiviti merokok seperti biasa.

2. Tidak membazir duit
Duit yang dimiliki oleh perokok tidak akan terbazir begitu saja akibat dicuri pencuri kerana banyak daripada duit tersebut dilaburkan ke dalam pelaburan membeli rokok.

3. Mengawal populasi penduduk dunia
Penduduk dunia yang semakin hari semakin pesat bertambah bilangannya dapat dikawal daripada menjadikan bumi terlampau sesak dengan mati awalnya golongan-golongan perokok.

4. Membuatkan bumi kelihatan hijau
Tanaman tembakau yang diperlukan untuk membuat rokok dapat menyuburkan lagi bumi dan membuatkan bumi sentiasa kelihatan hijau.


5. Menjadikan perokok awet muda
Mereka sentiasa akan menjadi muda kerana kebanyakan perokok mati di usia yang muda dan jarang yang hidup sampai ke usia tua.

6. Sikap peramah terbit dalam diri
Perokok sering merokok di kawasan-kawasan awam dan mereka selalu bersikap peramah dengan memberikan asap rokok percuma kepada semua orang walau pun tidak pernah kenal.

7. Jimat kos ubat nyamuk
Asap rokok yang dihembuskan boleh diguna untuk menghalau nyamuk-nyamuk daripada menggigit badan perokok tanpa menggunakan ubat nyamuk.

8. Membantu meningkatkan gaji cleaner
Pakcik-makcik cleaner senang dapat gaji overtime bila sepanjang masa ada saja puntung atau abu rokok yang perlu dibersihkan mereka.


9. Menambah pendapatan para doktor
Setiap hari pesakit yang disebabkan oleh rokok menjadi semakin bertambah dan ini menambahkan bilangan masa bekerja bagi para doktor seterusnya meningkatkan pendapatan mereka.

10. Membawa orang sekeliling merasai penderitaan
Keluarga dan rakan-rakan si perokok dapat merasai penderitaan si perokok melalui asap rokok yang merosakkan kesihatan mereka semua.

11. Tidak perlu menghidu bau-bauan di jamban
Dengan menghisap rokok, perokok tidak akan terhidu bau tahi sebaliknya mereka hanya akan terhidu bau asap rokok dan ini akan memudahkan lagi kerja mereka.

12. Melepaskan stress perokok
Orang yang menghisap rokok tau mereka akan mati awal dan sebab itulah mereka kembali tenang kerana bila mereka sudah mati sudah tentu mereka tidak akan stress lagi.

So perokok-perokok sekalian, teruskan merokok.
Hiduplah dengan pantas, matilah dengan cepat,

Wednesday, March 14, 2012

bilakah lelaki benar2 jatuh cinta


Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejtkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA
Kepada semua wanita yang bertuah menerima cinta sebegini dari seorang lelaki… Hargailah mereka seadaanya…

Tuesday, March 13, 2012

2 perkara yg perlu kita igt dan 2 perkara yg perlu kita lupakan


‎2 Perkara yang perlu kita ingat :
1- Kebaikan orang kepada kita hendaklah selalu diingat. Orang yang pernah menolong kita dengan nasihat, wang ringgit, tenaga dan sebagainya perlu diingat. Jika boleh, dibalas dengan budi yang setimpal atau lebih. Ini akan menyebabkan kita mudah menjadi orang yang pemaaf kerana merasakan kebaikan orang lain melebihi kesalahannya. Lebih-lebih lagi nikmat Allah kepada kita perlu disyukuri, perlu selalu diingat dan disebut-sebut sebagai tanda kesyukuran dengan lidah dan hati. Firman Allah yang bermaksud "Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur)" (Surah ad-Dhuha : 11)
2- Hendaklah sentiasa ingat kesalahan kita kepada orang lain agar terdorong kita untuk meminta maaf. Inilah yang akan membuahkan kasih sayang sesama manusia kerana Allah. Berazamlah untuk tidak mengulangi kesalahan seperti itu lagi. Lebih perlu kita mengingati dosa-dosa dan kederhakaan kita kepada Allah. Ini akan menimbulkan rasa insaf, takut, menyesal yang akhirnya mendorong kita bertaubat kepada Allah. Ingatlah, bahawa dosa yang menyebabkan kita menangis lebih baik dari kebaikan yang menimbulkan rasa takbur
2 Perkara yang perlu kita lupa :
1- Jangan sekali-kali mengungkit jasa dan kebaikan kita kepada orang lain. Hakikatnya kita hanya menjadi wasilah kepada nikmat Allah yang hendak diberikanNya kepada manusia lain. Sikap mengenang dan mengungkit kebaikan diri ini akan membatalkan amal. Jadi, apabila kita membuat kebaikan kepada orang lain, cuba rasakan seolah-olah kita tidak pernah berbuat baik kepadanya. Lebih-lebih lagi, perkara yang perlu kita lupakan adalah segala amal ibadah yang telah kita lakukan kepada Allah. Perbuatan mengingati ibadah yang telah dikerjakan hanya akan mencalar keikhlasan. Sedangkan segala-galanya dilakukan atas hidayah Allah jua. Oleh sebab itu, setelah beramal rasakan seolah-olah kita tidak beramal. Dengan itu kita akan selamat daripada rasa ujub, sum'ah, riyak atau bangga diri
2- Anggaplah seolah-olah tidak ada sesiapa yang bersalah dengan kita. Ini akan membantu kita mengawal rasa marah dan dendam. Kita hanya hamba Allah, bukan tuan lebih-lebih lagi Tuhan dalam kehidupan ini. Jadi, apabila hamba Allah yang lain melakukan kesalahan kepada kita anggaplah kita layak untuk disakiti kerana kita hanya hamba Allah. Lebih-lebih lagi yang perlu kita lupakan adalah segala kesusahan, ujian, musibah atau malapetaka yang Allah timpakan. Sedarlah bahawa, kesakitan, kematian, kerugian, kemalangan, kegagalan dan malapetaka alam seperti gempa bumi, banjir, kemarau, ribut taufan, tsunami, wabak penyakit, kemelesetan ekonomi dan sebagainya itu hanya mehnah daripada Allah untuk memujuk manusia kembali kepadaNya

Wednesday, March 7, 2012

TAHUKAH ANDA MAKSUD 5 JARI SECARA MENDALAM???


Tahukah Anda...?

1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.

3. Put your hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan start dr kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri impact/kesan yg besar pd masa depan.

4. Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm jari manis. Ms remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.

7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa2 rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita

Tuesday, March 6, 2012

CIRI WANITA PISAU CUKUR


1. Di awal perkenalan di sia banyak memainkan peranan menggoda lelaki dengan menggunakan semua aset yang dimilikinya.
2. Perempuan pisau cukur ini kebanyakannya lemah lembut, manis dan bijak berkata-kata. Pada mulanya si dia tidak minta apa-apa tetapi lama-lama botak kepala lelaki mengadakan setiap permintaannya.
3. Perempuan pisau cukur berperwatakan seperti perempuan mewah yang memiliki segalanya. ini adalah untuk menyakinkan lagi lelaki bahawa dia tidak memerlukan harta lelaki untuk jadi
senang. Namun harus diingat semua itu hanya berlakon semata-mata
4. Agak seksi dan menggoda. Maklumlah cara ini sahajalah yang boleh membuat lelaki cair.
5. Biasanya mempunyai sejarah pahit dalam kehidupan mereka. Umumnya mereka ini anti lelaki. Contohnya anak jadi mangsa rogol ayah sendiri. Apabila usianya semakin meningkat, dia merasakan semua lelaki tidak boleh diharap dan dia menanam hasrat untuk membalas dendam pada semua lelaki.
6. mula minta itu dan ini setelah agak lama berkawan. teteapi kebiasaannya ia akan bermula sedikit demi sedikit. Mungkin di awalnya si dia akan minta lelaki tersebut hadiahkannya telefon bimbit sahaja. tetapi selepas itu sikit demi sedikit dia mainkan peranan.
7. tidak ada perasaan cemburu ataupun mahu mengakhiri hubungan dengan perkahwinan. tidak kisah walaupun tahu lelaki itu sudah berkahwin asalkan banyak harta perempuan pisau cukur tetap akan goda sampai dapat.
8. Mudah untuk di bawa ke mana-mana sahaja tanpa ada sebarang sekatan. Apa yang penting tempat yang dituju boleh memberi banyak manfaat padanya contohnya bershopping.
9. Akan merahsiakan latar belakang keluarganya. Walaupun kamu sudah berkawan dengannya hampir 2 bulan. tetapi kamu masih tidak tahu dari mana asalnya dan siapa ibu bapanya. Apabila di tanya dia lebih suka mengelak.
10. Apabila lelaki yang dikikisnya sudah tidak boleh beri apa-apa manfaat padanya lagi. dengan mudah dia mencari kesalahan lelaki tersebut. Biarpun apa yang dikatakannya tidak masuk akal.
tetapi alasan-alasan yang di ciptanya memang sukar untuk di bidas.

Monday, March 5, 2012

10 rahsia cinta

1. Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa yang aku hormati dalam diri mereka?”.

3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.

4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih berertibersama - sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatanadalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..

6. Kekuatan untuk melepaskan
“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajaruntuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.

7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan…dan sekarang…kenapa kamu menunggu?

8. Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan semangat.
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat.

10. Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan - akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

PAPAN TANDA CINTA

‎8 PAPAN TANDA LALU LINTAS CINTA

Percintaan sebenarnya boleh diibaratkan seperti kita berada di jalan raya. sepanjang perjalanan kita pasti akan melihat tanda lalu lintas yang memberi peringatan untuk lebih berhati-hati supaya dapat mengelakkan kemalangan. Begitu jugalah percintaan kamu.. Oleh itu, patuhi peraturan berikut:-

DILARANG U-TURN :... Sekiranya sudah putus sebaliknya jangan berpatah balik. Buat sakit hati sahaja. Yakinlah kamu akan dapat bertemu dengan pengganti yang lebih baik darinya. JALAN DUA HALA : Komunikasi dalam bercinta harus ada dua arah. Jangan hanya dimonopoli oleh satu pihak bersuara maka satu pihak lagi cubalah untuk menjadi pendengar yang baik dan setia. Begitulah berlaku sebaliknya.

SEDANG DALAM PEMBINAAN : Hubungan kamu dan dia baru sahaja hendak dibaik pulih, dengan proses persefahaman semula. Laluilah jalan ini terus tetapi secara perlahan-lahan. Jangan terlalu memaksa dan terdesak. Jangan ungkit lagi masalah lama dan mulakan pengalaman baru.

PEJALAN KAKI : Biarkan si dia berlalu dan jangan terlalu mengharap padanya. Mungkin dia belum lagi ada rasa untuk bercinta. Banyak lagi jalan lain yang boleh ikuti.

JALAN BENGKANG BENGKOK : Perjalanan hubungan kamu dan dia masih jauh lagi dan penuh berliku. Setiap perhubungan pasti ada masalah. Jangan mudah tidak tepati janji.

JALAN SEMPIT : Ini harus berhati-hati, kamu dan dia semakin melalui jalan sempit. Andainya tidak bertolak andur pasti akan menghadapi bencana. Oleh itu sekiranya kamu sedar akan masalah ini cubalah bersikap mengalah dan tidak hanya mementingkan ego sendiri. AWAS!

JALAN BERBUKIT : Hati-hati! Hubungan kamu sedang berhadapan dengan masalah. Jangan terlalu cepat membuat keputusan yang merugikan kamu. Fikir sebaik-baiknya, cuba harungi dahulu barulah kamu fikir jalan lain.

JARAKKAN KENDERAAN : Biarpun kamu berdua sudah 'declare' sebagai kekasih namun kamu patut beri ruang pada si dia untuk hal-hal peribadi. Janganlah terlalu mengongkong dan setiap masa untuk bersama. Namun jangan pula terlalu jarak sehinggakan memberi ruang padanya berkenalan dengan orang lain. Itu lebih bahaya!!!

** hati-2 memandu ye kawan-2 semua...:)

Monday, February 27, 2012

Adakalanya Diam Lebih Baik


Ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', usah gusar di label 'budak yang pendiam'. Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.
Pepatah Melayu,"Diam-diam ubi berisi"atau"Diam-diam tong kosong"
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka. Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia.Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
Kata-kata hikmah dari berdiam:

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG.
KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah
lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Sunday, February 26, 2012

PAPA LOVE U ALL


As Salam dan salam sejahtera kepada sahabat2 FB dan blog saya yg tak jemu2 membaca coretan sama ada nasihat atau pun panduan..rindu sekali dgn zaman kanak2 saya..bermain air hujan, mandi sungai sambil telanjang bulat, panjat pokok rambutan jiran, main tembak2 dlm hutan, menangkap ikan disawah dan mcm2 lg pengalaman zaman kanak2 yg tak dpt dilupakan. Saya tahu rakan2 semua juga mempunyai pengalaman yg hampir sama. Tetapi setelah dewasa dan mempunyai keluarga sendiri, menetap pula di ibukota KL pengalaman2 tersebut hanya menjadi cerita dongeng kpd anak2.
Anak2 zaman sekarang di bandar2 lebih mengenal permainan video game dari game2 tradisional yg tak lapuk dek zaman. Untuk tdk menghampakan anak2 saya cuba membawa mereka kezaman saya dulu tetapi dgn cara yg amat berbeza sekali. Membawa mereka berenang dikolam renang, mandi air laut (yg tak brp jernih) serta menghantar anak2 ke pusat latihan bolasepak atau akademi bolasepak. Jka zaman saya dahulu belajar bermain hanya bersama kwn2 dipadang sekolah dan jurulatih hanya abang2 yg lebih dewasa namun kegembiraan lebih terasa kerana tiada had masa yg ditetapkan serta percuma. Inilah bezanya bandar dan desa.
Demi tdk menghampakan anak2 kita sbg ibubapa lebih rela mengeluarkan belanja agar mereka gembira dlm mengejar cita2. Namun keriangan zaman kanak2 pd tahun 80an sudah pasti amat berbeza dgn kanak2 zaman sekarang. Agak2 kalau dpt blk zaman kanak2 mmg saya takkan tolak. Lebih baik akan saya lakukan demi masa depan sendiri dan keluarga....kpd anak2 yg saya amat sayangi hope u all enjoy with ur life..hidup didunia hanya sekali jd nikmatilah dgn sebaik2nya...
Abah sayang anak2 abah kesemua sekali..tiada perbezaan..jdlah adik beradik dan juga sahabat sejati..abah doakan anak2 abah berjaya didunia dan akhirat InsyaAllah..Jika abah pergi meninggalkan anak2 abah..abah bersyukur kerana telah diberi peluang memberi didikan dan ilmu kpd anak2 abah..u all adalah anak2 terbaik pemberian Ilahi kpd abah..kpd isteri yg disayangi..u are the best women in my life..PAPA LUV U ALL---:)

Saturday, February 25, 2012

LoVe Is ThE KeY


if you love some one because you think that he or she is really gorgeous ….then it’s not love .. it’s "Infatuation"...
If you love some one because you think that you shouldn’t leave him because others think that you shouldn’t … then it’s not love.. it’s "Compromise"...
If you love some one because you think that he or she is really gorgeous ….and u want them whatever the situation….then its’s notlove.. it’s "Lust"...
If you love some one because you have been kissed by him … then it’s not love..it’s Inferiority complex"
BUT…
If you feel the pain of the other person more than him even when he is stable and you cry for him … that’s 'LOVE"...
If you get attracted to other people but stay with him without any regrets… that’s "LOVE"...
If you let him go knowing that he has to go but he doesn’t want to … that’s "LOVE"
“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”

Life is an opportunity, benefit from it.
… Life is beauty, admire it.
Life is bliss, taste it.
Life is a dream, realize it.
Life is a challenge, meet it.
Life is a duty, complete it.
Life is a game, play it.
Life is a promise, fulfill it.
Life is sorrow, overcome it.
Life is a song, sing it.
Life is a struggle, accept it.
Life is a tragedy, confront it.
Life is an adventure, dare it.
Life is luck, make it.
Life is too precious, do not destroy it.

Life is life, fight for it.

Friday, February 24, 2012

tips utk pasangan ketika hamil


Akhlak Suami kepada Isteri yang hamil
Sebagai suami , kita mestilah mempunyai akhlak yang baik dan memperlakukan isteri dengan baik tambahan pula di sedang hamil. Suami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah:

- sentiasa bersikap kasih sayang terhadap isteri.
- sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.
- jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam
- keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba
- mengingati keadaan manis dan jasa isteri.
- Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.
- jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.
- hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.
- bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.
- cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.
- berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat. Tenagkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.
- bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah.

Akhlak Isteri terhadap suami ketika hamil
- menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami
- menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji.
- Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hokum Allah.
- jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.
- hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.
- apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.
- berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.
- jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.
- jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.
- jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.
- jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri.


PANTANG LARANG ORANG MELAYU KETIKA MENGANDUNG
Pantang Larang Orang Melayu Tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman.

Pantang Larang Wanita Hamil

1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.

2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.

3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.

4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.

5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.

6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.

7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.

8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.

9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.

10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.

11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.

12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.

Pantang Larang Ke Atas Lelaki

1. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.

2. Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan.

3. Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.

4. Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati.

5. Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu.

6. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang.

Pantang Larang Bayi

1. Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan ‘semangat’ kerana ditakuti menjadi kurus.

2. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan.

3. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut.

4. Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan cakap.

5. Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan pada pusatnya kerana dikatakan pendek umur.

6. Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut.

7. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum, ketawa dan ingin menangis. Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya.

8. Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.

Pantang Larang Ketika Berdiri

1. Tak boleh kencing berdiri, nanti punggung dijamah hantu.

2. Tak boleh berdiri tertindih kaki, dikatakan akan jauh rezeki.

Pantang Larang Ketika Makan

1. Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding.

2. Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu.

3. Makan pisang kembar, akan beranak kembar.

4. Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu.

5. Makan sisa anak, anak akan degil.

6.. Tidur selepas makan, nanti perut buncit.

7. Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut.

8. Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang.

9. Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki.

10. Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua.

11. Makan telur tembelang, mendapat penyakit barah.

12. Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak bibir sumbing.

13. Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh.

14.Makan berlunjur,akan jadi pemalas.

15.Makan mencangkung, payah dapat rezeki.

Pantang Larang Sewaktu Tidur

1. Tidur di muka pintu, alamat dilangkah hantu.

2. Tidur di atas pokok, nanti dimakan langsuir.

3. Tidur di atas sejadah,nanti dihinggap kurap.

4. Tidur selepas makan, nanti ditindih hantu.

5. Tidur melekat nasi di kaki, nanti mimpi hantu.

Pantang Larang Ke Atas Perempuan

1. Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.

2. Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.

3. Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin.

4. Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.

5. Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh.

6. Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua.

7. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial.

8. Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama.

9. Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap.

10. Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja.

11. Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.

12. Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki.

13. Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial.

14. Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai.

15. Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang.

Pantang Larang Kanak-Kanak
1. Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul.

2. Tak boleh memotong kuku waktu malam, nanti pendek umur.

3. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.

4. Tak boleh jelir lidah, nanti lidah terpotong.

5. Makan kepala ikan, nanti menjadi bodoh.

6. Dilarang mengangkat kaki ketika meniarap, nanti emak mati.

7. Tak boleh menunjuk pelangi, nanti jari kudung.

8. Tak boleh makan dalam gelap, dikatakan makan dengan iblis.

9. Dilarang bermain atau keluar rumah waktu senja, nanti disorok hantu.

10. Tak boleh gigit kain, nanti gigi berulat.

11. Hempedal ayam tak boleh dimakan, nanti susah bersunat.

12. Dilarang bercakap dalam tandas, nanti mata ketumbit.

Pantang Larang Di dalam Hutan
1. Jika sesat di hutan, jangan tidur di tepi sungai, nanti dimakan hantu.

2. Dilarang pegang pokok merah, nanti badan menjadi gatal.

3. Jangan tidur di atas pokok jika sesat, nanti dilapah hantu.

4. Dilarang bercakap besar ketika di hutan, nanti mendapat bencana.

5. Pantang bersiul di hutan, nanti disambar langsuir.

6. Jangan melaung di tengah hutan, nanti disahut hantu.

7. Jika terdengar sahutan, jangan dijawab, dikhuatiri suara hantu.

8. Jangan mengambil batu atau benda ganjil di hutan, takut berpenunggu.

9. Dilarang menegur sesuatu yang aneh atau ganjil dihutan, nanti dirasuk atau dapat malang.

Pantang Larang Di Sungai
1. Jika nampak air berpusar, jangan hampiri, alamat buaya bergerak atau mengiring.

2. Jika ikan toman membawa anak, jangan melintas di hadapannya, nanti dilompati ke perut.

3. Jika terdengar suara semacam kerbau di tebing sungai, alamat ada buaya mengawan.

4. Dilarang bawa limau purut, nanti dibaham buaya.

5. Jika suara perempuan terdengar waktu Maghrib, alamat hantu pari sedang berpesta.

6. Jika kail disambar gondang (siput besar) , alamat rezeki mendatang.

Pantang Larang Ketika Duduk

1. Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul.

2. Tak boleh duduk atas tangga ketika Maghrib, nanti dirasuk hantu.

3. Tak boleh menggoyang kaki, nanti tak lepas hutang.

4. Tak boleh duduk di beranda tangga, nanti payah rezeki.

5. Tak boleh duduk atas lesung, nanti berkudis dubur.

Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Wednesday, February 22, 2012

PETUA MELAYAN ISTERI


PETUA MELAYAN ISTERI
Ini kena dengan time gini...time masing2 dah ngantuk nak tidur...

1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium….

2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love you ebih mudah.

3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…

6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.

7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.

8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan, dada atau bahu anda.

Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat. Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim. Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.

Tuesday, February 21, 2012

5 Perkara Yg Wanita Inginkan Dari Lelaki

Kebanyakan lelaki menganggap wanita ni kompleks dan sukar untuk difahami. Tambahn pula, setiap manusia mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza. Tapi secara am nya, apakah yang wanita harapkan dari lelaki dan apakah perkara yang wanita mahu dalam hubungan ?

Okay, kali ni saya nak kongsikan 5 perkara yang wanita inginkan dari lelaki.

1. MASA

Wanita ingin merasa dirinya penting. Jika mereka dah betul-betul serius dalam sesuatu hubungan, mereka ni tak akan berhenti merancang masa depan diorang. Complete dengan nama-nama anak dan rumah idaman. Jadi, korang patut luangkan lebih masa dengan diorang ni. Tapi korang kena jugak bagi kebebasan kat diorang luangkan masa untuk keluarga dan kawan-kawan diorang.

2. KEJUJURAN DAN KETERBUKAAN
Wanita akan selalu meragui pasangannya disebabkan takut ditipu atau terlebih yakin. Lelaki patut jawab semua pertanyaan mereka meskipun itu soalan remeh seperti “ U rasa I ni makin gemuk ke?’, “dia tu lagi cun dari I ke ?“. Biarkan wanita tahu apa yang korang fikir sebab wanita kan lebih konfiden dan bangga dengan pasangan diorang kalau mengakui apa yang tak kena atau apa-apa je yang menganggu diorang.
3. PERASAAN SELAMAT

Korang tak perlu lah sampai bina badan untuk buat wanita rasa selamat. Selamat di sini bermaksud selamat dari segi kewangan, emosi, ataupun kebimbangan. Jadi lebih matang dan pertahankan dia. Biar dia tahu yang korang boleh buat keputusan dan tegas dengan keputusan tu. Kebanyakan wanita suka bila pasangan diorang sentiasa memimpin dan ada cara untuk melindungi diorang. Sentiasa bersama dengan diorang dalam keadaan yang sukar walaupun masalah tu berpunca dari diorang.



4. JAGAAN PENUH KASIH SAYANG
Semua wanita suka dijaga dengan baik dan dilayan secara istimewa. Korang patut periksa keadaan kekasih korang dari masa ke semasa walaupun tanpa sebab.Sentiasa lawati diorang walaupun diorang tak sakit dan luangkan masa untuk dia seperti masakkan makanan faveret dia ataupun baiki barang-barang dia, Wanita yang membesar tanpa ayah biasanya akan cari pasangan yang lebih tua sebab diorang perlukan lebih perhatian dan jagaan.


5. BUAT KEJUTAN
Kadang-kadang wanita mengharapkan terlalu banyak dari lelaki sebab tu diorang selalu kecewa. Buat surprise yang dia tak jangka akan ceriakan dia serta buat dia rasa lebih disayangi. Ini bergantung pada daya kreativiti korang lah.

Wanita ni sememangnya berbeza dari lelaki tapi sama ada lelaki atau wanita, kita semua ingin disayangi kan? Kadang-kadang perkara yang paling kecik pun boleh buatkan perbezaan yang besar.

Wednesday, February 1, 2012

tips bertudung

TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh.

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :) .

Sunday, January 22, 2012

Kenyataan lawak Samy Vellu

Buat pengetahuan Anda, Samy Vellu sudah meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun. Mesti ramai “peminat” yang akan merinduinya terutamanya kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun. Seperti Perdana Menteri kita pernah sebut dalam persidangan BN 2010 yang lalu, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna, kadang- kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.

Di bawah ini adalah koleksi Ayat-ayat kelakar sepanjang Zaman oleh Samy Vellu:
1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong disini."
Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan? dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab,
"Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Tol naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini tol saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:
"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untukdidekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

Friday, January 13, 2012

KETENANGAN YANG AKU INGINKAN!!!!

Salah kah apabila aku hanya inginkan satu kedamaian?
Kedamaian yang membawa ketenangan,
ketenangan yang membawa keceriaan,
dan keceriaan yang akan membawa aku
terus bersemangat menghadapi hari-hari esok....

Aku bukanlah seorang yang bisa menipu diri dengan senyuman dibibir,
aku bukanlah hipokrit seperti sesetengah insan
yang cuba berselindung di sebalik senyuman manis di bibir,
aku bukan seperti mereka yang kekal tersenyum walaupun diri dilambung ombak...

Aku adalah insan yang lemah,
dilihat dari luaran,
akulah insan yang tabah, cekal dan kuat,
namun ketahuilah,
hatiku tidak setabah diriku,

Tatkala dugaan melanda,
air mata adalah segala-galanya
bersama tatkala duka,
dan tak akan hilang tatkala suka.

Andai saja aku bisa lari dari segala masalah
ingin sahaja aku lakukannya
namun aku tidak mempunyai kekuatan untuk melakukannya..
jiwa ku kosong,
jiwa ku pedih
dan jiwa ku sakit dihimpit resah..

Apabila diri menguasai akal,
aku masih mampu berdiri dan berjuang untuk hidupku,
namun apabila akal menguasai diri..
Siapakah aku?

Powered By Blogger