Sunday, June 28, 2009

Kenapa Kerbau Hitam??

Pada zaman dahulukala lembu dan kerbau berkawan baik. kemana sahaja mereka akan bersama-sama. Susah senang mereka bersama. Pada suatu hari, hari agak panas dari biasa Mereka berdua seperti biasa berjalan-jalan cari makan. Sampai di satu padang rumput mereka pun makan bersama-sama. Lepas tu mereka pun merayau-rayau di tepi hutan.

Maka bertemulah sebuah kolam. "Jom kita mandi" si lembu mengajak si kerbau. " Boleh juga, aku panas ni, bolehlah kita menyejukkan badan" Merekapun menanggalkan baju mereka dan meyidai baju merka di atas satu tunggul mati. Mereka pun mandi dengan gembira sambil menyanyi-nyanyi. Wah bukan main seronoknya mereka. Tiba-tiba si lembu terasa seluruh badannya amat gatal. " eeeee…..gatalnya…badan aku" sambil tergaru-garu. " Ye la…aku pun gatal amat ni" Kata kerbau. Rupa-rupanya ada pokok tukas di tepi kolam. Buahnya masak ranum dan banyak yang gugur kedalam kolam. Buah tukas memanglah gatal.

Apa lagi mereka pun bergegas naik ke atas. Terus di sambarnya baju mereka. Terus mereka bergegas balik ke rumah masing-masing. Tiba di rumah masing-masing barulah mereka perasan mereka tertukar baju. Si kerbau pakai baju hitam lembu, kecik dan sendat. Kolar bajunya sendat hingga mejerut leher. Si Lembu pula pakai baju kerbau putih bercorak tompok-tompok hitam-cantik! longgar dan selesa. Se kerbau pergi kerumah si lembu untuk dapatkan bajunya kembali. Namun si lembu tidak mahu memulangkan baju kerbau. Sebab dia rasa selesa dan cantik. Berkali-kali si kerbau cuba meminta dikembalikan, namun si lembu menjaukan diri.

Akhirnya mereka berkelahi dan membawa haluan masing-masing. Sebab itu lah sekarang suara lembu jadi kasar, dan suara kerbau jadi nyaring sebab tekak dia sendat. Oleh kerana malu, pada zaman sekarang kerbau hanya berkeliaran di pinggir-pinggir hutan malu dengan keadaannya. Yang lembu pula bangga dengan baju dia dok berkeliaran di jalan-jaln raya, makan tanaman orang. Menyusahkan orang. Namun keturunan kerbau masih menuntut hak mereka. Begitulah ceritanya.

Saturday, June 20, 2009

Kisah Sin Chan

Soal Jawab Guru dan Sin Chan...

Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan."
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-

Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y- A"
Guru: Bukan, Salah tu.
Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya saya macam mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: "HIJKLMNO"!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
Kelas: Sin Chan Cikgu!
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-

Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10 tahun dulu.
Sin Chan: Saya Cikgu!
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakit yang di sebabkan oleh gigitan serangga?
Sin Chan: Jangan kena gigit serangga.
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -**-*-*-* -*

Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku secara kebetulan?"
Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama, pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, aneh sungguh stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !
Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah awak berdoa sebelum makan?
Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang di karang oleh Adik awak. Adakah awak meniru kerja dia?
Sin Chan: Tidak Cikgu , ia hanya lah anjing yang sama!
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *

Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakap tetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!

Wednesday, June 17, 2009

Luahan hati binatang

LEMBU
Sedap-sedap jer korang kata bodoh cm lembu ye ?!! ingat aku sekor je ke yang bodoh tak sekolah ? Tu banyak jer binatang lain tak pergi sekolah apasal tak kata bodoh cm kambing ke atau ayam

KERA
Kenapa lak babitkan nama aku nie ? APASAL MACAM KERA KENA BELANCAN ? Aku bukan makan sambal belancan pun tak glamer langsung la ! Letak la MACAM KERA KENA MANIS GULA kee... manis sikit!

IKAN HARUAN
Ikut suka aku la nak makan anak aku, aku lapar!!! Yang dorang kecoh-kecoh HARUAN MAKAN ANAK nie apahal ? kutuk-kutuk aku pun harga aku berapa dah sekilo, mahal kan..kan... kan..

KAMBING
Aku tak mandi pun tetap ada harga beb?? Eleh... kata aku tak mandi... tu ayam,arnab lembu tu pun bukannya mandi pun, apasal aku jer yang jadi pertandingan, Ini tak ADIL

BURUNG MURAI
Elehhhh... ... ... ... apa jadikan aku perbandingkan lak nie... MACAM MURAI TERCABUT EKOR... .Tu pompuan-pompuan tu lagi..lagi..mulut bising kalau membebel.

Wednesday, June 10, 2009

Tanda Isteri Derhaka

Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami. Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha bermaksud: "Aku pernah bertanya kepada Baginda:
"Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" Baginda menjawab "Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi "Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab "Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya." (Riwayat Bazar dan al-Hakim)

Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: "Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya." (Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)

Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.
Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya.

Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka: Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup." (Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud: "Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya." (Riwayat Muslim)
Ibnu ‘Asakir pula menyebut: "Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya."

Menyakiti hati suami
Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: " Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami." (Riwayat Ibnu Majah)

Puasa sunat tanpa keizinan suami Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: "Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Keluar rumah tanpa izin suami "Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali." (Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)

Meminta cerai daripada suami Sabda Rasulallah sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: "Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara’ haram baginya bau syurga." (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) Isteri yang tidak menunaikan hajat suami Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: "Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.

Tuesday, June 2, 2009

Ajarkan aku mama

Mama,
Kau sajalah yang tunjukkan ku
bagaimana cara nya,
untuk tidak menyayangi mu,.
untuk tidak merindui mu,
untuk tidak mengiginkan
sentiasa dekat dengan mu.

Mama,
Kau terangkan dengan jelas,
bagaimana untuk melupakan
redup pandangan mata mu.
Lembut tutur bahasa cinta mu.
Tawa mu, Sentuhan mu...
Bagaimana menguburkan
kenangan yang kita cipta,
Masih terasa hangatnya
nafas mu merangkul hati ku.

Mama,
Aku tidak pernah bersedia
untuk melupakan mu..
Membenci mu jauh sekali.
Tapi jika sudah kau tidak lagi
memerlukan cinta ku..
kau ajar saja
bagaimana caranya
untuk aku hidup tanpa mu...

Friday, May 29, 2009

Mendidik Anak

Pimpin anak ke bilik air setiap pagi selepas bangun tidur dan gunakan perkataan positif untuk memberi motivasi kepada anak seperti memujinya sebagai anak yang cemerlang dan soleh. Berbual dengan anak ketika memakaikan bajunya tidak kira apa topik sekalipun atau setidak-tidaknya tanyakan soalan mengenai dirinya. Ini akan mengeratkan hubungan anak dengan ibubapa. Nasihatkan anak bersama kawan-kawannya ketika mereka sedang bermain di rumah anda kerana cara itu paling berkesan dan mengurangkan pengaruh negatif rakan sebaya terhadap diri anak anda. Minta bantuan jiran menasihati anak anda terutama yang agak nakal kerana adakalanya anak terasa malu bila dinasihati oleh orang lain dan akan mengikuti nasihat itu berbanding dengan nasihat yang diberi oleh ibubapanya sendiri. Cara menasihati anak secara berkelompok ini juga dapat mengeratkan hubungan di antara jiran. Amalkan berdoa dan nasihatkan anak ketika dia sedang tidur kerana waktu tidur adalah masa yang terbaik untuk menasihati mereka kerana mereka tidak dapat melawan atau bersikap degil. Walaupun anak sedang tidur sebahagian daripada otaknya masih dapat berfungsi dan mampu menerima apa yang diperkatakan kepadanya ketika itu.
Bacakan surah AL FATIHAH dan AYAT KURSI, pegang ubun-ubun anak terutama yang sedang tidur dan hembuskan. Ini memberi kesan yang baik kepada anak dan untuk sikap yang positif. INSYA ALLAH.

Wednesday, May 27, 2009

Cara-Cara Nak Cover Malu ...

1. Kalo tersepak batu:
Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai... lepas tu baru bangun bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal:
cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga:
terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang:
pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan... .

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas:
jeritlah kuat-kuat.."oii !! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda... .

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop:
terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu... haa... ni lah masa sesuai untuk bangun semula... .

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin:
tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu... ye tak?... .

Monday, May 25, 2009

Selamat Tinggal Memoriku Semalam

Mengapa..??
Semakin hari..ku menghayunkan langkah kakiku ini
Ku rasakan dirimu semakin jauh
Ku memberhentikan langkah ku...
Baru ku menyedari dirimu masih disisiku
Lalu kita mengukirkan sebuah senyuman..
Yang bergitu bermakna dalam kehidupan kita...
Diri ku hanya mampu mendiamkan diri..
Walaupun penderitaan ku ini hanya kusimpan di dalam hati
Penderitaan yang keterlaluan itu...
Bukan kerana penderitaan yang telah kau lihat dimata;;
Tetapi penderitaan di dalam hati yang kusimpan..
Kusimpul menjadi rapi... di dalam kotak sanubari hati kecil ku ini.. Diriku mengukirkan sebuah senyumam semoga kau mengerti ..
Apakah maksud hati ku...
Kemuan dirimu mengukirkan sebuah senyuman manis..
Naluriku senang melihatkan dirimu tersenyum
Tanpa mimikirkan apa yang telah berlaku selama ini..
Namun kini semua mula berubah
Aku semakin letih... letih
Untuk sentiasa menjaga hati dan juga perasaan mu..
Mengikut telunjuk dirimu juga apa kemahuanmu..??
Sepertinya aku tiada daya lagi untuk teruskan
Mahligai kita bersama-sama
Tiada lagi sinaran keindahan..
Tiada lagi kata-kata bualan panggilan kemesraan..
Aku pasrah redha dengan apa yg telah berlaku di antara kita..
Di satu masa diriku membawa haluan ku tersendiri..
Dan begitu juga dengan dirimu membawa haluan mu sendiri..
Kini kau meninggalkan pada ku permata hati yg begitu bermakna dalam diriku NUR QURRATU"AINI... insan yg terakhir didunia dan juga diakhirat... .
BUAT SAHABAT SPONGE...ANN SEMOGA ANDA TABAH MENGHADAPI DUGAAN

Wednesday, May 20, 2009

Emak..orang rindu emak!!!

Emak, malam ni orang menangis..orang tak tau kenape..orang sebut name emak tapi tak keluar, orang nak panggil emak..tapi suara orang tersekat kat kerongkong jer…orang ingat mak malam nih sebab orang sebak…orang sedih, orang kecik hati..orang keliru..orang..orang…tak tau lah mak kenape..
orang nak sgt call emak..mcm kwn2 lain buat time2 gini..sampai suara hati orang cakap ..kenape emak pergi mase kite perlukan emak sekarang... dulu mase orang kecik..orang cume tau gelak..marah, merajuk, dan nangis sorang2..tapi tak nak pun mengadu dgn emak..sekarang biler dah tua2 gini, orang nak mengadu, nak menangis kat emak jer.. ,
Orang Menangis sorang,..takkan nk mengadu kt kwn2 org rindukan emak yang dah lame tak der..x logikkan mak….kalau mengadu dgn emak mase orang sedih gini kan best..emak natural… orang nak sgt emak tau, dgr ape yg orang rase sekarang..tak nak mengadu kat kwn2 selain emak..tapi..emak tak de da..orang rindu kat emak..orang cume panggil emak dalam hati..suara hati jer dengar..
Suara hati orang kuat panggil emak..tapi tersekat kat kerongkong jer…nasib baik bukan tulang ikan mak..kalau tulang ikan maunye orang tercekik..sebaknye sampai tembus kat luar hati..last2 orang panggil emak nyaring, keluar suara..air mata orang mcm air hujan panas…
Orang Rindu kat emak yg lame dah tak der… Selamat hari Ibu…Sayangi Ibu sehingga akhir hayat..

seringkali terdetik diminda
apakan terjadi jika DIA menjemputku...
bersediakah aku?
cukupkah amalanku?

jika DIA menjemputku...
apakah dgn cara mulia
atau hina
atau entah bagaimana

jika DIA menjemputku...
aku sedang di atas JALANNYA
penuh pahala
pasti bahagia
tak terkira

Jika DIA menjemputku
bukan di atas hablillah
nauzubillah ku pohon
agar aku dilindungi

jika DIA menjemputku
sedang aku meraih ilmuNYA
pasti tenang dijiwa
dihitung pahala lebih dr dosa

jika dia menjemputku
sedang aku terlalai terleka
nauzubillah min zalik
tak kan terungkap dgn kata-kata

jika dia menjemputku
izinkan kubersedia
menerima panggilan izrail
dgn iman di dada

jika DIA menjemputku
hanya 3 perkara ku tinggalkan
anak yg soleh
ilmu yg kumanfaatkan
serta harta yg kunifakkan

Sunday, May 17, 2009

Sayang Ibu...cinta Ibu (sedih..)

Ibu Oh Ibu
Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata... memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku... . mak
Bila lapar, yang suapkan aku... . mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut... . Mak
Bila bangun tidur, aku cari... . mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ... . mak
Bila nak bermanja, aku dekati... . mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah... . mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya... . mak
Bila nakal, yang memarahi aku... . mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma... . mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah... . mak
Bila takut, yang tenangkan aku... . mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk... . mak
Aku selalu teringatkan ... . mak
Bila sedih, aku mesti talipon... . mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu... .. mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah... . mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga... . mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu... . mak
Bila ada masalah, yang paling risau... . mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku... . mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk... .. mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku... . mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku... . mak
Yang selalu nasihat aku... . mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... .. mak

Aku ada pasangan hidup sendiri... .
Bila seronok, aku cari... .pasanganku
Bila sedih, aku cari... . mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada... .pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada... . mak
Bila bahagia, aku peluk erat... .pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat... .. emakku
Bila nak bercuti, aku bawa... .pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah... . mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... limapuluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya... ... .. Tapi kalau mak sudah tiada... .. ... .. MAKKKKK... RINDU MAK... . RINDU SANGAT... .

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya... . berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya... .. berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya... .. berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya... ... . berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya... . berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya... ..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya... ...
Powered By Blogger