Friday, July 29, 2011

cemburu tanda sayang

Dalam sesebuah perhubungan, tidak salah jika ada perasaan marah atau cemburu kerana ia sudah adat cuma jangan berlebihan.

Emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ia hanya akan mendatangkan keretakan dalam hubungan.

Mengikut kajian pakar, hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenarnya.

Tip Cinta

Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain. Tetapi apabila perasaan marah sudah menguasai diri dan hubungan berakhir, lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan sefahaman.

Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama orang tersayang.

Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha. Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan.

Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu. Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada. Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan melampaui batas.

Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan?

Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup.

Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia.

Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.

Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat.

Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan, sudah pasti kita juga akan setia padanya.

Jika sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati. Jadi, apabila sentiasa mengingati pasangan, amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada berlaku curang pada pasangan.

Cinta terasa indah apabila ke mana saja kita pergi, si dia sedia menemani tetapi terasa pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan lain.

Apapun, jangan biarkan marah dan cemburu terlalu menguasai diri. Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu, sekali gus mengekalkan keindahan hubungan bersama si dia:

* Jangan sesekali memungkiri janji.

* Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.

* Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.

* Jika si dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.

* Andai anda jujur, si dia akan setia kepada anda.

* Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan.


Kalau inginkan kesejahteraan setahun…
tanamlah benih.
Kalau inginkan kesejahteraan 10 tahun…
tanamlah pokok
Kalau inginkan kesejahteraan 100 tahun…
Maka..didiklah manusia

Tuesday, July 19, 2011

bersahabat dalam Islam

  1. Antara aku dan kamu, kita adalah bersaudara kerana akidah kita sama. Tak patut kita bergaduh sebab kita sama-sama nak masuk SyurgaNya dan memperoleh reda-Nya.
  2. Barangsiapa yang ada sikap suka mencela orang lain, pakat sama-sama berubahlah. Tiada gunanya bersikap begini. Malah merugikan si pencela kerana makin menjauh daripada reda Tuhannya. Orang yang suka mengata dan mengejek orang lain, orang yang suka memerli, orang yang suka buka aib orang lain, termasuk dalam kategori pencela yang dicela agama ini.
  3. Jangan ikut sangat prasangka ini. Sebab apa yang zahir tak semestinya sama dengan batin. Mungkin kita nampak keburukannya, tapi kita tak nampak kebaikannya yang dengan itu Allah reda padanya!! Namun begitu, tiada kompromi bagi dosa yang jelas nampak depan mata. Wajib kita tegah dan membenci perbuatan itu (bukan benci insan itu sebab pintu taubat Allah sentiasa terbuka sehingga ajal datang).
  4. Jika ada antara kita yang memiliki sikap suka 'pick-up'(mencari kesalahan) kawan kita atau orang lain, baik tinggalkan. Sikap ini juga dilarang oleh Allah subhanawataala. Tak percaya? Baca dan renungkan balik surah di atas. Islam mengajar kita menjaga hubungan persaudaraan sesama muslim. Menjaga air muka saudara kita. Sebaliknya, mencari kesalahan kawan kita hanyalah akan menjatuhkan air mukanya. Maha Benar Ayat Allah.
  5. Jangan sesekali mengumpat kawan kita. Berselerakah kamu menjamu daging mayat kawanmu?
  6. Islam melarang hidup berpuak-puak dan enggan bergaul dengan orang lain kerana ketinggian darjatnya. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, ketinggian darjat seperti jawatan, pangkat, gelaran, darah keturunan, dan kekayaan harta benda hanyalah pemberian dan pinjaman daripada Allah semata-mata. Kamu tak jadi mulia sebab jawatan tinggi dan sebagainya. Tapi kamu adalah mulia disisi Allah atas nilai takwamu!
  7. Jangan sombong dengan kawanmu.
  8. Kawal suara kamu. Boleh jadi membingitkan telinga orang lain dalam tak sedar. Bersederhanalah dalam bercakap.

Saturday, July 16, 2011

jgn marah ye sayunk






Lelaki dan perempuan suke bergaduh kan? Kadang kadang dalam hal kecik pun gaduh jugak. Ala, gaduh gaduh manja gitu. Hehe. Macam yang kita tahu, perempuan dan lelaki sangat berbeza. Masing masing ada kehendak dan kemahuan yang berbeza, dan itu adalah punca kita bergaduh dengan pasangan. Gaduh sekali sekala takpe, asalkan baik balik dan cinta makin bertambah, apa salahnya kan. Hihihi, gedik laks!



Apa yang chor sering perhatikan, bila pergaduhan makin meleret leret, yang perempuan mulalah nak naik suara dan yang lelaki mula lah nak angkat tangan(bukan semua ya, sesetengah je). Chor mengaku, chor pun selalu buat salah sampai pasangan chor tension(sory sayunk, hehe) tapi kita mesti belajar untuk berubah kan? Sampai bila kita harus menyakiti pasangan kita dengan perkara remeh? Jadi ada baiknya kita belajar untuk cool.



Chor selalu tengok drama, dan kebiasaannya, apa yang jadi dalam drama tu adalah realiti di dunia luar ni. Pada perempuan, kalau korang merajuk atau kecik hati macam mana pun dengan pasangan korang, jangan lah tinggikan suara, lelaki pantang perempuan tinggi suara dengan dia. Pada lelaki, tolonglah jangan naik tangan kat perempuan, chor tau kadang kadang ego korang tercabar, tapi cubalah ingat di hadapan korang tu adalah wanita yang korang cintai.



Jadi, perempuan jangan marah marah dan tinggi suara, dan lelaki jangan naik tangan. Lagi satu, jangan guna bahasa kesat. Adil kan? Biar semua cool dulu, baru lah boleh bincang dengan tenang. Chor sedang berusaha ke arah menjadi cool ni, takmo emosional sangat lah.



Hehe, jom kita berusaha menjadi yang terbaik untuk pasangan kita. Kita cuma manusia biasa, banyak sangat buat silap. Tapi chor percaya, kita mampu untuk berubah ke arah yang lebih baik.

20 perangai buruk lelaki





Anda lelaki? Rasa tercabar membaca tajuk entri ni? Rileks bro… Tak semestinya apa yang dituliskan ini betul semuanya. Yang penting, baca dan ambil peringatan. Buatlah perubahan mana-mana yang buruk. Semoga apa yang dikongsikan dalam entri ini berguna buat para pemuda di luar sana tu yer.



20 Perangai Buruk Lelaki Yang Boleh Membuatkan Orang Perempuan Meluat @ Benci



1. Meninggikan Suara
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.



2. Mengongkong
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka. Haa macam mana tu?




3. Cemburu Buta
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!



4. Panas Baran
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!



5. Kaki Merokok
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.



6. Ego
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.



7. Menipu
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.



8. Main Kayu Tiga
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.



9. Suka ‘Cuci Mata’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!



10. Perasan Terlebih
Aduhaiii…lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu…ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…hahaha sedarlah!



11. Mementingkan Diri Sendiri
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih…egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai tau.



12. Kurang Memberikan Perhatian
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.



13. Mata Duitan
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!



14. Terlalu Komited Dengan Kerjaya
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…



15. Pengotor
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.



16. Gelojoh
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?



17. Pentingkan Kawan-kawan Sendiri Saja
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
Sebenarnya banyak kes pergolakan @ konflik rumahtangga yang terjadi disebabkan oleh perkara ini. Jadi para lelaki semua, terutamanya suami, sila ambil perhatian tentang perkara ini ya.



18. Tidak Tahu Menghargai
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.



19. Putar Belit
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.



20. Terlalu Kontrol Macho
Perrghh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. Hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!






KEPADA LELAKI2 DILUAR SANA..BACA DAN AMBIL IKHTIBAR..FAHAMKAN...BAHAGIAKAN INSAN YG ANDA SAYANG

Friday, July 15, 2011

cara pikat hati lelaki


Rupa-rupanya kaum gadis yang paling ramai singgah di blog ni.. Jadi, teman nak kongsikan pulak beberapa tip untuk memikat lelaki. Mesti ramai gadis di luar sana yang menganggap penampilan fizikal seperti cantik dan seksi adalah senjata yang paling power untuk memikat hati lelaki. Tapi, kecantikan tu sebenarnya tak memberi apa-apa makna besar untuk memastikan hubungan yang diikat tu akan erat selamanya .Selidiki beberapa tip ini. Boleh dikatakan inilah skill paling power untuk memikat hati si arjuna.

  1. Terima lelaki seadanya
    * Korang kena tahu yang lelaki bukanlah individu yang sempurna. Korang pun macam tu. Ada jugak terselit sedikit kelemahan di sebalik kekuasaan mereka sebagai lelaki. So, korang janganlah kecik hati atau merungut kalau ada apa-apa perkara yang tak dapat lelaki tunaikan.
  2. Gadis perlu hargai lelaki
    * Try fahami perangai bf korang. Konfem lah ada perangai diorang yang korang tak suka kan? Tapi, janganlah tunjuk sangat yang korang stress bila berhadapan dengan perangai si dia yang korang tak suka tu. Lebih elok kalau korang saling memahami dan menerima kelemahan satu sama lain.
  3. Give and Take
    * Dalam apa saja perkara, korang mesti sanggup memberi lebih banyak dari menerima. Bukan lah nak memanjakan lelaki atau jadi hamba cinta. Tapi tak salah kalau sekali sekala korang cuba hargai bf korang ni.. Tak kan la sentiasa nak dilayan macam tuan puteri?
  4. Lelaki & Kejujuran
    * Kalau korang tak percayakan bf korang, jangan la nak expect dia akan percaya kat korang. Korang kena tahu yang lelaki akan setia bila dia dah sayangkan korang 100% . So, tak perlu risau bila dia keluar atau lepak dengan kawan2. Korang pun perlukan ruang untuk berkawan kan?
  5. Hormatilah lelaki
    * Lelaki ni menghormati wanita sebagai insan yang lemah dan perlu dilindungi. Terutama bila sedang bercinta, hormat dan sayang lelaki pada korang akan lebih tebal. So, korang pun kena la jadi macam tu. Hormati diorang sebagai individu yang melindungi korang dan menjadi tempat korang bergantung harap. Kalau lelaki yang tak hormat atau kasar dengan wanita dikatakan dayus, perempuan macam tu nak digelar apa pulak ea?


Tuesday, July 12, 2011

cerita nasi lemak


Saya toleh
kanan,sambil membawa sebungkus nasi lemak.Kemudian saya
mengambil tempat di sudut warung itu. Saya sedih sebab sebenarnya saya tak tahu apa nak buat. Saya sedih sebab saya baru sahaja bertunang. Saya sedih sebab selama saya kerja nie saya tak dapat tolong mak bapak saya.

Tapi aper nak buat. Itu semua gara-gara ego saya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata…ahhh saya tak tau nak sambung. Tengah hari tu semasa makan bersama tunang saya kami berbincang apa yang perlu dilakukan. Nak cari kerja ker atau berniaga? Kalau bekerja, saya tak rasa masalah saya boleh selesai. (saya sudah bekerja dengan 6 buah Bank dan HSBC adalah yang terakhir) saya ingat kalau berniaga, InsyaAllah masalah saya boleh selesai. Sebab saya rasa hanya dengan berniaga sahaja saya dapat membayar ansuran kereta dan juga hutang kad kredit saya. Ini adalah momentum yang menyebabkan saya berniaga.

Perkara pertama yang terlintas di kepala saya ialah Nasi Lemak.”Nasi lemak”- Saya pun hairan kenapa idea nie ajer yang keluar mungkin sebab nasi lemak sebungkus ditangan ini??. Kenapa tak ada idea lain? Kenapa perlu nasi lemak. Benda ni dah macam sebati dengan orang Melayu kot. Pikir saya sendiri. Entahlah, tapi setelah memikirkan masak-masak, akhirnya saya pun setuju untuk berniaga nasi lemak . Tunang saya pun setuju untuk sama-sama berniaga. Saya lebih bersemangat.

Timbul masalah pertama. Saya tak tahu masak. Tunang saya pun tak tahu masak. Tapi kenapa nak berniaga nasi lemak. Arghhh…. Saya tak peduli. Saya dah takder masa nak piker semua tu. Sebab dalam kepala otak saya dengan berniaga nasi lemak nie memang boleh kaya. Korang boleh tengok contohnya dekat Taman Bunga Raya Setapak/ Wangsa Maju. La ni dah bukak kedai dua tingkat kat Danau Kota. Dia berniaga nasi lemak dan Char Kuey Teow. Saya dah lama jadi regular customer.

Selepas berfikir dan berbincang, saya mengajak tunang saya untuk mencari resepi membuat nasi lemak. Kami menuju ke MPH Bookstore di Mid Valley Shopping Complex. Di situ saya mencari-cari buku resepi. Seingat saya (tak pasti), buku yang saya tengok adalah buku karangan Chef Wan. Selak punya selak saya terjumpa resepi untuk membuat nasi lemak. Cadang nak beli ajer, tapi tak mampu. Ia… memang saya tak mampu nak beli. Jadi apa saya buat. Saya pun salinlah resepi-resepi dan cara-cara membuat nasi lemak menggunakan handphone nokia 3310 saya. Dalam saya taip-taip huruf-huruf diruang mesej tu, staff2 kat situ sibuk ajer perhatikan saya kat situ. Saya buat selamber ajer.

“Takkan tak boleh kot? Kalau boleh baca buku percuma, takkan salin resepi kat handphone pun tak boleh?” jawab saya dalam hati.

sekian cerita sayer...korunk blh??

Sunday, July 10, 2011

menarik minat wanita

“ Macam mana nak buat perempuan dekat ngan kita yea??” Itu Soalan yang selalu ditanya oleh setiap lelaki.

Bagaimana nak pikat wanita dengan mudah, perlukah kita menjadi diri sendiri atau seorang yang hipokrit? Kalau korang dah tahu apa yang patut dibuat, stop baca entri ni. Tapi , kalau nak tahu dengan lebih lanjut, keep on reading okay.

Mempunyai ilmu memikat wanita adalah proses yang menjadikan korang ni seorang ‘lelaki’ (deyy, jangan fikir kotor yee). Mungkin ada di antara korang rasa macam lelaki loser je bila kena reject dek kaum hawa ni kan?. Kalau korang frust dan nak ubah keadaan tu, sekarang korang dah berada di tempat yang betul.

Soalan di bawah mungkin dapat membantu.

  1. Bila korang bersama dengan seorang awek cun , ada tak korang rasa nervous ke? Berpeluh ke? Nak cakap apa-apa pun susah. Lidah pun dah macam kena stapler??
  2. Ada tak korang fikir yang korang ni perlu jadi orang kaya atau orang-orang penting untuk dapat awek?
  3. Korang tak berani ajak perempuan keluar dating sebab takut kena reject?
  4. Bila perhatikan sekeliling, rasa macam korang je yang tak ada awek?
  5. Korang rasa kena ada luck baru boleh dapat awek?

Kalau korang mengangguk untuk semua soalan di atas ,jangan risau ye. Mata korang akan terbukak dengan lebih luas kejap lagi.
Kebolehan memikat kaum hawa ni sebenarnya takdelah susah sangat. Ramai lelaki menganggap yang kaum hawa ni berkuasa dan control semuanya. Itu pasal la ramai jugak yang kena Queen Control. Huhuhu.. Kaum lelaki lah yang lebih berkuasa sebenarnya. Korang Cuma perlu tahu cara nak guna dengan betul dan efektif . Korang kena sentiasa konfiden dan yakin pada diri sendiri. Itu yang perempuan cari dan suka. Diorang ni boleh detect tahap ke-konfiden-nan korang tau. Ramai lelaki yang nervous , tak berani nak pandang muka diorang , nak bercakap pun segan. Bila jadi macam ni, diorang akan fikir yang korang ni tak suka atau berminat kat diorang.
Kadang-kadang orang lelaki ni tak tahu mana nak pergi tempat yang boleh jumpa perempuan. Nak cari awek, tak perlu susah-susah. Cara paling mudah, cari aje kat FB , Tagged, atau social network yang sewaktu dengannya. Dengan cara ni, korang boleh cari mana – mana awek yang sesuai ngan personality korang. Cumanya, jangan gelojoh pulak.. relaks, slow and steady ye kawan- kawan.

Selamat maju jaya !

Tuesday, July 5, 2011

KEKANDA ADINDA

tgh lepak2 pg tadi bro ada terdengar satu lagu vertajuk KANDA ADINDA dari monoloque feat atilia...best gak lagu tu kena plak dgn lirik yg agak menarik..so tak nak type panjang2 u all baca je la

Oh Kekanda
Jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda
Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi

Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya

Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Oh bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?

Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi

Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya

Monday, July 4, 2011

Tangani pasangan kuat membebel


Korang sayangkan bf / gf korang tapi sejak kebelakangan ni, dia asyik membebel tentang perkara remeh dan bodoh. Sebelum perasaan sayang dan cinta tu semakin pudar dan timbul pula perasaan yang mengjengkelkan, dah tiba masanya untuk korang selesaikan masalah ni. Ini ada tiga tips untuk kawal masalah yang sensitif ni.

* Duduk berbincang dengan pasangan. Tegaskan yang korang betul-betul tak suka habit dia yang suka membebel tu. Jika dia menghargai korang dan cintakan korang seadanya, maka dia akan cuba untuk kurangkan habit suka membebel tu. Kemungkinan jugak dia tak sedar yang dia suka membebel.

* Semasa perbincangan tu, sangat penting untuk bagi dia tahu apa yang korang rasa tapi jangan over pulak. Jangan bergaduh, bertengkar atau naik tangan.

* Jangan harapkan keajaiban yang dia akan berubah serta merta. Jika tahap bebelan dia semakin berkurang selepas perbincangan tu, itu petanda yang keadaan sudah semakin baik. Korang patut berikan pujian pada dia sebab betul-betul berusaha kawal diri. Ini menunjukkan tahap cinta dia pada korang dan betapa bermaknanya hubungan tu pada dia.

Perlu diingatkan, kita tak boleh nak hentam satu jantina je. Zaman sekarang ni, lelaki atau perempuan sama je.

Sebenarnya, banyak lagi cara tapi inilah cara yang terbaik. Apa-apa pun kena bawak bincang dulu. Cuba sedaya upaya untuk selamatkan hubungan korang. Kalau dah buat macam-macam pun tetap tak jalan, pilihan ada di tangan masing-masing.



5 Punca Wanita Suka Lelaki Yang Dah Berpunya

Wanita jenis ni berada di hampir semua tempat. Persoalannya , mengapa diorang memilih lelaki yang dah berpunya sedangkan ramai lelaki yang single?

Kurang Keyakinan Diri

Dalam kebanyakan kes, wanita sebegini mencari lelaki yang dah ‘terikat’ kerana mempunyai keyakinan diri yang rendah. Luarannya, dia mungkin berkelakuan seperti dia ni ‘hadiah’ untuk bf / suami orang, tapi di dalam dia cuma takut untuk mendekati lelaki yang single kerana takut dikecewakan.

Masa Terbiar

Ada jugak wanita yang mengorat bf/suami orang disebabkan bosan. Biasanya diorang ni tak berbahaya pada hubungan korang dan cume sekejap saja.

Sukakan Drama

Ini pun lebih kurang macam point tadi la. Tapi jangan salah faham pulak, bukan drama tv ye.
Ni contoh : dia akan cuba yakinkan si lelaki ni yang dia baru je breakup dengan kaki dera. Lelaki susah nak lari wanita yang heartbroken dan dilayan macam sampah oleh ex dia.

Mungkin si lelaki ni cuma kasihan dan ingin berkawan, tapi wanita jenis ni akan terus mencari jalan untuk memikat dia.

So, pada lelaki yang pernah mengalami situasi macam ni, korang kena ingat ye. Memang bagus berkawan, tapi gf / isteri korang lebih berhak pada majoriti bantuan emosi yang korang berikan tu.



Isu Ayah

Ramai orang cakap, wanita cari pasangan yang macam ayah diorang. Jika ayah diorang menipu mak diorang atau tinggalkan keluarga disebabkan wanita lain, dia berkemungkinan akan mengulangi paten hubungan ni secara sedar atau tidak. Dia percaya yang semua lelaki akan menipu.

Perasaan sebenar

Ini jarang terjadi dalam kehidupan sebenar jika dibandingkan dengan drama / filem. Jarang ada manusia yang betul-betul jatuh cinta dengan pasangan orang. Jika apa yang dia lalui tu cuma cinta monyet, korang tak perlu risau. Cinta tu akan berpudar jika korang tetapkan sempadan yang jelas.

Walaubagaimanapun, jika perasaan dia semakin kuat dan dalam, maknanya korang ada tugas yang lebih sukar. Tolak dia secara lembut, tapi pastikan dia tahu betapa korang cintakan gf / isteri korang. Dia perlu tahu yang dia takkan berpeluang memecahbelahkan korang.




Saturday, July 2, 2011

motivasi cinta


Mereka yang pernah putus tunang (atau putus cinta) tentu sekali pernah menerima soalan seperti, “Kenapa boleh putus?”, “Siapa yang minta putus?” atau “Apa alasan yang dia bagi?” Namun, yang paling lazim adalah “Berapa lama dah kenal dengan dia?”

Betul tak?

Tidak dinafikan kita perlu mengenali seseorang sebelum menerimanya di dalam hidup, namun ia adalah mustahil untuk “betul-betul” mengenalinya. Beruntung kita kerana Umar Al-Khattab r.a. ada meninggalkan satu contoh tentang perihal “kenal” yang mungkin dapat kita jadikan panduan, InsyaAllah.

Diriwayatkan oleh Ibnu Katsir di dalam Al-Irsyad bahwa di dalam suatu perbicaraan seorang lelaki telah tampil sebagai saksi bagi seseorang. Lelaki tersebut mendakwa beliau mengenali orang yang terlibat di dalam perbicaraan itu.

Umar Al-Khattab bertanya kepada lelaki tersebut, “apa yang engkau ketahui tentang dia?”

“Tentang keadilan dan kemuliaan,” jawab lelaki (yang ingin menjadi saksi) itu.

“Adakah dia jiran kamu, sehingga kamu mengetahui tentangnya baik di waktu siang atau pun malam?”, tanya Umar lagi.

“Tidak,” jawab lelaki itu.

“Adakah dia pernah bermuamalah (berniaga, bertansaksi) denganmu, sehingga dengan muamalah itu kamu mengetahui sejauh mana kewara’kannya (meninggalkan yang ragu-ragu) ?”, tanya Umar lagi.

“Tidak,” jawab lelaki itu.

“Adakah dia temanmu di dalam perjalanan sehingga engkau mengetahui kemuliaan akhlaknya?”, tanya Umar untuk kali ketiga.

“Tidak,” jawab lelaki itu lagi.

“Bererti engkau tidak mengenalinya.”, kata Umar. Lalu Umar menyuruh menampilkan saksi lain.

Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..

Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”


Wallahu’alam.

Friday, July 1, 2011

karektor wanita

ISNIN

Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA

Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU

Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2
tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS

Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan erancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT

Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.


SABTU

Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD

Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang engkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

Kenali Wanita Anda

WANITA TANAH

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21April-20 Mei),Virgo (24Ogos-23 September) dan Capricon (22Disember-20Januari).

Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal. Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.

Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.

Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang. Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana. Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

WANITA API

Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries (21Mac-20April), Leo (24Julai-23Ogos) dan Sagittarius (23November-21Disember).

Dilahirkan sebagai pemimpin. Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar. Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu. Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris. Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

WANITA ANGIN

Mereka angin lahir di bawah lambang Gemini (22Mei-21Jun), Libra (24September-23Oktober) dan Aquarius (21Januari-19Februari).

Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

WANITA AIR

Wanita air lahir di bawah zodiak Cancer (22Jun-23Julai), Scorpio (24Oktober-22November) dan Pisces (20Februari-20Mac).

Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju. Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati. Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan. Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

Rahsia Bulan Anda dilahirkan

Menurut Dato` Fadhilah Kamsah..
JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur, bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI
berfikiran abstrak, sukakan benda yang reality dan abstrak, inteligent, bijak dan genius, berpesonality yg mudah berubah, mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yg lasak, emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya, tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi

MAC
berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi , sgt pemalu dan pemendam rasa , sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati, sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran , suka pada kedamaian , sgt peka kepada orang lain , sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain , tidak cepat marah dan sangat amanah , tahu balas budi dan tahu kenang budi , pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam , kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal , suka berangan-angan , suka melancong , sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi , kelam kabut dalam memilih pasangan , suka dgn hiasan rumahtangga , punya bakat seni dalalm bidang muzik , kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik , jgn terlalu moody.

APRIL
sgt aktif dan dinamik , cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal , sgt menarik dan pandai manjakan diri , punya daya mental yg sangat kuat , suka diberi perhatian , sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org , sgt berani dan tiada perasaan takut , suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik , try control the emotion , kecenderungan bersifat dendam , agresif, kelam kabut utk membuat keputusan , kuat daya ingatan , gerak hati yg sangat kuat , pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain , berpenyakit disekitar kepala dan dada , sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI
kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi , pemikiran yg tajam , mudah marah apabila tidak dikawal , pandai menarik hati org lain & menarik perhatian , perasaan yg amat mendalam , cantik dr segi mental & fizikal , tidak perlu dimotivasikan , tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain , mudah dipujuk , bersikap sistematik (otak kiri) , suka berangan , kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu , bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit , daya khayalan yg tinggi , permikiran yg tajam , pandai berdebat , fizikal yg baik , kelemahan sistem pernafasan , suka sastera,seni & muzik serta melancong , tidak berapa suka duduk dirumah , tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros

JUN
berfikiran jauh & berwawasan , mudah ditawan krn sikap baik , berperangai yg lemah lembut , mudah berubah sikap,perangaiidea @mood , idea yg terlalu banyak di kepala , bersikap sensitif , otaknya aktif (sentiasa berfikir) , sukar melakukan sesuatu dgn segera , bersikap suka menangguh-nangguh , bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik , cepat marah &cepat sejuk , suka bercakap & berdebat , suka buat lawak & bergurau,
otaknya cerdas berangan-angan , mudah berkawan & pandai berkawan , org yg sangat tertib , pandai mempamerkan sikap , mudah kecil hati , mudah kena selsema , suka berkemas , cepat rasa bosan , sikap terlalu memilih & cerewet , kurang mempamerkan perasaan , lambat nak sembuh apabila terluka hati , suka kepada barang yang berjenama , mudah menjadi eksekutif , kedegilan yg tidak terkawal , sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

JULAI
Sangat seronok didamping , Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki , Agak pendiam kecuali diransang , Ada harga dan maruah diri , Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan , Mudah dipujuk dan bercakap lurus , Sangat menjaga hati orang lain, Sangat peramah, Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya , Berjiwa sentimental , jarang berdendam , mudah memaafkan tapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh , membimbing cara fizikal dan mental , sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang , layanan yg serupa dgn semua orang , tinggi daya simpati , pemerhatian yg tajam , suka menilai org lain dgn pemerhatian , mudah dan rajin belajar , suka muhasabah diri , suka megenangkan peristiwa atau kawam lama , suka mendiamkan diri , suka duduk dirumah , suka tunggu kawan tapi tak cari kawan , tak agresif kecuali terpaksa , lemah dari segi kesihatan perut , mudah gemuk kawal tak kawal diet , minta disayangi , mudah terluka hati tapi lambat pulih , terlalu mengambil berat , rajin dalam membuat kerja

OGOS
sukar diramal, suka berlawak , mudah tertawan kepadanya , sopan santun dan caring terhadap org lain , berani dan tidak tahu takut , orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan , pandai pujuk org lain , terlalu pemurah & bersikap ego , nilai harga diri yg sangat tinggi , dahagakan pujian , semangat juang yg luar biasa , cepat marah & mudah mengamuk , mudah marah apabila cakapnya dilawan , sangat cemburu , daya pemerhatian yg tajam & teliti , cepat berfikir , fikiran yg berdikari , suka memimpin & dipimpin , sifat suka berangan , berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat , sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk , cepat apabila ditimpa penyakit , belajar utk relax , sikap kelam kabut , romantik ,pengasih ,penyayang , suka mencari kawan , setia kepada percintaan

SEPTEMBER
sangat bersopan santun & bertolak ansur , sangat cermat,teliti & teratur , suka menegur kesilapan org lain & mengkritik , pendiam tapi pandai bercakap , sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati , sangat prihatin & terperinci,amanah,setia & jujur , kerja yg dilakukan sangat sempurna sangat sensitif yg tidak diketahui , org yg banyak berfikir , daya pentaakulan yg baik , otak bijak & mudah belajar , suka mencari maklumat , kawal diri dari terlalu mengkritik , pandai mendorong diri sendiri , mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak menyimpan rahsia , suka sukan, hiburan & melancong , kurang menunjukkan perasaannya , terluka hatinya sangat lama dipulihkan , terlalu memilih pasangan , sukakan benda yg luas , bersistematik

OKTOBER
suka sembang, suka org yg sayang padanya , suka ambil jln tengah , sangat menawan & sopan santun , kecantikan luar & dalam , tidak pandai berbohong & berpura-pura , mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan , sentiasa berkawan , hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama , cepat marah , macam pentingkan diri sendiri , tidak menolong org kecuali diminta , suka melihatdari perspektifnya sendiri , tidak sukaterima pandangan orglain , emosi yg mudah terusik , suka berangan & pandaibercakap , emosi yg kelam kabut , daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan) , suka melancong,bidang sastera & seni , pengasih ,penyayang & lemah lembut , romantik dlm percintaan , mudah terusik hati & cemburu , ambil berat tentang org lain , suka kegiatan luar , org yg adil , boros & mudah dipengaruhi persekitaran , mudah patah semangat

NOVEMBER
banyak idea dalam perkara , sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya , berfikiran kehadapan , berfikiran unik dan bijak , penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa , pemikiran yg tajam , daya firasat yg sgt halus dan tinggi , bagus utk jadi doktor , cermat dan teliti , personality dinamik , sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia , banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra , berani, pemurah setia dan byk kesabaran , terlalu degil dan keras hati , apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya , taksuka marah kecuali digugat , mudah ambil berat terhadap orang lain , pandai muhasabah diri , cara berfikir lain dari org lain , otak yg sangat tajam , pandai mendorong diri sendiri , tidak hargai pujian , kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough , kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam , romantik , tidak pasti dgn hubungan kasih sayang , suka duduk dirumah , sangat rajin dan berkemampuan tinggi , amanah, jujur setia dan pandai berahsia , tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi , bercita-cita tinggi , perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah , Bersifat patriotik , Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan , Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa , Bercita-cita tinggi , Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi , Seronok didampingi , Suka bercampur dgn org , Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai , Sangat jujur amanah dan bertolak ansur , Tidak pandai berpura-pura , Cepat marah , Perangai yg berubah-ubah , Tidak ego , biaraupun harga diri yang sangat tinggi , Benci pada kongkongan , Suka berlawak , Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

Tips mengorat lelaki

Sebagaimana lelaki, wanita pun boleh memikat lelaki yang diorang suka. Tapi ramai jugak wanita tak tahu cara untuk pikat hati lelaki idaman diorang. Jadi, kali ni bro sponge nak bagi tips untuk memikat hati lelaki.

Bagi signal yang jelas

Kebanyakan lelaki memang tak pandai nak terjemahkan signal-signal dari wanita. Korang kena tahu apa yang korang nak semasa memikat dan pastikan signal yang korang berikan tu jelas dan lelaki dapat faham maksud korang.

Bawak / pakai sesuatu yang menarik

Kalau korang nak di ‘approach’ , pastikan korang pakai atau bawak apa-apa yang menonjol dan menarik.

Pisahkan diri dari kawan

kalau korang keluar dengan kawan-kawan, pastikan korang berseorangan supaya lebih mudah didekati. Tak ada lelaki yang nak di reject di depan sekumpulan wanita lain. Dia juga mungkin berpendapat yang dia tak boleh dekati korang sebab korang ‘dilindungi’ oleh kawan-kawan.

Periksa suara

Tone suara pun memainkan peranan yang penting tau.

Kalau tak sudi, bersopanlah waktu meng ‘reject’ lelaki.

‘Blah la’ BUKAN cara untuk katakan TIDAK. Kadang-kadang lelaki yang mengorat wanita ni akan jadi kelam kabut sikit. Kalau tak berminat, pastikan korang menolak dengan cara yang sopan dan jelas.

Jadi menarik dengan tunjukkan minat

Stop bercakap tentang diri korang dan tanya tentang diri dia. Kebanyakan orang suka bercakap tentang diri sendiri dan bangga bila ada orang yang tunjukkan minat pada diorang.

Mulakan Langkah pertama!

Hampir semua lelaki yang bro sponge tanya, teringin sangat nak di’ayat’ oleh wanita. Lagipun, kalau korang dah mulakan first step ni, baru lah korang tahu apa yang lelaki kena lalui semasa mula-mula pikat korang.

DAN AKHIRNYA :

Jadi diri sendiri

Berbanggalah dengan diri sendiri dan jangan cuba menjadi orang lain.


Powered By Blogger