- Antara aku dan kamu, kita adalah bersaudara kerana akidah kita sama. Tak patut kita bergaduh sebab kita sama-sama nak masuk SyurgaNya dan memperoleh reda-Nya.
- Barangsiapa yang ada sikap suka mencela orang lain, pakat sama-sama berubahlah. Tiada gunanya bersikap begini. Malah merugikan si pencela kerana makin menjauh daripada reda Tuhannya. Orang yang suka mengata dan mengejek orang lain, orang yang suka memerli, orang yang suka buka aib orang lain, termasuk dalam kategori pencela yang dicela agama ini.
- Jangan ikut sangat prasangka ini. Sebab apa yang zahir tak semestinya sama dengan batin. Mungkin kita nampak keburukannya, tapi kita tak nampak kebaikannya yang dengan itu Allah reda padanya!! Namun begitu, tiada kompromi bagi dosa yang jelas nampak depan mata. Wajib kita tegah dan membenci perbuatan itu (bukan benci insan itu sebab pintu taubat Allah sentiasa terbuka sehingga ajal datang).
- Jika ada antara kita yang memiliki sikap suka 'pick-up'(mencari kesalahan) kawan kita atau orang lain, baik tinggalkan. Sikap ini juga dilarang oleh Allah subhanawataala. Tak percaya? Baca dan renungkan balik surah di atas. Islam mengajar kita menjaga hubungan persaudaraan sesama muslim. Menjaga air muka saudara kita. Sebaliknya, mencari kesalahan kawan kita hanyalah akan menjatuhkan air mukanya. Maha Benar Ayat Allah.
- Jangan sesekali mengumpat kawan kita. Berselerakah kamu menjamu daging mayat kawanmu?
- Islam melarang hidup berpuak-puak dan enggan bergaul dengan orang lain kerana ketinggian darjatnya. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, ketinggian darjat seperti jawatan, pangkat, gelaran, darah keturunan, dan kekayaan harta benda hanyalah pemberian dan pinjaman daripada Allah semata-mata. Kamu tak jadi mulia sebab jawatan tinggi dan sebagainya. Tapi kamu adalah mulia disisi Allah atas nilai takwamu!
- Jangan sombong dengan kawanmu.
- Kawal suara kamu. Boleh jadi membingitkan telinga orang lain dalam tak sedar. Bersederhanalah dalam bercakap.
Tuesday, July 19, 2011
bersahabat dalam Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment