Tuesday, July 12, 2011

cerita nasi lemak


Saya toleh
kanan,sambil membawa sebungkus nasi lemak.Kemudian saya
mengambil tempat di sudut warung itu. Saya sedih sebab sebenarnya saya tak tahu apa nak buat. Saya sedih sebab saya baru sahaja bertunang. Saya sedih sebab selama saya kerja nie saya tak dapat tolong mak bapak saya.

Tapi aper nak buat. Itu semua gara-gara ego saya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata…ahhh saya tak tau nak sambung. Tengah hari tu semasa makan bersama tunang saya kami berbincang apa yang perlu dilakukan. Nak cari kerja ker atau berniaga? Kalau bekerja, saya tak rasa masalah saya boleh selesai. (saya sudah bekerja dengan 6 buah Bank dan HSBC adalah yang terakhir) saya ingat kalau berniaga, InsyaAllah masalah saya boleh selesai. Sebab saya rasa hanya dengan berniaga sahaja saya dapat membayar ansuran kereta dan juga hutang kad kredit saya. Ini adalah momentum yang menyebabkan saya berniaga.

Perkara pertama yang terlintas di kepala saya ialah Nasi Lemak.”Nasi lemak”- Saya pun hairan kenapa idea nie ajer yang keluar mungkin sebab nasi lemak sebungkus ditangan ini??. Kenapa tak ada idea lain? Kenapa perlu nasi lemak. Benda ni dah macam sebati dengan orang Melayu kot. Pikir saya sendiri. Entahlah, tapi setelah memikirkan masak-masak, akhirnya saya pun setuju untuk berniaga nasi lemak . Tunang saya pun setuju untuk sama-sama berniaga. Saya lebih bersemangat.

Timbul masalah pertama. Saya tak tahu masak. Tunang saya pun tak tahu masak. Tapi kenapa nak berniaga nasi lemak. Arghhh…. Saya tak peduli. Saya dah takder masa nak piker semua tu. Sebab dalam kepala otak saya dengan berniaga nasi lemak nie memang boleh kaya. Korang boleh tengok contohnya dekat Taman Bunga Raya Setapak/ Wangsa Maju. La ni dah bukak kedai dua tingkat kat Danau Kota. Dia berniaga nasi lemak dan Char Kuey Teow. Saya dah lama jadi regular customer.

Selepas berfikir dan berbincang, saya mengajak tunang saya untuk mencari resepi membuat nasi lemak. Kami menuju ke MPH Bookstore di Mid Valley Shopping Complex. Di situ saya mencari-cari buku resepi. Seingat saya (tak pasti), buku yang saya tengok adalah buku karangan Chef Wan. Selak punya selak saya terjumpa resepi untuk membuat nasi lemak. Cadang nak beli ajer, tapi tak mampu. Ia… memang saya tak mampu nak beli. Jadi apa saya buat. Saya pun salinlah resepi-resepi dan cara-cara membuat nasi lemak menggunakan handphone nokia 3310 saya. Dalam saya taip-taip huruf-huruf diruang mesej tu, staff2 kat situ sibuk ajer perhatikan saya kat situ. Saya buat selamber ajer.

“Takkan tak boleh kot? Kalau boleh baca buku percuma, takkan salin resepi kat handphone pun tak boleh?” jawab saya dalam hati.

sekian cerita sayer...korunk blh??

2 comments:

Irrahady said...

nasi lemak..nasi lemak hehe

HaSue said...

Lompat dari blog Ryo..

hehe.. apa kes main salin guna hp 3310..hahaha..nak ngambo pun hp xde kamera..nak bisnes tp baru nak cari resepi..semangat2!hihi

good luck!

Powered By Blogger